pernah dengar tak satu quote pasal betapa rutin harian korang akan terganggu gila bila satu benda dalam rutin tu diubah secara tba2?aku dengar tu masa aku muda2 dulu.so,sekarang ni dah tak ingat dah.
setiap pagi,secara rutin aku akan bangun secara automatik pada pukul 6.30 kecuali jika diganggu.tu kes istimewala.
tapi pagi ni mungkin sebab stay up smalaman ,so pagi ni aku terlewat sebanyak 30 minit dan 3 saat to be exact.dalam keadaan mamai dan nak gigit orang sebab aku terlewat bangun,aku gagahkan jua tubuh sasa ini ke bilik air secara paksa rela.gila kalau ponteng kelas.hari ni antara hari yang akan menentukan hidup aku.*aku ada dengar gak,kalau tubuh ni dipaksa,mental kita akan membina satu mechanisme untuk melawan paksaan tu.*tahla betul ke tak.
rasionalnya
- dalam bas ke uni aku tidur.
- masa berjalan ke kelas aku tak sedar aku berjalan.
- dalam kelas aku tidur.
masuk majlis.paksa diri tuk dengar sebab boleh tengok course apa yang aku boleh pilih.tambah dengan huraian yang kadang2 tak penting pun.berat pulak kelopak mata aku yang anggun ni masa dengar.haih.
majlis habis.makan.
rehat jap.pastu ada kecemasan ,so kenala uruskan kecemasan dulu kan.
habis je keje aku,bas yang nak bawak pergi masjid dah blah meninggalkan aku terkontang –kanting begitu sahaja.kenala jalan 1 km dalam keadaan ngantuk dan panas.takpe,nak g solat niat kena ikhlas.
masa khutbah….
- tertidur lagi sampai nak terbawa2 ke solat*nak jatuh masa berdiri tegak tadi.hehe.(naseb baik tak jadi macam member aku yang subuh sejam dulu.ada pulak tertidur masa tahiyat akhir.pukul 8 tu baru kitorang perasan dia tengah tidur dalam keadaan macam tu.)qada la jadinya mamat tu.
balik naik bas;
- tertidur lagi.
sampai uni,ada dalam 1 jam setengah.bergegas ku membawa diri yang rapuh ini ke surau untuk menunaikan apa yang perlu….
………..
………………….
- tertidur lagi.tapi ada air cond.nyenyak je tadi.
habis masa tidur.ada satu kelas lagi,so masukla kan.
pastu….
…..
- sori aku tertidur lagi.haha
sensei masuk dan terpaksala aku kerahkan tenaga six pack ni untuk berjaga.alhamdulillah sampai habes kelas aku tak tidur.
serius aku cakap setiap kali aku tertidur rasa macam pitam.tiba2 gelap.nak bangun pulak susah.dah bangun tu muka macam nak makan orang je.tak cakap member sebelah aku dengan aku sebab cuak.haha
mungkin nila kot sebab kita takleh paksa diri kita bangun pagi bila body tak bersedia nak bangun lagi.so,tolongla tidur awal tuk elak jadi macam ni ye anak2.
dan oh;
- majlis yang aku maksudkan tu,education fair tentang universiti jepun yang mana insyaAllah aku akan pilih bila aku sambung pelajaran ke sana nanti.
- pernah dengar perkataan ryuutai tak?maksudnya fluid dalam bahasa jepun.boleh percaya tak aku teringat minat aku sejak kecik tentang pergerakan fluid ni masa booth kedua tadi.nasib baik teringat.
- aku rasa aku dah ada universiti target aku.insyaAllah.
nak tau pasal fluid simulation?
No comments:
Post a Comment