Saturday, June 11, 2011

faktor permulaan?

orang tua-tua cakap.kalau hari tu kita mulakan dengan benda yang baik,insyaAllah semua benda yang kita jumpa hari tu baiklah.

betul ke?

dan lebih penting.boleh tak dikaitkan ‘hari; tu dengan ‘sebulan’?

kenapa?sebab elaun aku untuk sebulan ni dah tinggal ciput je.memang petanda untuk aku puasa selama tiga minggu berturut2.

aku pelik gak bila bajet aku off sangat untuk bulan ni sebab benda ni tak pernah terjadi.muhasabah punya muhasabah*cewahh,aku rasa penyebabnye ialah…

kek recipe!!

masa hari first dapat biasiswa tu.aku pergi beli kek secret resipe.haha.mahal woo kek tu.naseb baik sedap je.berpeluh bawak kek sambil tunggang basikal aku tu.

lepas je makan kek tu.selalu je aku terpaksa pakai duit aku untuk benda2 yang tak dapat dielakkan.grading taek wondo,tournament taek wondo,topi hilang,dan yang terbaru pulak,aku terpaksa pergi servis basikal aku tu.

Snapshot_20110611

hambek kau.naseb baik abang kedai basikal tu baik,kurangkanla 5 hinggit lagi sebab nak tolong.5 hinggit??!!!taula sikit,tapi kalau dah terdesak kurang singgit aku rasa lega dah.tak gitu kawan2?Smile with tongue out

so,betul tak apa yang aku cakap?aku rasa pepatah di atas tu boleh dikaitkan dengan elaun sebulan jugakla.

nasib badan.T^T

dan oh;

pada sesape yang nak servis basikal tu.aku dah jumpa kedai baik punya.kat seksyen 7 satu row dengan kedai nasi lemak.tapi nasi lemak tu tak sedap.

1 comment:

  1. da pergi survey dulu ea nasi lemak 2 sedap kew x ,. heee~

    ReplyDelete