Sunday, June 5, 2011

review x-men first class

 

movie-x-men-first-class

agak2 semalam semua orang nak celebrate hari jadi agung kat cinema kot sebab barisan makhluk yang nak beli tiket tu penuh satu hall beli tiket tu.first time berada dalam keadaan sedemikian.terkejut beruk jugak tapi still buat macho.ramai awek beb.Smile with tongue out

hais,dari pukul 1.30 dan pukul 3 semua tiket dah sold out untuk x-men padahal baru je pukul 1 masa tu.memang pihak tgv komplot tak nak bagi aku tengok.akhirnya tnggal yang pukul 6 je.terpaksala lepak lama sikit kat sunway tu.boleh pulak pergi surau pastu tidur kat situ nak burn masa.semua masuk buat muka pelik je tengok.

Snapshot_20110605

masuk wayang tu perhhh.full house.agak2 dua tayangan sebelum ni pun full house jugak la ye.

sampaila kita ke review aku ye.hehe

pada semua yang hard die fan x-men macam aku ni.sangat2 digalakkan anda tinggal semua tanggungjawab anda pergi tengok citer ni sebab x-men kali ni sangat best.walaupun tak sehebat x-men origin tapi still buat tulang belakang aku sejuk.plot cerita takdela serius sangat dan unsur humor banyak.

download-x-men-first-class-movie-2

 

kenapa perlu tengok??

  1. korang bleh tahu asal-usul brotherhood dan x-men dalam citer ni.
  2. anda akan tahu kenapa prof. x dan magneto berkawan pastu boleh lak bergaduh.takdela bergaduh sebenarnya just perbezaan pendapat.
  3. tahu macam mana beast bertukar biru?pada yang tak tahu tengokla.
  4. aku baru tau macam mana mystique bleh masuk dalam brotherhood dan sebab prof x lumpuh dalam citer ni.how pathetic of me.
  5. boleh tengok prof x dalam versi rambut panjang.
  6. korang jugak akan tahu macam mana cerebro mula2 diperkenalkan.

overallnya korang akan tahu macam mana permulaan segalanya untuk siri legend ni.

dalam citer kali ni,main characternya ialan eric ngan charles.kenal nama tu?kalau tak kenal tolongla pergi tengok.terbukti korang masih bukan hard die fan x-men lagi.

x-men-first-class-empire-magazine-cover

korang boleh tengok nilai sahabat yang sebenar bila dua sahabat yang tak sependapat mula membawa haluan masing2 dan sorang pun tak MEMPENGARUHI yang lain.padahal prof-x   mampu buat benda tu.

dan oh;

  1. dulu aku pantang gila tengok magneto tu.dalam citer ni aku tengok magneto cool gila.
  2. sapa yang minat wolverine macam aku jangan sedih sebab hugh jackman sebagai wolverine ada kuar lebih kurang 5 saat dalam movie ni tapi dah banyak gila pengaruh penonton.Open-mouthed smile
  3. masa balik tu,topi keledar pulak kena pau.nasibla.mintak surat sokongan dari balai polis sunway nak blah tanpa topi.(ikutkan nak curi dari motor lain pulak tapi aku dah insaf,tak selamatnya eksiden dengan topi curi.)kenala pulak berleter setengah jam.alahai bang polis,kitorang tak salah di sini.pergila leter budak yang pau topi kitorang.nasib baik aku dah biasa jumpa polis.=_=.*nasib baik meber aku tak pakai topi yang dalam tong sampah tu.hahaha
  4. terima kasih kepada abang faizul yakni abang polis tak bermisai kerana bagi kitorang pelonggaran tuk tidak pakai topi semalam.

No comments:

Post a Comment