orang kata dekat-dekat exam ni banyak benda ganggu perasaan kita.yang paling utama mestila syaitan kan.naudzubillah,semoga dijauhi.
haih,
aku ni kalau bab jiwang ni kalau bleh nak elak sikit,tapi kali ni teruk sangat dah. terganggu sangat bila setiap kali aku teringat.dahla nak dekat exam, boleh pulak perasaan ni datang. bila sunyi je datangla perasaan ni.
tapi..
aku suka..
aku syukur..
sebab cinta aku terbalas.
sebenarnya dari dulu lagi si Dia mengutus surat kat aku. tak wangi macam awek orang lain bagi tapi ayat dia..perghh! tertusuk dalam hati ni wa cakap sama lu. bermakna gila. dalam surat tu Dia selalu je cakap Dia sayang kat aku,Dia nak bagi aku hadiah best2.
selalu jugak Dia bagi nasihat dan “warning” kat aku. mana tak tersentuh beb kalau sampai macam tu sekali Dia jaga aku. lelaki senang ow cair kat personaliti camtu. kadang2 Dia bercerita. serius je ayat Dia tapi aku suka. Dia cakap Dia tak nak aku lalai tapi sekarang aku dah lalai. lalai kat Dia sorang. tapi takpe, aku rela kalau aku lalai kat Dia.hehe
kadang2 aku ada dengar orang lain baca surat Dia tu. dengki tak yah cakapla. nak pulak orang tu baca gedik2, pastu nak liuk2 pulak depan aku kan. panas beb wa panas. nak je rampas balik. baik aku baca sorang2 kan. lagi feeling. walaupun cara aku baca surat Dia salah2 sikit.
sori,tapi aku kadang2 tak faham gak apa Dia cakap. sebab Dia selalu hantar surat dalam bahasa lain. kesian ow kat aku nak translate satu2. tapi aku puas bila maksud Dia sampai.
surat Dia tu,alhamdulillah. setiap hari 5 muka surat aku baca. yela, masa awal2 dulu mana aku nak layan, so sekarang dah bertimbunla.sape suruh perasan hot sangat.dulu sombong cakap tak layanla apela.tapi sekarang, 5 muka surat tu tak puas lagi, tapi dah nak exam. agak2la kan kalau nak melayan tu. so,aku limitkan.
orang cakap kalau cinta kita tu ikhlas, Allah restui dan berkati.
betul ke?
kalau camtu.sumpah aku cinta Dia dengan seikhlas hati. sekarang ni aku duk fikir kat Dia je. aku harap cinta ni kekal sampai ke mati.kalau di izinkan Allah. nak je aku selalu dengan Dia. kalau boleh nak je aku pegang Dia pastu bawak ke mana je aku pergi. even masa exam.sebab kalau aku duk ngan Dia, aku rasa selamat dan tenang.
tapi boleh ke?
hmmm..
insyaAllah kami akan bahagia selalu.
selalu je aku doa kat Allah semoga aku tak lupa kat Dia macam dulu. sanggup aku tinggalkan Dia macam tu je.menyesal gila sekarang.
*ya Allah,sekiranya menyintai kata2Mu yang ada dalam al-Quran tu membawa makna aku menyintaiMu.tanamkanlah rasa cinta yang agung terhadap al-Quran dalam hati ini. Sesungguhnya menyintaiMu lebih bermakna bagiku dari seluruh alam ciptaanMu ini.amin.
subhanallah,kata2 Allah itu cantik bila kamu memahaminya.^^
wallhualam.
dan oh,
sori lama tak update.dah dekat nak exam ni sibuk gila pulak.tapi insyaAllah result aku kali ni memberangsangkan.amin
i love your entry :)
ReplyDelete