Friday, December 30, 2011

time always make girl grow beautiful

*ENTRY YANG SEPATUTNYA DI POST PAGI semalam, TAPI SEBAB MASALAH SEKARANG BARU BOLEH POST*

morning girls and dudes. aku ingat nak buat satu lg entry sempena cuti yang terbilang ni. walaupun otak tengah bertungkus lumus nak restart balik. dah lama tak kena paksa jaga macam smalam.

entry kali pasal perempuan lagi. oh yeah!! sebab aku tau blog aku ni sbenarnya ramai yang silent readers. especially perempuan. (korang baca pastu kutuk aku belakang kan?) aku tau… tapi entry aku stakat ni puji korang je kan? so, please be nice with the kutuk-ing, like this cute cat below.

Saturday, December 24, 2011

awek kelantan

yeah! aku dah balik!

no seriously aku dah balik. yela, taula sebelum ni aku cuti jarang-jarang. jumpa member-member pun kadang-kadang je. tapi alhamdulillah, sekarang aku dah ada banyak masa untuk diluangkan kat aktiviti-aktiviti ngan member. *kalau difikirkan secara optimis.

kepada kawan-kawan terbaik aku kat jad. serius aku rindu korang. maaf sekarang aku kurang contact. hakikatnya aku tak berkemampuan nak berulang alik ke shah alam tuk berjumpa korang. paan, fizzy, sam, doakan aku bleh jumpa korang lagi…

so, semalam aku sampai kat negeri tersayang selepas 6 jam duduk dalam bas. sayang, aku ingat jarak perjalanan dari pulau pinang akan lebih singkat. rupanya sama je ngan selangor. pengalaman bas yang sama, tido bangun, berenti, minum. yang lainnya cuma aku hampir-hampir terjatuh dalam bas masa nak bangun sebab kaki sebelah kanan aku kebas. mungkin darah tak mengalir.

sampai rumah pukul 4, tido. thanks to my wonderful mom yang tabah membangunkan aku dalam 13 kali suruh bangun subuh (aku tak pasti cara yang digunakan mak aku ganas atau tidak sebab fikiran aku tak rasional masa tu) . kalau bukan sebab mak aku kompem-kompem dah subuh gajah, beruang koala dan semua binatang2 yang kat afrikala aku pagi tu. thanks mom. pastu membuta balik. serius aku letih.

setakat ni je kot muqadimah, kang tak pasal-pasal nangis cerita pasal perjalanan balik je.

sekali lagi aku kat kelantan. dan macam biasa, aku suka persekitaran di sini sebab…sebab… tah, mungkin sebab dah terbiasa.

tapi yang aku paling suka ialah, perempuan-perempuan kelantan aka cek mek kelate. nak tau kenapa? sebab awek-awek kelate ni semua lawa. serius aku cakap, dalam 3 negeri aku pergi belajar ni, aku dah jumpa macam-macam ragam perempuan tapi perempuan kelantan masih dalam top list aku. Smile with tongue out

tak caya lagi? nanti aku bagi bukti eh.


Tuesday, December 20, 2011

perempuan oh perempuan

 

Smile dah lama aku tak menconteng selipar jepun ni. sibuk. sibuk bersukan. termasuk semalam mungkin dah 4 malam berturut-turut aku duk main futsal. alah, court bukan bayar pun. fasiliti free of charge, so sape yang tanak maen kan.

nuff said.

hari ni.. tak, petang ni aku nak ulas pasal post aku kat facebook hari tu.

perempuan sekarang sangat mudah kan?

hehe, pedas dan agak diskriminasi kan?

ramai kawan-kawan aku yang ngamuk baca post ni terutamanya perempuan. XD. yang paling tak tahan bila ada gak yang kira boleh dikategorikan sebagai mudah, tetap nak komen cakap bukan semua perempuan begitu.

ya, aku sokong komen-komen korang. bukan semua perempuan begitu. in fact, masa aku sekolah dulu ada seorang junior aku yang aku cuba dekati. sampai sekarang hanya contact gitu-gitu je. so, see girls? aku tak keluarkan status tu sekadar suka-suka. memang bukan semua perempuan jenis yang mudah tapi sebab ‘ada’ yang mudah, baru aku keluarkan status tu.

kalau korang nak tahu. aku berasal dari keluarga yang hampir semua ahli keluarganya ialah perempuan, so sebagaimana aku sangat sayang dan hormatkan mak, nenek and adik-adik aku, begitu jugala kat semua kaum hawa kat atas dunia ni. but like everything else, in this world, it must have a limit right?

dari apa yang aku lihat, ramai perempuan yang bila lelaki sakat sikit je, dah mula bagi positive sign. I mean, come la ladies, shouldn’t you be more difficult to approach? sakat sikit dah terlompat gedik2, bertepuk tampar. serius aku cakap, aku tak salahkan lelaki 100% sebab lelaki memang suka formula trial and error bila nak dekat ngan perempuan.

aku pernah jumpa perempuan yang suka gila mesej lucah. semua benda nak cerita, luar dalam, warna semua. what the heck, kalau lelaki nak tahu semua tu diorang dah pergi mesej dengan pelacur dah. come on gugurls sekalian. you are better than that.

dan yang aku paling tak tahan bila ada perempuan yang dah main dengan lelaki. macam biasala kan, lelaki ni bila dah dapat, terus blah. macam mengundi jugak, dah pangkah tu buang jela dalam kotak. buat apa simpan. dan perempuan yang dah kena ni, tak sampai seminggu dah start cari lelaki lain. pastu mesej, ‘’adakah awak akan terima saya seadanya?’’. I mean what the heck, kau dah buat dengan laki lain kau tak fikir pulak kan pasal laki lain. then kau expect dia boleh terima kau dalam keadaan begitu. kalau aku, aku tak setabah tu. remember girls, you are not a cat to be played by many males!

dan pada perempuan yang sentiasa jaga diri diorang. “bravah!” aku ucapkan. korang ialah perempuan-perempuan yang even lelaki macam aku ni akan pilih bila kitorang nak kahwin nanti. so, pedulikan apa orang cakap, keep yourselves as cute as you are. jangan bukak aurat. akan sampai masanya nanti jejaka-jejaka macam aku ni akan beranikan diri kitorang tuk ketuk rumah awak-awak semua and minta dengan parents awak2 semua untuk meminang awak.

lastly, a phrase that I read from theotherkhairul.blogspot.com that I like so much.

mungkin jodoh boleh datang bergolek. Tapi hanya untuk orang yang tertentu je. So, tingkatkan lah ketakwaan anda si gadis. Tutupilah aurat anda. Dan percomelkan lah diri anda.

Saturday, November 26, 2011

pandai-pandai kalau nak hidup

 

semalam balik ke kampung halaman selepas seminggu duk di tempat baru. ye aku tahu, seminggu baru. aku nak balik, peduli ape korang nak gelak-gelak ke ape ke, asal aku ngan ibu jari kaki aku bahagia.

pengenalan_tempat baruku di uitm berbeza dengan tempat dahulu. plainly said, aku rindu tempat lama dan member-member lama. takleh nak buat apa dah, naluri manusia. yang aku bleh cakap, kat tempat baru ni nearly 90% berbeza. dorm, member *dah semestinya, makanan *sumpah pedas gila makanan kat sini walaupun sedap, cara belajar *agak rilek dan sempoi.

nuff said_tempat baru tapi buat macam tempat lama. semalam lepas kelas pukul 11 balik bilik tidur. tiket bas? rilek dulu. sampai pkul 7 jumpa member yang nak balik kelantan. “balik sekali jom!” *member punyala macam pompuan bersiap. tension aku tension. naik rapid, buat dek je, walaupun tiket takde lagi. rilek ah, takde orang nak balik ni, cuti kejap je pun.

….

sampai stesen bas…. penuh ngan manusia. *sumpah aku dalam masalah besar.

jalan dah stat  laju-laju. dari kaunter ke kaunter tanya pasal tiket. jawapan satu jenis je, habis!

jalan-jalan depan bas try tengok ada kosong ke tak. jumpa sorang pak cik ni. dia ajak pergi jauh sikit *hoih, ni apahal nak cakap jauh-jauh ni, cuak aku. rupa-rupanya nak buat deal ngan aku.

“hang pi masuk dalam bas kuning tu, pastu pi nyorok kat tempat tidur driver tu. nanti bas gerak hang keluar mai duk kat depan ni.” time nisumpah aku suka gila, tak pasal-pasal keluar tabiat aku ngan orang jepun, duk tunduk hormat kat pak cik tu. semua orang tengok aku, pelik agaknya ada orang jepun nak balik kelantan.

sampai rumah kat kelantan, lempar beg laptop. baring~

Saturday, October 29, 2011

double eyelid

kat korea sibuk anak-anak dara duk cari surgeon nak buat pembedahan mata.
rupa-rupanya, boleh dapat mata double eyelid hanya dengan pakai gam jepun + proses cucuk mata yang nampak macam sakit.
enjoy!



hoorah untuk orang malaysia yang aku yakin ramai gila yang ada double eyelid secara semula jadi ni. tambah ngan lesung pipit pulak. auuuwww. i loikee!

Thursday, October 27, 2011

pagi ni

 

ku bangun-bangun

ku buat keje umah sikit-sikit.

ku makan pagi-pagi

tak sampai 15 minit lepas makan pagi-pagi

dah ada orang post pasal makan tengah hari.

=_____=””

Tuesday, October 4, 2011

comel gila

 

tengah boring-boring online.boleh pulak jumpa lagu ni.

sangat comel. enjoy.

waaa~ aku rindu nihon-go

Monday, October 3, 2011

hudud?

 

sekarang ni tengah heboh pasal hudud kan. aku sebenarnya tak sokong mana-mana parti sebab aku benci politik. tapi semenjak dua menjak ni, salah satu dari parti politik dalam negara ni, dah nampak sangat kepincangan mereka.

kenapa hudud tak boleh dibuat di Malaysia?

kalau nak kata sebab berbilang kaum. hukuman hudud itu sendiri hanya termaktub pada umat Islam sahaja. tak sentuh pun non-muslim selagi mereka tak memilih hukuman hudud dikenakan atas mereka. negara Rasulullah sendiri dulu terdiri dari pelbagai kaum dan etnik. kalau kira jauh lagi banyak pada Malaysia.

kalau nak kata negara islam lain tak nak buat. kenapa nak ikut negara lain? setiap negara ada undang-undang mereka sendiri. kenapa kita perlu tiru negara jiran ata mana-mana negara? kita sebagai negara pun tak sepatutnya buang undang-undang ALLAH macam sampah. aku benci gila orang yang tolak undang-undang ALLAH semata-mata untuk kepentingan sendiri.

kalau ikut fatwa, sekiranya pemerintah tak benarkan hukuman hudud. maka terlepaslah hukuman hudud dari rakyat beliau. tapi kena tengok pemerintahla. kalau yang zalim dan jahil, kenapa nak pakai pemerintah macam tu? korang nak ke makhluk bodoh bimbing korang?

kalau nak ikut logik cakap kanunla, undang-undangla, aktala, sultanla. semua tak bagi hukuman hudud. sape woih semua tu nak tolak hukuman Allah tu sendiri. agama islam itu sendiri tak boleh berasaskan logik secara 100%. kita kena pakai kepercayaan kita pada Allah sepenuhnya. siapa sangat kita ni nak ikut-ikut logik? puuuihh!! otak camnila yang last-last jadi ateist bagai.

apa-apa pun. aku tak sebelahi mana pihak. tapi mengikuti hak Allah itu fardu ain bagi setiap hambanya bukan fardu kifayah ye adik-adik manis. selagi pemimpin kita tak bagi, aku akan sokong pemimpin, tapi yang ADILla. tapi secara lumrahnya, aku sangat sokong hukuman hudud ni dilakukan. sebab aku ni bukannya baik sangat. banyak sangat benda jahil yang aku buat dulu. aku harap dengan hudud ni makin berkurang masalah akidah dan akhlak dalam jiwa aku dan semua umat islam.

lagipun, hudud ni boleh kira salah satu cara nak jauhi anasir dari yahudi laknatullah. semoga ia menjadi antara langkah  kita sebagai umat islam untuk dapatkan balik Palestin. insyaALLAH.

 

 

dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):

“Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina.”
Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain [yakni seperti tidak melayannya], lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali.
Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau gila?”
Dia menjawab: “Tidak.”  Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Adakah engkau telah berkahwin?”
Dia menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): “Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia.” 

Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja.”
Dia menjawab: “Tidak. Sebenarnya saya telah berzina.”

Mengikut riwayat yang lain: “Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa.” Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.

Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):

“Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah.”
Wanita itu berkata lagi: “Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma’iz bin Malik?”
Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah masalah engkau?”
Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina.
Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah benar?”
Wanita itu menjawab: “Ya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bersalinlah dahulu.”

Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin.

kemudian Baginda bersabda: “ berikan bayi itu haknya yakni menyusukannya.”

selesai tempoh susuan bayi itu, barulah hukuman rejam dilakukan ke atas perempuan itu.

para sahabat bertanya, “bukankah lebih elok dimaafkan sahaja kesalahan perempuan itu”.

Baginda menjawab,” bukankah Allah itu maha adil? apakah kamu fikir kemaafan Allah itu lebih mulia dari kemaafan hambaNYA? dan darah dari perempuan itu yang mengalir akibat direjam itu akan menjadi saksi kepadanya di akhirat nanti”.

subhanallah

Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oleh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar [mengaku] berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.

 

*sori terkasar bahasa. aku emo.(lari sembunyi kat sudut bilik)huu~

Sunday, October 2, 2011

makhluk-makhluk aku benci masa aku drive

 

aku rasa korang pun dah rasa semua makhluk-makhluk ni masa korang drive kan. meh aku cerita sikit makhluk-makhluk ni.

  • motor yang keluar simpang sesuka hati.

memang jalan tu dia punya. tak padan dengan kecik. nak keluar simpang tak tengok kiri kanan, terus je mamat motor ni keluar. dahla keluar tak tengok kiri kanan, boleh pulak buat lap sampai tengah jalan. kita yang sayang kereta ni pulak yang terpaksa slow down kereta sebab tanak bagi remuk kereta. aku cakap makhluk ni biasanya terdiri dari budak sekolah menengah yang takde lesen dengan budak-budak kampung caya tak?

*kereta takde pemandu. takut gua.Smile with tongue out

  • kereta kura-kura

bukan wolkswagen lama tu. tapi kereta yang dipandu oleh makhluk secara slow gila. pehh, panas hati kalau time bawak, stuck belakang kereta camni. tambah-tambah bila tengah rushing. time potong boleh pulak jeling kat kita cam takde ape-ape. tuiih

  • kereta yang perasan laju

yang ni aku tak menahan gila. tambah-tambah bila keluar simpang. laju je keluar simpang. tapi bila dah masuk jalan utama boleh pulak tiba-tiba turun speed. aku langgar kang! nasib baik aku sayang kereta aku lagi.

  • kereta yang suka cucuk angin

kau nak lintas-lintaslah. takyahla duk bawak kereta rapat sangat ngan bumper belakang kereta aku. makhluk camni aku suka sangat main lampu brek. biar panik sikit.

  • makhluk bawak motor kecik

bawak motor honda c60 boleh pulak steady je bawak kat tengah jalan. kalau laju tak kisah tapi tengok speed meter tak sampai 60!! penampo nak?

  • pemandu yang tengah cakap kat henset

yang ni aku benci gila. kejap ke tepi kejap ke tengah. bawak kereta elok-elok ar bro. takyah nak mabuk kereta sangat. bahaya kat kereta belakang. kalau cakap kat henset takleh bawak betul-betul, lempar je henset tu. senang.

Saturday, October 1, 2011

I’d say

 

185479_175992902473618_117619624977613_434961_3355599_n

I’d say

marry her, love her, grow old together

accept death will part us

and death will make us together again

side by side under our memorial stone

covered by only our red dirt

that’s my petty little romance.

Monday, September 26, 2011

apa itu cinta

 

pehh. selepas lama tak naik motor ayah aku ngan update post blog ni, dapat gak aku buat dua-dua malam ni. tu pu sebab amek cuti sehari. kalau tak, balik rumah je terus tidur, letih alasannya.

*masuk pasal tajuk post.

semalam ada pompuan tanya aku,'” bang, perempuan idaman abang macam mana ek?”

terkesima aku kejap. sangat tak terduga soalan tu terkeluar.*jawapan kat ayat last post ni.

dah lama gak dalam hidup aku ni takde cinta. maksud aku, dalam konteks mushy-mushy tu. tahla. bila dah masuk complicated, semua rasa tak betul bila berada dalam kesamaran.

aku pelik gak budak-budak sekarang ni. masa sekolah rendah dah pandai “cinta-cinta” ni. aku dulu masa darjah nam still main kejar-kejar lagi ngan member.

tambah pelik bila budak-budak sesedap rasa diorang je cakap sayang kat pasangan diorang. pastu bagi semua, dari harta ke tubuh. *perhh! berani siak!* lepas dua tiga bulan break up. cakap dan buat benda yang sama kat orang lain pulak. sampai satu tahap aku dengar citer orang macam ni, aku rasa harga cinta budak-budak sekarang sangat murah. tersangat-sangat murah.

satu lagi, bila ada orang suka sangat duk tayang “cinta” diorang kat depan orang lain. maksud aku, bukankah cinta itu sepatutnya hanya dikongsi oleh dua individu sahaja? Dan bila cinta itu suci, dikongsi juga bersama Allah?

kenapa duk tayang semua kata-kata cinta dan keromantikan dalam facebook? aku pasti ada sesetengah yang jelek gila tengok korang bercinta secara terbuka macam tu. tak kurang juga yang sedang menunggu nak gelakkan “awak-awak” semua ni bila “awak-awak” gaduh ngan pasangan kat facebook. yang siap like lagi status-status tu yang tak menahan. suka je jadi batu api ye.

 

 

bagi aku, bila aku cakap “cinta” atau “sayang” pada seseorang bukan mahram aku, tu menandakan aku betul-betul mahukan dia sebagai teman aku sampai mati. sebab tu aku tak mudah mengatakan aku cinta kepada seseorang.

cinta itu sesuatu yang tak ternilai. walaupun kita tak nampak macam mana cinta itu, aku pasti semua orang dapat rasa kehadiran cinta bila cinta datang. *erk, aku tak reti hurai maksud cinta dari konteks aku kat sini.haha. abstrak sangat. kalau nak tau maksud cinta dari expert, silakan tengok tasbih cinta. ustazah tu terang panjang lebar maksud dia, siap dalam sajak lagi. tapi aku tak faham gak. haha

so.. aku tinggalkan pada korang semuala makna “cinta” tu ye. sama ada “cinta” korang sekadar perkataan atau datang dari hati. *pehh ayat

 

*berbalik pada soalan adik tu.

masa tu aku tak jawab kat adik tu. aku diam je. nasib baik ada akak ni duk sembang-sembang ngan aku. dapat gak aku elak dari jawab,

secara jujurnya, aku suka perempuan yang berani tunjuk isi hati dah perilaku yang sebenar beliau kat aku. *kadang-kadang nak acting depan aku tak kisah gak. dan yang paling penting, boleh nampak kelembutan beliau sebagai seorang wanita.

betul ke?Smile with tongue out

Monday, September 5, 2011

mine are mine

 

 

saat melihat hidup orang lain…

mesti hati tertanya-tanya,”kenapa hidup aku bukan seperti itu?”,”kenapa dia tidak merasa apa yang aku rasa?”,” alangkah senangnya kalau jadi dia.”

saat melihat drama di lappy(mostly korea, takyah kelentong aku)…

mesti terdetik,” hebat gila kisah hidup dia”, “ kalau aku jadi hero dalam cerita ni kan best”. dan mesti banyak lagi hati korang terfikir kan. kebanyakannya lebih kurang macam nila.

hakikatnya, hidup semua manusia takkan kekal indah. kita nampak hidup orang lain indah sebab kita hanya menyentuh dan melihat sekelumit dari hidup diorang.

begitu juga drama. dari kaca tv memang nampak best gila. (meme ar). tapi kalau korang fikir balik. kalau ditakdirkan korang berada di tempat diorang. maksud aku, betul-betul hidup dalam karakter drama tu. aku tak rasa korang akan tahan lama. kalau nak diikutkan, dugaan dalam drama tu lagi banyak dari hidup sebenar. kadang-kadang terlebih-lebih pulak dugaan hidup hero tu.

 

sori lama tak update. and sori takde post pasal raya, raya tahun ni aku akui, lain dari yang sebelum. tapi, aku taknak cerita. *big things happened.

selamat hari raya semua. mahap zahir batin gentlemen ensem dan ladies gedik-gedik.(kadang-kadang rasa cam cakap sorang-sorang sebab kompem takde orang baca blog aku ni. haha)

Sunday, August 14, 2011

vintage yet too cool for me

 

kepada sesape yang ada iphone. cool accesory for ya oll. *dengki-dengki

scroll like you troll

yep. the baddest of all photo yet.

this is cool

 

 

tapi aku masih benci mamat yang pukul dan rompak pelajar malaysia tu.

a bad boy

 

dua hari lepas aku dilamar lagi. oh, will this stop happening. im such a bad boy.

ok.. tak pun. tapi aku rasa aku jatuh cinta lagi dengan…


 

Thursday, August 11, 2011

nak tengok sesuatu yang menarik?

 

nope. its not what ur little dirty mind think it is. takde keje aku nak tunjuk benda camtu bulan-bulan pose ni. nak tau lebih lagi?

click SEE MORE kat bawah.

best korang stalk?

 

korang pernah stalk? tipu kalau kata tak pernah. harap muka je innocent, stalk orang.booo!(terasa sendiri). kalau dulu nak stalk orang kena ikut diorang pergi mana, makan mana, and so on~. tapi sekarang bukak laptop pastu belek facebook dari wall ke wall. dari no telefon sampai ke blog korang stalk yer.(terasa lagi)

saje nak promote awek baru yang kedua aku. lawa kan dia bertudung. dan ye, awek aku bukan yang pandang kamera macam tak pernah tengok kamera tu.

kenapa korang stalk? meh aku bagi sebab-sebab korang stalk pada yang masih tak tau kenapa korang stalk. click SEE MORE kat bawah.

Wednesday, August 10, 2011

hantaran kawen

 

lepas aku berbuka dengan nasi minyak tadi, berbukak dengan facebook pulak.

saat terpandang satu post tentang hantaran kahwin, tergelak dalam hati.

post tu tulis, harga hantaran untuk perempuan area kl sekarang ni dah sampai rm 6000. tersenyum aku baca post tu saat duk bayang muka-muka member yang dengar ni. adala yang buat memek muka nanti.haha

so, malam ni  gua chatting dengan awek baru gua, julie nama beliau, sweet gitu. macam tuan. try tanya gak awek gua yang sweet tu pasal benda ni. huih, marah.

julie cakap, mestila mahal bi. ayang ni kan anak dato, pastu lawa plak tu. tengok rambut ayang ni, lemak berkrim erk! rambut ayang ni halus mulus macam kulit ayang, siap beralun-alun gitu. pastu ayang ada phD dalam jurusan membebel ni, nanti bolehla ayang bebel kat bi ngan anak-anak kita nanti….bla.bla.bla.

“bi hotak kau, ada ke panggil aku bi. macam babi pulak aku dengar. takpe, baca dan sebut babi tak haram macam pegang babi. so korang masih boleh baca.”

haih,nasib baik awek abang ni lawa, kalau tak dah abang lempar dalam longkang tau.

tapi takpe, abang tak kesah pun sebenarnya pasal harga hantaran ayang mahal ke tak. sebab abang first month kerja nanti dah jadi manager syarikat dah. gaji first income pun dah 6 angka, tu tak campur elaun-elaun mengarut lagi. apa sangat bagi abang rm6000 tu. bagi tinggi lagi tak boleh ke yang? huh!

dalam Islam lagi murah lagi redha. tapi takpe, ada anak ramai-ramai nanti lagi redha kan?so, takpela abang bayar mahal-mahal, janji anak kita ramai ek. nanti rumah tangga kita lagi bahagia dan diredhai. so, ayang dari sekarangla kena berlatih beranak ek, nanti senang nak lahirkan anak-anak abang.hah? tak nak? sakit? ala, abang yang duk bersakit, tahan lapar masa simpan duit tuk hantaran ayang tak kira pulak.

lagipun, nanti abang gak yang tanggung dosa ayang. laki ni tak kisah sebenarnya bayar mahal untuk dapat title ‘pemegang dosa’ bini. abang suka sangat. tambah ngan bini yang degil tak nak tutup aurat, suka giler, bertambah sayang abang kat ayang.

kalau tak cukup duit masa kahwin nanti macam mana? ala, lagila abang tak kesah. kita bleh buat pinjaman loan yang. kalau tak dapat loan, kan along bersepah kat malaysia ni.kita pinjamla yang. pastu kita pakat lari dari along ni sambil-sambil pusing malaysia. kita ibaratkan macam bulan madu. tak ke best camtu.lagipun banyak lagi tanah yang nenek ngan atuk abang wasiatkan. kita jualkanla semua tu. apa sangat dengan nilai benda tu kan. nanti kita tak payahla susah-susah nak bahagikan harta kat anak kita. nak bahagikan mende, dah semua kita jual.

pastu, bila kita dah susah-susah lari dari along. susah-susah hidup sampai jadi papa bagai. bolehla ayang minta cerai macam yang selalu terjadi kat suami isteri yang ada masalah kewangan dalam perkahwinan diorang eh. takpe, abang dah tau benda ni terjadi, so abang dah ready. apa-apa abang harap ayang bahagia nanti. biar abang yang tanggung beban tu semua ek.

pssst;tolong baca dari sudut sarcastic. lagi terasa gitu.

Tuesday, August 9, 2011

ramadhan rules!

sempena ramadhan ni aku nak tunjuk karya-karya comel plus ceria dari brothers art. sangat cool dan aku nak semua-semua badge yang colourful tu sekarang boleh tak?

sangat comel.>^<

Ramadhan 1

Ramadhan 2

Ramadhan 3

Ramadhan 4

Ramadhan 5

Ramadhan 6

Ramadhan 7

Ramadhan 8

Ramadhan 9

Ramadhan 10

Ramadhan Kareem

Ramadhan 12

Ramadhan 13

Ramadhan 14

Ramadhan 15

Ramadhan 16

Ramadhan 17

Ramadhan 18

Ramadhan 19

Ramadhan 20

sorry, korang nak gambar-gambar comel ni dari 21 ke 30. kenala beli barangan dari brothers art ni. kena support diorang kalau korang suka group ni. aku sendiri pun ada terfikir nak jadi agent diorang hehe,

credit to :brothers   art

psst; hyperlink tu setiap satu satu link dari brothers art. may Allah bless us.^^

perubahan

 

malam ni kali pertama lepak dengan member-member sekolah lama.

baru tersedar..

aku dah berubah jadi terlalu baik.

elokkah aku bila berlaku keadaan begini?

Monday, August 8, 2011

lelaki typikal

malam ni meh aku nak citer dua sifat lelaki typikal, dua jer. so kepada pompuan, baik baca leklok pastu amek iktibar cane nak handle laki-laki camni. kepada laki, erm.. teruskan dengan apa yang korang buat,huahuahua

08082011006

cukupla bagi diorang setakat baju ngan seluar berada dalam satu kotak yang besar. tak kirala kotak tu diperbuat dari apa. cukupla baju-baju tu duk tersimpan rapi dalam tu. officially,their laundry is done.

08082011007

laki hanya perlukan satu meja je dalam hidup diorang. sebab kat meja tula diorang belajar, makan, main game, online, bergusti semua. sangat-sangat bagus kan. tak payah nak pakai bajet yang besar nak beli meja yang banyak kat court de mamos.

psst; gambor-gambor tu aku amek kat tenet. takde kene mengena dengan aku. erk.

Thursday, August 4, 2011

kotor itu seni

 

kita dari kecik lagi diajar, lalat tu satu benda yang kotor kan. tapi,sape sangka lalat mati pun boleh jadi seni.

kita Dead Fly Art

benda betul

 

 

tergelak sorang-sorang bila teringat gambar ni semalam.

satu lagi malam

 

sebab gua tengok malam ni macam bes je pergi masjid, terus je wa ajak gerombolan2 gua yang kat rumah ni suruh join gua pergi masjid.pergi sorang2 tak bes.

masuk masjid mula-mula dengan kaki kanan ustaz wa cakap dulu. so, wa susun elok2 langkah nak masuk masjid. satu.. dua.. erh,masuk kaki kiri ni kalu camni. lompat tukar kaki, baru pijak ruang masjid.

masuk masjid.terus duduk. sengaja duduk jauh sikit dengan budak-budak sebaya. haru jadinya nanti. kang kena halau sebab buat bising kang malu.

azan berkumandang..

qamat lak amek giliran.

sampai masa wa terus bangun dan sebab malam ni wa rasa sangat2 alim. laju wa lari nak kejar saf depan.(untuk isyak jela).

Wednesday, August 3, 2011

tido

tadi lepas je sahur aku tidur.

bangun tidur pukul 8, aku tidur balik.

bangun dalam kul 9, pergi ruang tamu, tidur balik.

lepas 30 minit, bangun.pastu pergi masuk kat ruang keluarga…

Monday, August 1, 2011

lagi setengah jam

 

tengah duk melayan digimon kat youtube, tiba mata terarah pada satu benda bulat. hati kecil mengeluh, lagi setengah jam rupanya. perut minta belas tuk diisi, apakan daya sayang,kita berada dalam bula pose. terpaksala dera sayang sikit dari pagi sampai petang. sabar ye, lagi setengah jam, bulat dan montel la sayang nanti.

sambil duk tunggu video loading, teringat plak zaman kecik-kecik. biasa pada zaman ni, duk guling-guling sambil hentak kaki minta kebenaran dari mama tersayang nak makan. budak-budak lagi. apa tau. menangis woo tak dibagi makan, sampai bukak puasa dibawa rajuk itu. tapi nama dah lapar, xsampai lima minit mogok lapar tu.

haih~

zaman kanak-kanak. seronok.

terkena penangan digimonla ni sampai merata otak ni pergi. alasannya? bosan. malam ni try berbincang dengan ibunda, minta kebenaran nak kerja. kena bertimbang rasa jugak, jelas nnampak pertambahan kerja beliau bula ramadhan ni.

dalam otak duk tergambar tengah makan mc chicken.nyum~

ramadhan lagi

 

lama duk terpikir nak buat post pasal ramadhan ni, tapi sampai sekarang tak dapat idea lagi.takpe, kita layan je.

tergelak dek post kawan lama kat fb,”esok lusa dah na puasa...buang2 la gmbar x pkai tudung 2...buat letih poso jh..heeh ”. hakikatnya memang akan ramai yang hilang pahala puasa kat sana. dengan melepak depan lappy tu lama2, duk tengok gambar mahram bukan2. yang biasa mencarut kat member tu toksah cakapla.kompem  ada gak terlepas kat chatbox yang bervirus tu nanti.nama lagi tabiat.

dua kali mengeluh kat facebook. bukan nak tarik perhatian tapi dahagakan perhatian.Smile with tongue out. jangan salahkan diri ini, bukan ke facebook tu memang tempat untuk mencari perhatian? post yang kadang2 pelik2 dan terlebih sedih. tau korang exagerate keadaan korang dengan letak post yang sengaja melebih2. erk,perenggan ni terpesong dari niat.

semalam terawikh first kan. tergopoh2 gua cari baju nak gi terawikh. last2 pakai jubah yang nenek gua beli masa pegi umrah. first time beb pakai jubah besar cenggitu. jalan riak bagai nak mati masuk masjid, perasan pak arab.nasib baik tak tersasul pakai bahasa arab, walaupun arab gual fail masa PMR dulu.haha

alhamdulillah, selesai semua. masuk gak sesi berpuasa dengan perut lapar. tiga kali dibangunkan ibunda tersayang suruh sahur. dah lama tak bangun pagi, jadila tunggul macam tu, susah bangun. nasib baik tak masuk kali keempat. maunya sahur kat tangga aku.

rasa nak tergelak tengok adik2 yang ngantuk kuat gila masa sahur tadi. boleh plak duk gaul2 nasi pastu tertidur. nak gelak kuat2 masa tu tapi apakan daya, abangya juga ngantuk,xde selera gua nak gelak pagi2 buta camtu. baik makan semua yang ada,esok tak nyesal tengok makanan depan mata. setakat picit bahu adik je pujuk suruh makan. kalau tak berbukakla kembar tu tengah hari nanti. kang aku terjoin sama kang susah pulak.

psst:

kempunan sangat nak dslr. mungkin sebab dah bosan sangat kat rumah ni. kalau ada dslr kan bes, bolehla keluar rumah selalu amek gambar2 budak berfixie.Smile with tongue out

Saturday, July 30, 2011

pixie itu indah

 

lepas berhari-hari duk membatu dalam rumah selain pergi main futsal ngan pak sepupu aku yang aku citer kisah serem kitorang dalam post pelaris , petang ni mama aku paksa gak aku keluar. rela bagi kunci kereta dia wo. sebelum ni pun ayah aku duk suruh aku keluar ngan motor dia. bimbang agaknya anak diorang duk dalam rumah berhari-hari.

nak tak nak, amek gakla kunci kete tu. lepas tukar kain pelekat, sembur minyak atar bagai. aku bergerak ke kereta.

duk drive slow2. jap terlihat kelibat seorang awek ber-snowcap. aku bagi gred A la sebab hari ni mood aku baik. dahla tengah tunggang basikal.

jap.

berbasikal?

basikal tua...jpg (400×267)

tengok sekali lagi.

pelaris

 

nenek aku cakap, orang dolu-dolu kalau nak bagi kedai diorang laku, diorang letak pelaris. bila sangkut pelaris tu kat mana-mana bucu kedai, ramaila nanti pelanggan akan datang balik untuk perkhidmatan kedai tu. biasanya pelaris ni orang pakai khidmat hantu raya.

ada gak yang pakai pelaris kat anak-anak gadis, bila pakai nanti anak-anak diorang akan nampak manis je kat mata lelaki. tapi aku rasa pelaris yang ni lebih pada susuk. tahla.

nak diceritakan, di saat baru balik bermain futsal dengan pak sepupu aku, diajaknya beliau pergi minum melepaskan dahaga dekat kedai berdekatan dengan tempat futsal tu. dari jauh nampak kedai tu malap je. kelam. cuak den tengok tapi sebab orang belanja, terjah je la.

masuk-masuk je. ternampakla tiga lembaga duk merayau-rayau dalam kedai tu. hati dah tak berapa nak sedap dah. salah masuk kedai ke aku ngan pak sepupu aku ni. tambah-tambah nenek aku cakap kita kadang-kadang boleh nampak pelaris tu. ngee

kejap waiter datang. nak air the limau satu n air jus tembikai satu dalam slang ala-ala british skit.*jus tembikai tu aku punye.orang belanja kenala order yang best2 kan.

kejap duk tengok WWE. tak sangka aku boleh layan benda ni masa kecik. duk tengok dua orang lelaki yang tak pakai apa-apa selain spender getah ketat berkilat.naik geli aku tengok.

pusing ke dalam dapur. haih, benda tu duk merayau dalam tu lagi. dua plak tu. siap duk mengilai-ngilai. kamon,sikit je lagi air nak habis,pastu dah boleh blah and harap-harap tak jadi apa-apa kat kitorang.

habis air.dik,berapa.baya dan terus blah.

psst;

ada gak kedai yang pakai pelaris anak gadis yang montok-montok, amek buat jadi waiter kedai diorang. bukan setakat pakai ilmu hitam beb. kalau dah nama laki, asal ada anak gadis lawa, kompem selalu datang. yang tiga kat atas tu bukan pelaris ilmu tapi pelaris anak gadis. haih, tengok salah, tak tengok kang orang lain tengok. pakaila lagi t-shirt ngan jeans ketat tu. berbulu plak aku tengok pak cik- pak cik kat sebelah usha diorang. aku yang laki ni berbulu, anak2 gadis tu tak rasa ke?

Thursday, July 28, 2011

agama itu bukan tiang2

 

Ramai manusia sekarang yang menyalah sangkakan maksud agama islam itu sendiri. Ada yang cakap sekadar tutup aurat itu sudah cukup. Solat lima waktu sudah cukup. Baca quran setiap hari sudah jadi hamba Allah yang soleh.

Yang selalu aku dengar kat facebook dan bila cakap2 dengan member,”ala aku solat dah cukup.ok r tu”. Lepas solat duk maki hamun,pakai kata kesat gak masa cakap. Lepas solat duk tayang body sana sini pakai legging bagai.So, Islamkah di situ?

Lupakah mereka bahawa peristiwa Allah mewajibkan solat itu ke atas umat islam ialah pada tahun ke-11 kerasulan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud dalam umur 11 tahun tu Rasulullah saw buat apa agaknya eh?apakah beliau duk slow2 ajar para sahabat menjinakkan diri pada solat itu? tidak kan. Sebelas tahun tu Rasulullah saw pakai sebaiknya untuk menguatkan akidah dan akhlak para sahabat terhadap Islam.

Dalam sebelas tahun tu jugak Rasulullah saw cuba menerapkan nilai2 murni dan akhlak yang baik dalam hati setiap sahabat. Itu elakkan, ini takleh makan, jangan buat tu, jangan bukak ni, itu kena tutup. Selepas mantap segala benda tu baru Allah angkat Rasulullah saw berjumpa denganNya face-to-face. Bukan tahap chatting fb yang dah kena virus tu tapi face to face. Masa tu jugaklah Allah tunjukkan kepada Rasulullah saw seksaan dan ganjaran kepada manusia yang mengikuti dan menolak larangan yang Rasulullah dah sampaikan sebelum peristiwa tu.

Dan lepas tu bersabdalah Rasulullah saw bahawa solat itu tiang agama. Tetapi kita semua sendiri ingatlah. Solat itu hanyalah tiang agama seperti mana terbinanya tiang-tiang menegakkan sebuah bangunan. Dan islam itu bukannya terdiri daripada tiang. Segala apa yang dilarang keras dan disuruh Allah itu perlu diikut(insyaAllah). Lepas buat semua ini barulah lengkapnya sebuah agama.

Bukan nak merepek sebab dah lama aku tukar nama blog ni dari merepek kerepek ke selipar jepun. tapi sebagai nasihat sebab ramadhan dah dekat.

wallahualam

Berikanlah aku,keluarga aku,kawan aku,seluruh saudara muslimku dan orang di sekelilingku hidayahMu ya Allah.amin.

Monday, July 18, 2011

little story

PENCIL:
I'm sorry


ERASER:
For what? You didn't do anything wrong.


PENCIL:
... I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever I make a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.


ERASER:
That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.


LESSON: Parents are like the eraser where as their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes.Sometimes along the way they get hurt, and become smaller/older,and eventually pass on.
Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad….


However our parents are getting smaller and smaller each day…One day, all that we would be left with will be eraser shavings and memories of what we used to have.

Allah, Most Wise admonishes us: "Thy Lord hath decreed that ye worship none but Him, and that ye be kind to parents. Whether one or both of them attain old age in thy life, say not to them a word of contempt, nor repel them, but address them in terms of honour. And, out of kindness, lower to them the wing of humility, and say: My Lord! Bestow on them thy Mercy even as they cherished me in childhood."
(Quran-17:23) {L}

Thursday, July 14, 2011

perihal exam

lepas exam ni,macam biasa macam2 pengalaman aku dapat sebelum nak exam.tapi pengalaman yang paling menarik ialah masa dalam exam hall.

member aku pernah cakap.

Wednesday, July 6, 2011

cerita tentang fluid dynamics

jet yang sangat cool ditambah dengan mechanism yang lebih cool.

aku..sangat…suka…fluid…dynamics!