Thursday, August 11, 2011

best korang stalk?

 

korang pernah stalk? tipu kalau kata tak pernah. harap muka je innocent, stalk orang.booo!(terasa sendiri). kalau dulu nak stalk orang kena ikut diorang pergi mana, makan mana, and so on~. tapi sekarang bukak laptop pastu belek facebook dari wall ke wall. dari no telefon sampai ke blog korang stalk yer.(terasa lagi)

saje nak promote awek baru yang kedua aku. lawa kan dia bertudung. dan ye, awek aku bukan yang pandang kamera macam tak pernah tengok kamera tu.

kenapa korang stalk? meh aku bagi sebab-sebab korang stalk pada yang masih tak tau kenapa korang stalk. click SEE MORE kat bawah.

curious much?

pantang gila ada benda baru kat wall orang kan. asal DP tukar je terus pergi stalk mamat atau minah tu. niat asal nak tengok DP baru je, pastu habes melalut sampai older punya post. boo untuk korang dan aku.

nak usha mamat ensem atau minah lawa

yang ni kalau buat poker face lagi aku tampo kat sini gak. kalau member tu secara lumrahla kau akan add kat fb tu. ni yang tah mana-mana korang add. add pun sebab tengok gambar dulu kan. kalau tak lawa atau tak hensem mesti tak add langsung. bila dah approve semua gambar kau bukak. dasar desperate!(terasa)

mencari sebab + menangguk di air keruh

kadang-kadang tu mesti ada orang tukar relationship status kan. pastu kalau yang tukar tu lawa/ hensem laju je pergi tengok. pastu like + bagi komen membina, kononnya korang ambek tau dan peduli pasal diorang.pastu kutuk-kutuk awek/balak diorang kat situ gak. menangis awek/balak diorang baca komen korang. dasar amek kesempatan.(terasa lagi)

nak tengok meleis kutuk meleis

yang ni feberet aku. korang perasan tak ada grup anti gula-gula kat fb tu? ala, gula-gula yang perasan k-pop meleis tula. ha, aku tak add tapi aku suka pergi situ. sebab, kat situ selalu ada mamat-mamat dan mnah-minah yang kutuk group gula-gula tu. aku? aku tak join tapi aku baca kutukan diorang pastu gelak kuat-kuat aka “LOL” je.

nak tengok drama

kadang-kadang kalau korang bertuah boleh tengok drama kat fb tu. takyah nak langgan astro warna-warni prima bagai. cukup kat fb je. kalau tuah korang gila-gila tinggi, bleh tengok diorang gaduh berhari-hari, kalau lagi tinggi, berbulan-bulan. nora elena? level drama diorang lagi tinggi dari nora tah apa-apa tu.

member korang tiba-tiba buat post lain gila.

mesti korang tertanya-tanya tambah-tambah kalau tiba-tiba member korang pos benda yang alim-alim. ni member aku ni betul ke tak. dulu bapak setan, sekarang post macam-macam benda baik. bila diorang cakap diorang kena hack korang tarik nafas lega. dasar tak nak berubah.(terasa lagi)

bila member korang ada awek/ balak baru

tambah-tambah kalau awek/ balak diorang gred a. usha-usha semua gambar diorang, dalam hati dengki tapi sebab member, bukak jela chat tu  ucap tahniah. dasar hipokrit!(sakit)

sebab masih sayang

komfem korang kadang-kadang stalk ex korang kan. walaupun dah clash. lumrah manusia akan mencari insan yang dia pernah sayang dan cintai.(ok ayat ni skema,boleh hantuk kepala kat dinding sekarang)

sebab korang forever alone

kesian korang. tengok orang sudah.hahahahaha

1 comment:

  1. haha pedih siot part forever alone tuh..ciskek la mg syakay

    ReplyDelete