Wednesday, August 10, 2011

hantaran kawen

 

lepas aku berbuka dengan nasi minyak tadi, berbukak dengan facebook pulak.

saat terpandang satu post tentang hantaran kahwin, tergelak dalam hati.

post tu tulis, harga hantaran untuk perempuan area kl sekarang ni dah sampai rm 6000. tersenyum aku baca post tu saat duk bayang muka-muka member yang dengar ni. adala yang buat memek muka nanti.haha

so, malam ni  gua chatting dengan awek baru gua, julie nama beliau, sweet gitu. macam tuan. try tanya gak awek gua yang sweet tu pasal benda ni. huih, marah.

julie cakap, mestila mahal bi. ayang ni kan anak dato, pastu lawa plak tu. tengok rambut ayang ni, lemak berkrim erk! rambut ayang ni halus mulus macam kulit ayang, siap beralun-alun gitu. pastu ayang ada phD dalam jurusan membebel ni, nanti bolehla ayang bebel kat bi ngan anak-anak kita nanti….bla.bla.bla.

“bi hotak kau, ada ke panggil aku bi. macam babi pulak aku dengar. takpe, baca dan sebut babi tak haram macam pegang babi. so korang masih boleh baca.”

haih,nasib baik awek abang ni lawa, kalau tak dah abang lempar dalam longkang tau.

tapi takpe, abang tak kesah pun sebenarnya pasal harga hantaran ayang mahal ke tak. sebab abang first month kerja nanti dah jadi manager syarikat dah. gaji first income pun dah 6 angka, tu tak campur elaun-elaun mengarut lagi. apa sangat bagi abang rm6000 tu. bagi tinggi lagi tak boleh ke yang? huh!

dalam Islam lagi murah lagi redha. tapi takpe, ada anak ramai-ramai nanti lagi redha kan?so, takpela abang bayar mahal-mahal, janji anak kita ramai ek. nanti rumah tangga kita lagi bahagia dan diredhai. so, ayang dari sekarangla kena berlatih beranak ek, nanti senang nak lahirkan anak-anak abang.hah? tak nak? sakit? ala, abang yang duk bersakit, tahan lapar masa simpan duit tuk hantaran ayang tak kira pulak.

lagipun, nanti abang gak yang tanggung dosa ayang. laki ni tak kisah sebenarnya bayar mahal untuk dapat title ‘pemegang dosa’ bini. abang suka sangat. tambah ngan bini yang degil tak nak tutup aurat, suka giler, bertambah sayang abang kat ayang.

kalau tak cukup duit masa kahwin nanti macam mana? ala, lagila abang tak kesah. kita bleh buat pinjaman loan yang. kalau tak dapat loan, kan along bersepah kat malaysia ni.kita pinjamla yang. pastu kita pakat lari dari along ni sambil-sambil pusing malaysia. kita ibaratkan macam bulan madu. tak ke best camtu.lagipun banyak lagi tanah yang nenek ngan atuk abang wasiatkan. kita jualkanla semua tu. apa sangat dengan nilai benda tu kan. nanti kita tak payahla susah-susah nak bahagikan harta kat anak kita. nak bahagikan mende, dah semua kita jual.

pastu, bila kita dah susah-susah lari dari along. susah-susah hidup sampai jadi papa bagai. bolehla ayang minta cerai macam yang selalu terjadi kat suami isteri yang ada masalah kewangan dalam perkahwinan diorang eh. takpe, abang dah tau benda ni terjadi, so abang dah ready. apa-apa abang harap ayang bahagia nanti. biar abang yang tanggung beban tu semua ek.

pssst;tolong baca dari sudut sarcastic. lagi terasa gitu.

No comments:

Post a Comment