lama duk terpikir nak buat post pasal ramadhan ni, tapi sampai sekarang tak dapat idea lagi.takpe, kita layan je.
tergelak dek post kawan lama kat fb,”esok lusa dah na puasa...buang2 la gmbar x pkai tudung 2...buat letih poso jh..heeh ”. hakikatnya memang akan ramai yang hilang pahala puasa kat sana. dengan melepak depan lappy tu lama2, duk tengok gambar mahram bukan2. yang biasa mencarut kat member tu toksah cakapla.kompem ada gak terlepas kat chatbox yang bervirus tu nanti.nama lagi tabiat.
dua kali mengeluh kat facebook. bukan nak tarik perhatian tapi dahagakan perhatian.. jangan salahkan diri ini, bukan ke facebook tu memang tempat untuk mencari perhatian? post yang kadang2 pelik2 dan terlebih sedih. tau korang exagerate keadaan korang dengan letak post yang sengaja melebih2. erk,perenggan ni terpesong dari niat.
semalam terawikh first kan. tergopoh2 gua cari baju nak gi terawikh. last2 pakai jubah yang nenek gua beli masa pegi umrah. first time beb pakai jubah besar cenggitu. jalan riak bagai nak mati masuk masjid, perasan pak arab.nasib baik tak tersasul pakai bahasa arab, walaupun arab gual fail masa PMR dulu.haha
alhamdulillah, selesai semua. masuk gak sesi berpuasa dengan perut lapar. tiga kali dibangunkan ibunda tersayang suruh sahur. dah lama tak bangun pagi, jadila tunggul macam tu, susah bangun. nasib baik tak masuk kali keempat. maunya sahur kat tangga aku.
rasa nak tergelak tengok adik2 yang ngantuk kuat gila masa sahur tadi. boleh plak duk gaul2 nasi pastu tertidur. nak gelak kuat2 masa tu tapi apakan daya, abangya juga ngantuk,xde selera gua nak gelak pagi2 buta camtu. baik makan semua yang ada,esok tak nyesal tengok makanan depan mata. setakat picit bahu adik je pujuk suruh makan. kalau tak berbukakla kembar tu tengah hari nanti. kang aku terjoin sama kang susah pulak.
psst:
kempunan sangat nak dslr. mungkin sebab dah bosan sangat kat rumah ni. kalau ada dslr kan bes, bolehla keluar rumah selalu amek gambar2 budak berfixie.
No comments:
Post a Comment