Ramai manusia sekarang yang menyalah sangkakan maksud agama islam itu sendiri. Ada yang cakap sekadar tutup aurat itu sudah cukup. Solat lima waktu sudah cukup. Baca quran setiap hari sudah jadi hamba Allah yang soleh.
Yang selalu aku dengar kat facebook dan bila cakap2 dengan member,”ala aku solat dah cukup.ok r tu”. Lepas solat duk maki hamun,pakai kata kesat gak masa cakap. Lepas solat duk tayang body sana sini pakai legging bagai.So, Islamkah di situ?
Lupakah mereka bahawa peristiwa Allah mewajibkan solat itu ke atas umat islam ialah pada tahun ke-11 kerasulan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud dalam umur 11 tahun tu Rasulullah saw buat apa agaknya eh?apakah beliau duk slow2 ajar para sahabat menjinakkan diri pada solat itu? tidak kan. Sebelas tahun tu Rasulullah saw pakai sebaiknya untuk menguatkan akidah dan akhlak para sahabat terhadap Islam.
Dalam sebelas tahun tu jugak Rasulullah saw cuba menerapkan nilai2 murni dan akhlak yang baik dalam hati setiap sahabat. Itu elakkan, ini takleh makan, jangan buat tu, jangan bukak ni, itu kena tutup. Selepas mantap segala benda tu baru Allah angkat Rasulullah saw berjumpa denganNya face-to-face. Bukan tahap chatting fb yang dah kena virus tu tapi face to face. Masa tu jugaklah Allah tunjukkan kepada Rasulullah saw seksaan dan ganjaran kepada manusia yang mengikuti dan menolak larangan yang Rasulullah dah sampaikan sebelum peristiwa tu.
Dan lepas tu bersabdalah Rasulullah saw bahawa solat itu tiang agama. Tetapi kita semua sendiri ingatlah. Solat itu hanyalah tiang agama seperti mana terbinanya tiang-tiang menegakkan sebuah bangunan. Dan islam itu bukannya terdiri daripada tiang. Segala apa yang dilarang keras dan disuruh Allah itu perlu diikut(insyaAllah). Lepas buat semua ini barulah lengkapnya sebuah agama.
Bukan nak merepek sebab dah lama aku tukar nama blog ni dari merepek kerepek ke selipar jepun. tapi sebagai nasihat sebab ramadhan dah dekat.
wallahualam
Berikanlah aku,keluarga aku,kawan aku,seluruh saudara muslimku dan orang di sekelilingku hidayahMu ya Allah.amin.
No comments:
Post a Comment