nenek aku cakap, orang dolu-dolu kalau nak bagi kedai diorang laku, diorang letak pelaris. bila sangkut pelaris tu kat mana-mana bucu kedai, ramaila nanti pelanggan akan datang balik untuk perkhidmatan kedai tu. biasanya pelaris ni orang pakai khidmat hantu raya.
ada gak yang pakai pelaris kat anak-anak gadis, bila pakai nanti anak-anak diorang akan nampak manis je kat mata lelaki. tapi aku rasa pelaris yang ni lebih pada susuk. tahla.
nak diceritakan, di saat baru balik bermain futsal dengan pak sepupu aku, diajaknya beliau pergi minum melepaskan dahaga dekat kedai berdekatan dengan tempat futsal tu. dari jauh nampak kedai tu malap je. kelam. cuak den tengok tapi sebab orang belanja, terjah je la.
masuk-masuk je. ternampakla tiga lembaga duk merayau-rayau dalam kedai tu. hati dah tak berapa nak sedap dah. salah masuk kedai ke aku ngan pak sepupu aku ni. tambah-tambah nenek aku cakap kita kadang-kadang boleh nampak pelaris tu. ngee
kejap waiter datang. nak air the limau satu n air jus tembikai satu dalam slang ala-ala british skit.*jus tembikai tu aku punye.orang belanja kenala order yang best2 kan.
kejap duk tengok WWE. tak sangka aku boleh layan benda ni masa kecik. duk tengok dua orang lelaki yang tak pakai apa-apa selain spender getah ketat berkilat.naik geli aku tengok.
pusing ke dalam dapur. haih, benda tu duk merayau dalam tu lagi. dua plak tu. siap duk mengilai-ngilai. kamon,sikit je lagi air nak habis,pastu dah boleh blah and harap-harap tak jadi apa-apa kat kitorang.
habis air.dik,berapa.baya dan terus blah.
psst;
ada gak kedai yang pakai pelaris anak gadis yang montok-montok, amek buat jadi waiter kedai diorang. bukan setakat pakai ilmu hitam beb. kalau dah nama laki, asal ada anak gadis lawa, kompem selalu datang. yang tiga kat atas tu bukan pelaris ilmu tapi pelaris anak gadis. haih, tengok salah, tak tengok kang orang lain tengok. pakaila lagi t-shirt ngan jeans ketat tu. berbulu plak aku tengok pak cik- pak cik kat sebelah usha diorang. aku yang laki ni berbulu, anak2 gadis tu tak rasa ke?
No comments:
Post a Comment