lepas exam ni,macam biasa macam2 pengalaman aku dapat sebelum nak exam.tapi pengalaman yang paling menarik ialah masa dalam exam hall.
member aku pernah cakap.
an exam is a way of students showing how creative they are in cheating.
yep,kitorang orang kelantan tapi just for this caption dia pakai english.
**untuk pengetahuan korang orang kelantan ni susah nak pakai bahasa luar walaupun dia pandai bahasa luar.terutamanya bila cakap sesama sendiri.boleh kira taboo la kot.hehe
dan memang terbukti apa yang dia cakap tu benar.walaupun dah masuk universiti akan ada sedikit sebanyak skill meniru masa sekolah yang akan di guna pakai balik. yang dah lapuk mahupun yang baru direka sejurus sebelum exam.*tabik spring!!
yang pakai morse kod, gerak kaki.kalau dah pro, even tonyoh hidung pun boleh dipakai sebagai jurus2 nak meniru.kepada cikgu2, jangan terpedaya ye.walaupun berdehem sekali,dua kali,tiga kali.jangan pandang sekilas je sebab student anda mungkin mereka sedang bertukar maklumat dan isu2 semasa tentang apa yang mereka sedang lakukan terhadap kertas exam tu.
kadang2 siap boleh buat lawak lagi masa duk meniru.sumpah aku pernah buat masa exam sekolah menengah.pastu tahan gelak sorang2 macam orang gila sampai cikgu perasan dan bagi pandangan mata maut.
pastu terus buat muka comel plus innocent
tak jadi gak sambung dengan buat muka kerang busuk
meniru ni juga boleh dikaitkan juga dengan guru yang sememangnya tidak dilahirkan terus jadi guru yang suka mengenakan pelajar yang meniru.mereka juga pernah menjadi seorang pelajar dan lagi bertuah,seorang pelajar yang turut telah mencipta pelbagai jurus meniru pada zaman mereka dulu.bertuah punya guru.tapi..*tabik spring getar lebih!!
tak caya?
try pandang balik zaman dulu2 masa korang exam dan kantoi nak meniru.ok,jom lihat masa aku kantoi dulu
mesti dia pandang jeling2 pastu senyum.dan geleng kepala yang bawa maksud tak payah diteruskan niat korang meniru.dia dah tahu.pastu lepas exam,boleh plak dia datang,tepuk belakang korang.geleng kepala dan cakap,
”next time tolong jadi lebih kreatif.cikgu pun pernah jadi pelajar dulu.”
aku pernah kena beb,berdarah hati ni.pastu down sampai exam next paper.bukan down sebab tak leh jawab tapi sebab gagal tuk meniru masa paper sebelum tu.*boleh plak kan.
tapi apa2 pun.aku respek pada guru2 yang pernah meniru dan berjaya men-down-kan pelajar mereka ketika pelajar diorang dikantoikan.tahniah yang banyak untuk cikgu.
dan oh;
- cikgu yang kantoikan aku tu sebenarnya ustazah.gempak tak gempak.siap gelak2 lagi masa keluar kelas lepas nasihat aku.=_=”
- lepas je aku kantoi tu,aku terus nobatkan dia sebagai guru terhebat sekolah menengah aku.dan telah menjadi satu perangsang untuk aku meniru dengan lebih bergaya dan berkesan.hak3
- cikgu aku pernah cakap.orang yang ada peluang meniru tapi tak meniru tu bodoh dan orang yang ada peluang meniru dan dia gunakan peluang tu sebaik mungkin adalah seorang yang pandai.
- apa2 pun,kalau kudrat tu mampu.cubalah buat dengan sendiri exam tu.lagi elok macam tu.lagipun skang ni,kat cina dah ada detector macam kat KLIA dah nak cek student diorang bawak peralatan meniru ke tak.takkanla kita pun nak sampai tahap camtu.
- suka tengok member2 dulu yang exam masa duk sebelah.pastu jawab sambil tutup kertas dengan dua belah siku.tak cukup dengan tu,segala benda dari kalkulator sampai pensel case dia letak kat perimeter kertas jawapan dia.aku jeling dia bukan niat nak meniru tapi sebab tergelak dengan gaya dia.sampai macam tu sekali.hahahaha
zana xpernah nak tutop sampai macam 2 ,. adessss ,. bio la orang nak meniru ,. die sendiri yang xjujo dengan diri ,.
ReplyDeletemoh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana
http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/saturday.html