semalam balik ke kampung halaman selepas seminggu duk di tempat baru. ye aku tahu, seminggu baru. aku nak balik, peduli ape korang nak gelak-gelak ke ape ke, asal aku ngan ibu jari kaki aku bahagia.
pengenalan_tempat baruku di uitm berbeza dengan tempat dahulu. plainly said, aku rindu tempat lama dan member-member lama. takleh nak buat apa dah, naluri manusia. yang aku bleh cakap, kat tempat baru ni nearly 90% berbeza. dorm, member *dah semestinya, makanan *sumpah pedas gila makanan kat sini walaupun sedap, cara belajar *agak rilek dan sempoi.
nuff said_tempat baru tapi buat macam tempat lama. semalam lepas kelas pukul 11 balik bilik tidur. tiket bas? rilek dulu. sampai pkul 7 jumpa member yang nak balik kelantan. “balik sekali jom!” *member punyala macam pompuan bersiap. tension aku tension. naik rapid, buat dek je, walaupun tiket takde lagi. rilek ah, takde orang nak balik ni, cuti kejap je pun.
….
sampai stesen bas…. penuh ngan manusia. *sumpah aku dalam masalah besar.
jalan dah stat laju-laju. dari kaunter ke kaunter tanya pasal tiket. jawapan satu jenis je, habis!
jalan-jalan depan bas try tengok ada kosong ke tak. jumpa sorang pak cik ni. dia ajak pergi jauh sikit *hoih, ni apahal nak cakap jauh-jauh ni, cuak aku. rupa-rupanya nak buat deal ngan aku.
“hang pi masuk dalam bas kuning tu, pastu pi nyorok kat tempat tidur driver tu. nanti bas gerak hang keluar mai duk kat depan ni.” time nisumpah aku suka gila, tak pasal-pasal keluar tabiat aku ngan orang jepun, duk tunduk hormat kat pak cik tu. semua orang tengok aku, pelik agaknya ada orang jepun nak balik kelantan.
sampai rumah kat kelantan, lempar beg laptop. baring~
padan muka. tu lah last minute xP
ReplyDelete