Monday, September 26, 2011

apa itu cinta

 

pehh. selepas lama tak naik motor ayah aku ngan update post blog ni, dapat gak aku buat dua-dua malam ni. tu pu sebab amek cuti sehari. kalau tak, balik rumah je terus tidur, letih alasannya.

*masuk pasal tajuk post.

semalam ada pompuan tanya aku,'” bang, perempuan idaman abang macam mana ek?”

terkesima aku kejap. sangat tak terduga soalan tu terkeluar.*jawapan kat ayat last post ni.

dah lama gak dalam hidup aku ni takde cinta. maksud aku, dalam konteks mushy-mushy tu. tahla. bila dah masuk complicated, semua rasa tak betul bila berada dalam kesamaran.

aku pelik gak budak-budak sekarang ni. masa sekolah rendah dah pandai “cinta-cinta” ni. aku dulu masa darjah nam still main kejar-kejar lagi ngan member.

tambah pelik bila budak-budak sesedap rasa diorang je cakap sayang kat pasangan diorang. pastu bagi semua, dari harta ke tubuh. *perhh! berani siak!* lepas dua tiga bulan break up. cakap dan buat benda yang sama kat orang lain pulak. sampai satu tahap aku dengar citer orang macam ni, aku rasa harga cinta budak-budak sekarang sangat murah. tersangat-sangat murah.

satu lagi, bila ada orang suka sangat duk tayang “cinta” diorang kat depan orang lain. maksud aku, bukankah cinta itu sepatutnya hanya dikongsi oleh dua individu sahaja? Dan bila cinta itu suci, dikongsi juga bersama Allah?

kenapa duk tayang semua kata-kata cinta dan keromantikan dalam facebook? aku pasti ada sesetengah yang jelek gila tengok korang bercinta secara terbuka macam tu. tak kurang juga yang sedang menunggu nak gelakkan “awak-awak” semua ni bila “awak-awak” gaduh ngan pasangan kat facebook. yang siap like lagi status-status tu yang tak menahan. suka je jadi batu api ye.

 

 

bagi aku, bila aku cakap “cinta” atau “sayang” pada seseorang bukan mahram aku, tu menandakan aku betul-betul mahukan dia sebagai teman aku sampai mati. sebab tu aku tak mudah mengatakan aku cinta kepada seseorang.

cinta itu sesuatu yang tak ternilai. walaupun kita tak nampak macam mana cinta itu, aku pasti semua orang dapat rasa kehadiran cinta bila cinta datang. *erk, aku tak reti hurai maksud cinta dari konteks aku kat sini.haha. abstrak sangat. kalau nak tau maksud cinta dari expert, silakan tengok tasbih cinta. ustazah tu terang panjang lebar maksud dia, siap dalam sajak lagi. tapi aku tak faham gak. haha

so.. aku tinggalkan pada korang semuala makna “cinta” tu ye. sama ada “cinta” korang sekadar perkataan atau datang dari hati. *pehh ayat

 

*berbalik pada soalan adik tu.

masa tu aku tak jawab kat adik tu. aku diam je. nasib baik ada akak ni duk sembang-sembang ngan aku. dapat gak aku elak dari jawab,

secara jujurnya, aku suka perempuan yang berani tunjuk isi hati dah perilaku yang sebenar beliau kat aku. *kadang-kadang nak acting depan aku tak kisah gak. dan yang paling penting, boleh nampak kelembutan beliau sebagai seorang wanita.

betul ke?Smile with tongue out

1 comment: