Saturday, December 24, 2011

awek kelantan

yeah! aku dah balik!

no seriously aku dah balik. yela, taula sebelum ni aku cuti jarang-jarang. jumpa member-member pun kadang-kadang je. tapi alhamdulillah, sekarang aku dah ada banyak masa untuk diluangkan kat aktiviti-aktiviti ngan member. *kalau difikirkan secara optimis.

kepada kawan-kawan terbaik aku kat jad. serius aku rindu korang. maaf sekarang aku kurang contact. hakikatnya aku tak berkemampuan nak berulang alik ke shah alam tuk berjumpa korang. paan, fizzy, sam, doakan aku bleh jumpa korang lagi…

so, semalam aku sampai kat negeri tersayang selepas 6 jam duduk dalam bas. sayang, aku ingat jarak perjalanan dari pulau pinang akan lebih singkat. rupanya sama je ngan selangor. pengalaman bas yang sama, tido bangun, berenti, minum. yang lainnya cuma aku hampir-hampir terjatuh dalam bas masa nak bangun sebab kaki sebelah kanan aku kebas. mungkin darah tak mengalir.

sampai rumah pukul 4, tido. thanks to my wonderful mom yang tabah membangunkan aku dalam 13 kali suruh bangun subuh (aku tak pasti cara yang digunakan mak aku ganas atau tidak sebab fikiran aku tak rasional masa tu) . kalau bukan sebab mak aku kompem-kompem dah subuh gajah, beruang koala dan semua binatang2 yang kat afrikala aku pagi tu. thanks mom. pastu membuta balik. serius aku letih.

setakat ni je kot muqadimah, kang tak pasal-pasal nangis cerita pasal perjalanan balik je.

sekali lagi aku kat kelantan. dan macam biasa, aku suka persekitaran di sini sebab…sebab… tah, mungkin sebab dah terbiasa.

tapi yang aku paling suka ialah, perempuan-perempuan kelantan aka cek mek kelate. nak tau kenapa? sebab awek-awek kelate ni semua lawa. serius aku cakap, dalam 3 negeri aku pergi belajar ni, aku dah jumpa macam-macam ragam perempuan tapi perempuan kelantan masih dalam top list aku. Smile with tongue out

tak caya lagi? nanti aku bagi bukti eh.


180825_192736340749962_111918652165065_634558_6711893_n 

 

mesti korang kenal minah ni kan? neelofa. and betul kalau aku cakap muka make up dia hodoh gila babi, tapi kalau kau tengok dia tanpa make up.. perh, cair~

and one more hint for guys that are wishing to search for kelantanese girls. awek dari daerah pasir mas mesti kat no 1 dalam list korang. sebab dari pemerhatian aku dan kawan-kawan aku yang dah lali jalan-jalan kat sini, awek pasir mas memang kulit dia warna mas. kawan aku angau 3 hari sebab terjumpa awek masa tengah jalan-jalan kat pasir mas,rasa nak pukul je masa tu.(haha)

yang kedua? kompemla daerah aku, tanah merah sebab sebelah je ngan pasir mas, so kena gakla tempias-tempias mas tu. daerah lain tu korang pandai-pandaila. tapi kalau nak yang mirip thailand sikit, korang boleh cari dari rantau panjang.

dan dari sudut pandangan aku,sifat lembut dalam perempuan kelantan ni lain daripada negeri-negeri lain. perempuan negeri-negeri lain pun ayu dan comel-comel dan lembut jugak tapi kelantan punya lain sikit. nak tahu lebih lanjut? buatla kajian anda sendiri, tapi jangan ngada-ngada buat eksperimen kat member lak. tak elok tuk hubungan. sekadar intai-intai,jeling-jeling sudaa.

uhuk! sebenarnya artikel ni aku tujukan kat member-member aku yang sangat gilakan perempuan kelantan. sanggup forever alone kalau tak dapat isteri dari kelantan dia cakap.(yang angau 3 hari tu).

to kelantan girls, jangan marah aku, aku hanya cuba nak naikkan saham korang semua. dan aku tahu, dalam hati mesti korang suka kan? sebab aku puji korang cantik dan cute. hehe. peace?

lastly, macam biasa, aku nak quote dari post fb aku sendiri. *mood capap

every girl can be pretty but it take special ones to become solehah.

entri kali ni sekadar suka-suka je. takde niat nak bias or whatever. semua perempuan cantik di mata seorang lelaki. yang membezakan hanya keberanian setiap seorang tuk berubah ke arah kebaikan.

dan macam biasa juga, entry aku ni tak berniat nak condemn sape-sape. kalau korang kenal aku dengan baik, korang akan perasan semua yang aku buat just for fun. yang baik amek, yang jahat jangan buang, amek gak tapi pergi kitar semula.

1 comment: