Thursday, June 2, 2011

baru aku faham perasaan korang

 

peristiwa tadi sangat2 pedih di hati.disebabkan perkara tadi,baru aku tahu dan faham perasaan kenapa budak2 kat luar tu takut sangat nak gerak ke masjid dan surau tuk dengar ceramah.

aku nak tanya,ada sesiapa ada kebolehan tuk mengesan niat orang di sekelilingnya tu ikhlas ke tidak tak?

aku rasa Allah je yang tahu niat seseorang tu.sedangkan nabi muhammad s.a.w pun tahu niat seseorang tu hanya bila Allah benarkan sahaja.

aku tidak tujukan entry ni untuk kepuasan aku sendiri tetapi cara kita melayan orang yang ingin tahu dan ingin mencuba tu salah.

“kau ni selalu melepak kat tempat maksiat,so kau tak layak nak hadir ceramah ni.aku sarankan kau mintak dengan ustaz tu kau nak blah.takpe,ustaz tu faham nye.”.dan benda ni bukan sekadar boleh diungkapkan secara lisan.isyarat tangan pun boleh je.Smile with tongue out

agak2 apa perasaan korang yang baru nak survey atau tengok macam mana pergerakan sesuatu kumpulan ilmu tu bila PAMM!! benda ni kena kat kau?

aku dah faham sebab dah terkena kat batang hidung tadi.alhamdulillah la benda ni antara kami berdua sebab ianya berlaku dalam diam.takdela aib sangat kan kalau aku cerita kat sini.sebab orang lain yang tak buat tak terasa.

aku ni takdela ilmu sangat tapi aku pernah dengar,”jangan kita berburuk sangka pada orang lain”.hadis rasanya.

so,kalau korang berada di tempat aku.korang akan rasa orang yang buat macam tu,apa perasaan dia pada kau?

ye aku bengang sebab orang semulia kamu.yang mampu membawa orang ke jalan yang lurus bertindak macam tu.ilmu aku tak banyak.aku faham kenapa kau buat begitu.aku kisah sebab bila aku fikirkan balik benda tu,aku pun malas nak join benda2 macam tu.menjatuhkan maruah je bila diperlakukan begitu.walaupun secara senyap2.

tapi teruskan buat macam tu dan bilangan pemuda pemudi yang akan ikut ceramah akan berada pada bilangan yang sama.

dan oh;

  1. mood aku nak join terus hancur bila benda ni terjadi.dan aku tak tujukan kepada yang mengata aku dengan niat bergurau.aku faham niat korang.so pada yang bergurau.rest assured.aku tak blame korang pun.
  2. bukan tacing.yang ni rasa macam kena cucuk sampai ke ulu hati.haha
  3. aku ada test la esok.asal aku duk mengadap ni lagi.sambung belaja balik!!!

No comments:

Post a Comment