Tuesday, June 14, 2011

budaya kita ke?

tengah hari tadi balik dari kelas,aku ada lihat sorang mak cik ni dari dalam bas yang aku naik.dari paras rupa,mungkin dah nak masuk kategori warga emas.

sayu aku tengok.terdetik rasa sebak dalam hati.

kenapa dia jadi begitu?

di tengah highway.ya di tengah highway.semasa lampu merah menyala,perlahan-lahan mak cik tu menyusuri dari satu kenderaan ke satu kenderaan sambil menadah tangan beliau.

dengan baju yang lusuh dan pudar, mungkin dah berapa tahun baju itu digunakan untuk kegunaan diri beliau.tudung yang dipakai senget mungkin kerana banyak kali dibetulkan kerana cuaca yang panas.memakai kain sarung yang berkedut.dengan hati yang tabah dan rasa malu yang tebal tetapi disembunyikan kerana rezeki yang sedikit, beliau pergi ke satu kereta ke satu kereta,mengetuk tingkap tinted mengharapkan belas dari golongan yang lebih mampu.

comot wajahnya aku lihat.kasar tangannya.tak selesa sandalnya.menggambarkan betapa kasarnya dunia hari ini terhadap mak cik itu.

kerana teramat sedih.aku membawa tanganku menarik langsir bas untuk menghalang mata ini dari terus melihat pemandangan sayu itu.biarlah,aku dah tak sanggup lagi melihat senario itu.

KENAPA ACIK?

mungkin acik tak akan baca entry saya ni.tapi saya masih tertanya-tanya.

kenapa acik sanggup meredah arus lebuh raya yang bahaya menadah tangan mak cik yang lemah itu?

untuk apakah semua itu?

kalau jawapannya untuk rezeki,di manakah anak-anak makcik?yang sepatutnya masih gagah mencari rezeki.

kalau jawapannya kerana acik hidup sebatang kara.mana subsidi dan sumbangan kerajaan yang sepatutnya menolong acik?

tak patut acik menggadai nyawa acik begitu.

ya,kalau acik datang kepada saya menadah tangan begitu saya tidak akan beri duit kepada acik.

KENAPA?

hati saya sebak melihat acik dalam keadaan begitu tapi..tapi kalau tangan ini menhulurkan sekadar seringgit atau dua ringgit kepada acik.pasti acik akan ulangi perbuatan acik ni lagi kan?

pergila kepada sumber yang betul acik.saya tak sanggup acik dalam keadaan begitu.apatah lagi bila berhadapan dengan pemuda-pemuda yang nakal dan jahat.saya tak sanggup nak fikir acik.

dan oh;

sori ayat macam karangan SPM,hakikatnya aku kesian tengok mak cik tu.Sad smile

1 comment:

  1. aku ingat kat india je ada yang macam makcik tu. kat msia pn ada erk? hurm. xpna tgk lagi stkt ni. tp ksian kn.

    ReplyDelete