Wednesday, June 29, 2011

dalam kotak?

neway,video ni sangat comel.^^

comel

heran gila aku.budak2 ni kalau buat apa pun mesti nampak comel.cuba kau atau member kau buat camni,mau makan kasut saiz 12 package ngan stokin sekali.

Sunday, June 26, 2011

penggunaan mathematic yang bagus

ni antara contoh orang yang pandai buat bisnes,mengira dan hidup

so, apa guna minta sedekah bila korang boleh buat kerja macam ni dan hidup mewah di amerika?

malaysian?berhentila jadi peminta sedekah bila kroang boleh cari kerja halal. walaupun dengan cara basuh cermin kereta.

dengar kata hati korang tu

tau tak, dalam kajian terdekat didapati jantung kita ni ada lagi banyak neuron berbanding otak kita. ni bermakna jantung kita lagi banyak menghantar signal2 ke otak kita berbanding sebaliknya.so,siapa control siapa sebenarnya ni?o_O!?

Thursday, June 23, 2011

aku rasa aku jatuh cinta

orang kata dekat-dekat exam ni banyak benda ganggu perasaan kita.yang paling utama mestila syaitan kan.naudzubillah,semoga dijauhi.

haih,

aku ni kalau bab jiwang ni kalau bleh nak elak sikit,tapi kali ni teruk sangat dah. terganggu sangat bila setiap kali aku teringat.dahla nak dekat exam, boleh pulak perasaan ni datang. bila sunyi je datangla perasaan ni.

tapi..

aku suka..

aku syukur..

sebab cinta aku terbalas.

sebenarnya dari dulu lagi si Dia mengutus surat kat aku. tak wangi macam awek orang lain bagi tapi ayat dia..perghh! tertusuk dalam hati ni wa cakap sama lu. bermakna gila. dalam surat tu Dia selalu je cakap Dia sayang kat aku,Dia nak bagi aku hadiah best2.

selalu jugak Dia bagi nasihat dan “warning” kat aku. mana tak tersentuh beb kalau sampai macam tu sekali Dia jaga aku. lelaki senang ow cair kat personaliti camtu. kadang2 Dia bercerita. serius je ayat Dia tapi aku suka. Dia cakap Dia tak nak aku lalai tapi sekarang aku dah lalai. lalai kat Dia sorang. tapi takpe, aku rela kalau aku lalai kat Dia.hehe

kadang2 aku ada dengar orang lain baca surat Dia tu. dengki tak yah cakapla. nak pulak orang tu baca gedik2, pastu nak liuk2 pulak depan aku kan. panas beb wa panas. nak je rampas balik. baik aku baca sorang2 kan. lagi feeling. walaupun cara aku baca surat Dia salah2 sikit.

sori,tapi aku kadang2 tak faham gak apa Dia cakap. sebab Dia selalu hantar surat dalam bahasa lain. kesian ow kat aku nak translate satu2. tapi aku puas bila maksud Dia sampai.

surat Dia tu,alhamdulillah. setiap hari 5 muka surat aku baca. yela, masa awal2 dulu mana aku nak layan, so sekarang dah bertimbunla.sape suruh perasan hot sangat.dulu sombong cakap tak layanla apela.tapi sekarang, 5 muka surat tu tak puas lagi, tapi dah nak exam. agak2la kan kalau nak melayan tu. so,aku limitkan.

orang cakap kalau cinta kita tu ikhlas, Allah restui dan berkati.

betul ke?

kalau camtu.sumpah aku cinta Dia dengan seikhlas hati. sekarang ni aku duk fikir kat Dia je. aku harap cinta ni kekal sampai ke mati.kalau di izinkan Allah. nak je aku selalu dengan Dia. kalau boleh nak je aku pegang Dia pastu bawak ke mana je aku pergi. even masa exam.sebab kalau aku duk ngan Dia, aku rasa selamat dan tenang.

tapi boleh ke?

hmmm..

insyaAllah kami akan bahagia selalu.

selalu je aku doa kat Allah semoga aku tak lupa kat Dia macam dulu. sanggup aku tinggalkan Dia macam tu je.menyesal gila sekarang.

*ya Allah,sekiranya menyintai kata2Mu yang ada dalam al-Quran tu membawa makna aku menyintaiMu.tanamkanlah rasa cinta yang agung terhadap al-Quran dalam hati ini. Sesungguhnya menyintaiMu lebih bermakna bagiku dari seluruh alam ciptaanMu ini.amin.

subhanallah,kata2 Allah itu cantik bila kamu memahaminya.^^

wallhualam.

dan oh,

sori lama tak update.dah dekat nak exam ni sibuk gila pulak.tapi insyaAllah result aku kali ni memberangsangkan.amin

Sunday, June 19, 2011

aku dan taekwondo

hari ni first time aku masuk tournament sparring taekwondo.dulu kecik2 aku main karate gak tapi tu dulu.lama sangat dah aku tinggal.

dengan lewat geraknya pagi tadi.dengan sesatnya dan dengan gelak2 lepas tanya orang dekat traffik light.betul,kitorang tanya orang kat dlam kereta sebelah masa traffik light merah.nak buat cne kan,dah terdesak.eden plak tak ingat jalan.terima kasihla kat sam ngan fizzy.sanggup sangat bangun pagi tengok tournament aku.

terbaekk.

alhamdulillah,sampai gak.

register.

game aku tuk perlawanan kedua?

masuk2 lawan dengan anak will smith.ye,gua tak tipu nyer.masa lawan tadi memang terpikir macam pernah nampak muka dia.petang ni kat rumah baru perasan muka dia sama dengan anak will smith yang berlakon dalam karate kid tu.

kesian kat aku,masa time dengan anak will smith*tak ingat nama dia* tula aku kalah.menyesal giler sebab hold back giler2 tadi.masa training bleh plak aku sepak2 member aku sampai sakit kaki.but at least,anak will smith tu dapat gold medal.so,bangga gakla sebab kalah ngan juara kan.*pujuk diri.

huhu.

tengok member2 taekwondo main dengan mantop giler.ada yang bagi knock out.ada yang terkena knock out,tapi padanla kan.dia lawan dengan pemain malaysia.ada yang kena lawan sama sendiri.lawan sambil senyum jela diorang.ye la,macam practise pulak lawan member sendiriSmile with tongue out

apa-apa pun.alhamdulillah.dapat gak medal dalam tangan.bronze je.aim dapat gold medal.nama lagi first time kan,so bronze pun bronzelah.syukur tu penting.

Snapshot_20110619_3

for you.sorry didn’t get a gold.=_=””

dan oh,

  1. thanks to all that support me.dapat bronze je guys and girls sekalian.
  2. terima kasih kat sam,fizzy,syazili.banyak sangat korang tolong aku kali ni.
  3. mak aku gelak je masa aku cakap aku kalah.*at least her boy didn’t get hurt.

Friday, June 17, 2011

perempuan pada lelaki

tau tak,bila lelaki betul2 jatuh cinta,the whole world means nothing to them.

sebab tu,to love someone,we should ensure that Allah is the one thing that we will not leave when we start loving someone.

pernah dengar quote,

behind a great woman,there’s a man checking out her arse.

oops silap.ni quote kat member aku punya pesel case.Open-mouthed smile

behind a great man,theres a great woman behind him.

kenapa macam tu?sebab bagi lelaki perempuan ni sesuatu yang mereka perlu protect.kalau dah kahwin ke apa ke,mesti dia nak sediakan hidup yang selesa dan mewah pada isteri dia kan.lepas tu lelaki tu akan cuba sedaya upaya mereka untuk capai tahap isteri diorang selesa.

tak faham?try hadam slow2.aku tau bahasa aku teruk.Smile with tongue out

kita amek contoh paling dekat.

aku.

aku kalau ada perempuan duk tepi or mengajar aku mesti laju je faham.asal?sebab bila ada perempuan,mestila kita nak tunjuk ability kita setinggi mungkin kan?gurau je ni.uhuk2

dan,melalui perempuan juga lelaki ni akan jatuh.

tengokla scene2 drama di sekeliling anda yang libatkan jejaka yang setia dan wanita yang playgirl.kalau perempuan tu tinggalkan dia,kompem otak tak jalan.paling cepat sebulan.betul.macam aku cakap kat atas,when a girl means everything to a man,losing the girl means he is losing everything.lama woo nak regain balik strength bila laki kena gitu.kesian laki kan.Smile with tongue out

dan oh;

  1. apa2 pun,dari sudut perempuan pun ada je cuma aku takde ilham je lagi.
  2. entry ni melalui pemerhatian aku je,takde kena mengena ngan aku.uhuk2.

henset pakai minyak

takde kaitan ngan tajuk pun.tapi this is why aku sangat suka nissan.

Thursday, June 16, 2011

minggu yang agak seksa

cukup 7 hari lepas hidup aku sangat seksa.takdela seksa sangat tapi masih seksa.kalau orang jepun dia cakap taihen na issyukan.

7 hari tu sumpah perut aku kosong.nasib baikla tak kena gasletrik atau nama saintifiknya gastrik.

bermula dari pembayaran aku masa baiki basikal aku tu.mahal gila boleh tak.tapi salah aku gak sebab naik pandai maintainance tak jaga.so sekelip mata duit aku terbang.

lepas bayar tu aku agakla berapa lagi tinggal dalam akaun aku tu.fikir punya fikir.alamak tinggal rm 100 lagi.macam mana nak hidup kan.seminggu dah rm 50 secara kasarnya hanya untuk makan.aku ada tiga minggu lagi nak hidup.

nak elakkan aku mati pada minggu terakhir.assumption aku sebab aku dengar manusia boleh hidup 5 hari tanpa makanan bernutrisi.dan manusia boleh hidup selama sebulan tanpa makanan kegemaranya.*fakta aku reka.

nak tak nak minggu lepas aku minum kopi dengan roti je.untuk pagi dan tengah hari.petang dan malam aku minum air masak dan biskut cap ping pong je.tapi biskut tu sedapla.hehe.alhamdulillah,lepas 5 hari tu pak cik aku yang baru balik umrah tu bawakkan kurma kat aku.so,kenyang sikitla kan.macam bulan puasa lak.

yang aku nak tergelaknya.

semalam aku dalam keadaan nak tak nak,terpaksala kena cucuk duit gak,sebab duit poket dah abis.sedih kot masa cucuk kad tu dalam peti atm bank islam tu.

cek baki.

tut tut tut *mesin berbunyi.

baki anda masih ada rm 240.

ok….

jap…

o_O”

perh.rasa nak sepak je diri sendiri sebab salah kira baki sebenar akaun aku tu.seminggu terseksa ow.so,tengah hari tu,senang hati je aku makan makanan yang bernutrisi dan sedap macam minggu2 sebelumnya.alhamdulillah.rezeki masih ada.

dan oh;

  1. aku cuma nak sampaikan nasihat kalau boleh selalu ingat nilai baki akaun sebenar korang.jangan jadi macam aku.seksa gila.nasib baik biskut tawar cap ping pong tu sodap dan kerispi.Smile with tongue out
  2. tak lama lagi dah nak exam,so lepas aku habiskan repot terakhir sem ni.hajat di hati nak lempar lappy ni jauh2.so,susahla nak contact through skype and facebook.rindu gila semalam tapi nak buat cne.dia sibuk aku sibuk.
  3. dahla sempat tengok gerhana time bulan tu kena tutup abes.apa yang gerhananya bila tak nampak bulan merah.=_=”

gerhana bulan.

tadi bangun gak tapi tak sempat tengok.ata shah alam banyak kilang sangat sampai asap penuh kat langit.=_=”

Wednesday, June 15, 2011

gerhana bulan?

ada dengar2 cerita malam ni ada gerhana bulan.dalam pukul 3 hingga 5.

gambar fasa gerhana bulan.insyaAllah dapat lihat

Tuesday, June 14, 2011

budaya kita ke?

tengah hari tadi balik dari kelas,aku ada lihat sorang mak cik ni dari dalam bas yang aku naik.dari paras rupa,mungkin dah nak masuk kategori warga emas.

sayu aku tengok.terdetik rasa sebak dalam hati.

kenapa dia jadi begitu?

di tengah highway.ya di tengah highway.semasa lampu merah menyala,perlahan-lahan mak cik tu menyusuri dari satu kenderaan ke satu kenderaan sambil menadah tangan beliau.

dengan baju yang lusuh dan pudar, mungkin dah berapa tahun baju itu digunakan untuk kegunaan diri beliau.tudung yang dipakai senget mungkin kerana banyak kali dibetulkan kerana cuaca yang panas.memakai kain sarung yang berkedut.dengan hati yang tabah dan rasa malu yang tebal tetapi disembunyikan kerana rezeki yang sedikit, beliau pergi ke satu kereta ke satu kereta,mengetuk tingkap tinted mengharapkan belas dari golongan yang lebih mampu.

comot wajahnya aku lihat.kasar tangannya.tak selesa sandalnya.menggambarkan betapa kasarnya dunia hari ini terhadap mak cik itu.

kerana teramat sedih.aku membawa tanganku menarik langsir bas untuk menghalang mata ini dari terus melihat pemandangan sayu itu.biarlah,aku dah tak sanggup lagi melihat senario itu.

KENAPA ACIK?

mungkin acik tak akan baca entry saya ni.tapi saya masih tertanya-tanya.

kenapa acik sanggup meredah arus lebuh raya yang bahaya menadah tangan mak cik yang lemah itu?

untuk apakah semua itu?

kalau jawapannya untuk rezeki,di manakah anak-anak makcik?yang sepatutnya masih gagah mencari rezeki.

kalau jawapannya kerana acik hidup sebatang kara.mana subsidi dan sumbangan kerajaan yang sepatutnya menolong acik?

tak patut acik menggadai nyawa acik begitu.

ya,kalau acik datang kepada saya menadah tangan begitu saya tidak akan beri duit kepada acik.

KENAPA?

hati saya sebak melihat acik dalam keadaan begitu tapi..tapi kalau tangan ini menhulurkan sekadar seringgit atau dua ringgit kepada acik.pasti acik akan ulangi perbuatan acik ni lagi kan?

pergila kepada sumber yang betul acik.saya tak sanggup acik dalam keadaan begitu.apatah lagi bila berhadapan dengan pemuda-pemuda yang nakal dan jahat.saya tak sanggup nak fikir acik.

dan oh;

sori ayat macam karangan SPM,hakikatnya aku kesian tengok mak cik tu.Sad smile

Monday, June 13, 2011

nak jumpa hantu tak?

sape nak main game yang komfem buat korang terkejut?

game ni masih baru.dan aku bleh kompemkan korang akan banyak kali terkejut.

*psst.main malam tau.main tengah hari tak feel.

kena banyak bersabar main game ni sebab keupayaan korang terhad.

http://jayisgames.com/games/the-house-2/

Sunday, June 12, 2011

and this is why googi beats yahoo

sangat2 terbaik.I loike.aku nak buat gak hari tu tapi aku buta tune.haha

bayangkan malaysia macam ni

nampaknya barat pun dah ada sense terhadap situasi di palestin.cuba bayangkan,ramai yang mati sia2 hanya sebab kecederaan kecil je.

sekarang cuba bayangkan malaysia berada di tempat macam video di atas?sanggup korang tengok mak,kakak,adik,mak cik korang lahir dalam kereta sendiri sedangkan tak sampai 5 meter ambulance tengah tunggu.sanggup kah korang tengok aband,adik,ayah,pak cik korang dipukul dan ditembak hanya sebab diorang berkeras nak hantar korang ke dalam ambulance di sebalik sekatan tu?

angry bird real life?

contribute to all die hard fan of angry bird.termasuk aku.Smile with tongue out

penuhkan kuota?

 

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV,  sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.

Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"  Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.

Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.

Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.

Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.

Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya.

Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba

mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf

Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu

jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abg yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada

Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.

Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang

mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan.

Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi,

Aliyah sayangkan Abg.

Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan

Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera

Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah

sayangkan Abg....

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah Tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping

tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg.... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan

Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.

Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

MORAL OF THE STORY  : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya... You would only appreciate things when you lost it...

cerita ni aku dapat dari bloggercrew.bila aku search kat googi,banyak pulak blog yang duk tempel cerita ni.so,aku tak taula sape yang patut diberi kredit buat cerita ni.

Saturday, June 11, 2011

faktor permulaan?

orang tua-tua cakap.kalau hari tu kita mulakan dengan benda yang baik,insyaAllah semua benda yang kita jumpa hari tu baiklah.

betul ke?

dan lebih penting.boleh tak dikaitkan ‘hari; tu dengan ‘sebulan’?

kenapa?sebab elaun aku untuk sebulan ni dah tinggal ciput je.memang petanda untuk aku puasa selama tiga minggu berturut2.

aku pelik gak bila bajet aku off sangat untuk bulan ni sebab benda ni tak pernah terjadi.muhasabah punya muhasabah*cewahh,aku rasa penyebabnye ialah…

kek recipe!!

masa hari first dapat biasiswa tu.aku pergi beli kek secret resipe.haha.mahal woo kek tu.naseb baik sedap je.berpeluh bawak kek sambil tunggang basikal aku tu.

lepas je makan kek tu.selalu je aku terpaksa pakai duit aku untuk benda2 yang tak dapat dielakkan.grading taek wondo,tournament taek wondo,topi hilang,dan yang terbaru pulak,aku terpaksa pergi servis basikal aku tu.

Snapshot_20110611

hambek kau.naseb baik abang kedai basikal tu baik,kurangkanla 5 hinggit lagi sebab nak tolong.5 hinggit??!!!taula sikit,tapi kalau dah terdesak kurang singgit aku rasa lega dah.tak gitu kawan2?Smile with tongue out

so,betul tak apa yang aku cakap?aku rasa pepatah di atas tu boleh dikaitkan dengan elaun sebulan jugakla.

nasib badan.T^T

dan oh;

pada sesape yang nak servis basikal tu.aku dah jumpa kedai baik punya.kat seksyen 7 satu row dengan kedai nasi lemak.tapi nasi lemak tu tak sedap.

aku rasa tak patut

gambar ni aku amek ni bom.

sangat menyesal dengan antara blog faveret aku di luar sana bila bom mula jadi pendiskriminasi dan semangat kenegerian macam tu.*cek ayat pertama.aku rasa tak patut masukkan nama negeri.aku sebagai rakyat kelantan aku sangat-sangat kecewa.apa yang bom tau pasal kelantan dan terengganu sampai boleh cakap macam tu.

ye,aku duduk di negeri selangor.dan aku boleh kata perbezaan budaya hidup kat sini.boleh tak aku cakap budaya orang kelantan dan terengganu jauh lebih baik pada orang selangor?dan bilangan perempuan kelantan yang bertudung jauh lebih banyak dari perempuan di luar negeri kelantan?boleh tak aku cakap,kapel di kawasan tasik shah alam sangat ramai,dan kalau anda nak tengok perbezaannya dengan negeri kelantan,anda boleh pergi sendiri.berenti saja dekat traffik light mesti penuh kat kawasan depan tu dengan mamat2 motor yang duk gendong anak dara orang tapi kalau pergi ke kelantan,bilangannya sekadar dalam tangan.

kalau nak dikaitkan dengan pendidikan islam pula.aku rasa pondok di negeri kelantan dan terengganu sangat2 banyak.dan bilangan pelajar yang menuntut di situ pun ramai.so apa kaitan kemunduran dengan dua negeri tu?

aku rasa sebab kelantan mundur setakat ni hanya sebab kewangan yang kebanyakannya dilaburkan oleh kerajaan negeri itu sendiri tanpa bantuan kerajaan pusat.

tak percaya?boleh pergi tengok.

sayang sekali bila bom pakai nama negeri di situ.aku kecewa.

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Santai Bersama BEN ASHAARI

blog aku ni chikai je.banner pun tak buat lagi.tengah fikir lagi nak pakai gambar apa.

entry2 aku consist of video yang aku jumpa kat internet,apa yang aku rasa tentang sesuatu yang menimpa aku dari hari ke hari.yang penting aku rasa aku dah tak post benda2 jiwang dah kat blog aku ni.dulu2 pernah,sekarang ni segan pulak bagi orang tengok.so,the personal stuff shud be personal.hehe

jangan tengok kalau hati lemah

sebab tu islam suruh tutup aurat.lelaki memang secara nalurinya akan tertarik pada benda2 macam tu.so,perempuan,korang sanggup ke jadi BARANG perhatian bila korang duk bukak sana sini tu?korang je yang tak perasan sebenarnya.

nampak tak ada sesetengah lelaki yang cuba jaga pandangan?sampai berpeluh tu tapi takleh nak lawan gak.fuhh

and this is why m.city lose.

dua kali tu try.haha

rebecca black singapore?

ok la pada si black tu.

nampaknya tak habes lagi demam black ye.

web download kena banned?

 

Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) dah jalankan kerja penyekatan laman web untuk mendownload.terkejut jugak dengar berita ni awal minggu ni.tapi yang lebih mengejutkan bila dapat tau malaysia ada kebolehan tuk sekat web2 di internet ni.

kenapa terkejut?

kalau boleh sekat asal tak sekat web2 yang duk galakkan dan ajar budak2 malaysia ni buat anak luar nikah semua tu?bukan tu lagi penting ke dari sekat laman web download?

agaknya maruah dan nilai moral remaja zaman sekarang lagi murah pada harga movie berharga rm14 untuk satu cerita di pawagam dan mp3 yang harganya setakat rm3 untuk sebuah lagu.

atau setakat nak jaga duit poket orang atas je?

antara web yang kena block oleh

sumber;myStar

Friday, June 10, 2011

comel giler budak ni

kepada yang tak faham,budak ni tengah promote album aiko.*jangan tanya sapa sebab aku tak kenal.

gedik giler budak ni.nasib baik kecik and comel je.kalau minah bas stand buat cni kat aku mau makan beg body glove aku tu.haha

credit for misa sakamoto.^^

pekida nak saman penerbit

ada masa bacala petikan dari http://beautifulnara.com/pekida-mahu-saman-syamsul-farid-kamil-kerana-dedah-perkara-sulit/ ni.

aku rasa pekida tak patut gembar gemburkan perkara ni.kalau dah rahsia tu buat dek jela.ni duk buat bising cakap rahsia tu rahsia ni masuk filem.yang diorang buat heboh sana sini kat surat khabar tu bukan lagi memecahkan rahsia diorang ke?aku yang sebelum ni tak tau menahu pasal ni pun boleh perasan pasal rahsia tu sebab keluar berita.

so apa motif nak gembar gemburkan pasal benda tu?sekarang satu Malaysia tahu.tak tahu nak kata terlebih pandai ke apa skang.

tak nak cerita lebih.pekida ni suka main panggil geng.sejak sekolah menengah lagi.sikit panggil geng.susah sikit dengan orang tak main sorang ni.=_=”

*aku pun terasa nak tengok kl gengster pulak.naseb baik takde fulus je bulan ni.

dan oh;

  1. kalau ni strategi marketing kl gengster aku rasa strategi ni berjaya buat semua orang nak tengok cerita tu.huhu

Wednesday, June 8, 2011

masalah utama kapal terbang.

susah gila nak tutup headroom tu kadang-kadang

.

.

.

.

.

.

.

.

.

tambah dengan yang nak tutup tu bangang.hahaha

ana raffali speed painting.



sangat2 berbakat dan bangang.hahaha

Tuesday, June 7, 2011

perempuan terpikat pada laki

entry kali ni sekadar melalui pengalaman dan pemerhatian sahaja.takde kaitan dengan yang hidup,dalam kandungan,sedang dilahirkan dan yang sudah mati.

bagi akula,kita sebagai manusia memang sangat2 senang tertarik pada benda yang cantik.memang lumrah kita.dan benda yang cantik tu sangat2 banyak.

tandas misalnya,ada ke orang sengaja2 masuk tandas yang kotor?kat belakang kelas aku skang ni ada dua tandas,biasanya aku mengambil beberapa saat nak menentukan tandas mana lagi cantik bersih dan suci sebelum aku masuk ke alam nikmat dunia.

cantik tu juga termasukla dari segi penampilan diri an an an?so,dari segi pemandangan mata yang rabun jauh aku ni.aku tengok pompuan ni senang gakla suka pada laki yang comel2 dan hensem2 gitu.*untuk mengelakkan kontroversi aku dengan rela hati menarik diri dari kategori hensem tu ,walaupun rate aku berada dalam kategori tu.*-_- gurau je.Smile with tongue out

apa aku nak cakap,pompuan tu suka benda yang lawa,cantik dan hensem*uhuk2.sebagai contoh kita amek pengkid.asal awek2 pengkid ni lawa2 ha?aku tak puas hati betul.apala diorang ada sangat.haihhhh!!!

ok2,untuk mengelakkan entry yang emotional,kita pakai contoh lain.kita tengok sorang kawan aku kat sekolah xxx ni.muka dia kalau banding ngan aku…ok,xyah bandingla.agak jambula.nak pulak duk sebelah ngan pompuan kan.dia baik sikit je,pompuan tu dah senyum2 dah.takleh jadi ni.duk lame sikit,boleh nampak dengan jelas pompuan tu da mula suka kat dia.kejap je.nak je aku pukul mamat tu.haha

tu karakteristik pertama.

pada yang tak berapa hensem tu.jangan risau.sebab aku lagi hensem pada korang.haha.*gurau2.

biasanya,pompuan ni kalau dah lama kawan ngan laki ni.dia akan cari benda lain.bosan gak kan asyik tengok muka sama.yang hensem pun boleh jadi muka angsa.so,pada yang tak berapa nak hensem tu,aku sarankan korang perbaiki karisma dan cara pergaulan korang.sangat2 membantu untuk memikat pompuan dari jangka masa yang lama.

tak caya tengok aku ni.dahla ensem,berkarisma pulak tu.silap awek je takde.*ayat ni tipu.

=_=…contoh lain--->aku ada gak sorang member ni,rupa tu adala tapi senget sebelah sikit.haha.tapi yang penting,cara dia bercakap dan bergaul tu sangat menarik hati perempuan.gaya bahasa,yakin pada diri,pandai buat lawak kat perempuan.korang fikirla yang lain pastu upgrade diri korang sikit.

kompem sikit sebanyak membantu.hehe

dan oh;

  1. kalau korang tanya aku,aku kira berada kat tengah2 tu.kira aku ni,cukup packagela.senang didekati dan dinodai.wakaka.okay,nevermind this note.=_=
  2. asal kuali yang aku basuh tadi asyik ada sabun ha lepas basuh?last2 aku masak air bersabun je tadi.minum kopi bersabunla aku malam ni.

sempena kuali tu,aku dedicatedkan satu vid tuk korang.cop aku takde dalam video tu.!

shampoola kau sampai lebam.haha

Monday, June 6, 2011

perhiasan dunia?

cik dik boleh pakai pakaian elok2 tak?

asal aku tanya camtu ha?

tadi adala aku jogging dengan kaum kerabat dengan niat nak mengukuhkan ikatan ukhuwah antara kami.Smile with tongue out.lari punya lari.*lari bulatan kecik je.nak abes round ketiga.perhh.kat depan ni munculla pulak dua orang minah ni.tengah lari dengan megah dan bangga.

aku jeling dia jeling.dalam otak aku tengah nyanyi lagu seiring dan sejalan dah.yelakan sama2 lari sama2 jeling.haha

not to be rude tapi benda dah jelas.haih.nampak je benda tu lagu ke mana langkah ke mana.terus je hilang tenaga.terus hilang mood nak lari.tiba2 kaki berat.ya Allah,apa salahku di sini?

terus je aku hilang pertimbangan.awek dua orang dah kemana tapi aset sebagai seorang lelaki tergugat.salahkah aku di sini?habaq mai

naseb baik ada member teman aku kat sebelah.diala yang duk tarik aku.Open-mouthed smile

cukup satu round lagi.adeh.jumpa lagi.

=_=”)\….benda sama berlaku.APA SALAH AKU DI SINI??!!

tension beb.cne aku nak masuk tournament kalau macam ni?

nak cakap kat sini,kita ni kalau dah jogging kat tempat awam,tolonglah pakai pakaian yang sesuai dan tak ketat.ni dengan leggingnya dan baju ketatnya.mau jatuh aset para mahasiswa yang macho macam gua beb sebab tersembam tengok lu semua.Smile with tongue out

dan oh;

  1. aku nak masuk tournament taek wondo.doakan yang terbaik untuk aku.harap2 sama macam karate je.tu pun dah lama benar tinggal.nati aku wat post sal tournament tu.insyaAllah.
  2. lelaki itu sangat lemah dengan perhiasan dunia.sebab tu ada hadis yang cakap ada satu golongan yang di jamin masuk syurga.golongan tu ialah lelaki yang menolak pelawaan wanita cantik untuk berbuat maksiat.*wanita semua cantik kan di mata lelaki.

Sunday, June 5, 2011

review x-men first class

 

movie-x-men-first-class

agak2 semalam semua orang nak celebrate hari jadi agung kat cinema kot sebab barisan makhluk yang nak beli tiket tu penuh satu hall beli tiket tu.first time berada dalam keadaan sedemikian.terkejut beruk jugak tapi still buat macho.ramai awek beb.Smile with tongue out

hais,dari pukul 1.30 dan pukul 3 semua tiket dah sold out untuk x-men padahal baru je pukul 1 masa tu.memang pihak tgv komplot tak nak bagi aku tengok.akhirnya tnggal yang pukul 6 je.terpaksala lepak lama sikit kat sunway tu.boleh pulak pergi surau pastu tidur kat situ nak burn masa.semua masuk buat muka pelik je tengok.

Snapshot_20110605

masuk wayang tu perhhh.full house.agak2 dua tayangan sebelum ni pun full house jugak la ye.

sampaila kita ke review aku ye.hehe

pada semua yang hard die fan x-men macam aku ni.sangat2 digalakkan anda tinggal semua tanggungjawab anda pergi tengok citer ni sebab x-men kali ni sangat best.walaupun tak sehebat x-men origin tapi still buat tulang belakang aku sejuk.plot cerita takdela serius sangat dan unsur humor banyak.

download-x-men-first-class-movie-2

 

kenapa perlu tengok??

  1. korang bleh tahu asal-usul brotherhood dan x-men dalam citer ni.
  2. anda akan tahu kenapa prof. x dan magneto berkawan pastu boleh lak bergaduh.takdela bergaduh sebenarnya just perbezaan pendapat.
  3. tahu macam mana beast bertukar biru?pada yang tak tahu tengokla.
  4. aku baru tau macam mana mystique bleh masuk dalam brotherhood dan sebab prof x lumpuh dalam citer ni.how pathetic of me.
  5. boleh tengok prof x dalam versi rambut panjang.
  6. korang jugak akan tahu macam mana cerebro mula2 diperkenalkan.

overallnya korang akan tahu macam mana permulaan segalanya untuk siri legend ni.

dalam citer kali ni,main characternya ialan eric ngan charles.kenal nama tu?kalau tak kenal tolongla pergi tengok.terbukti korang masih bukan hard die fan x-men lagi.

x-men-first-class-empire-magazine-cover

korang boleh tengok nilai sahabat yang sebenar bila dua sahabat yang tak sependapat mula membawa haluan masing2 dan sorang pun tak MEMPENGARUHI yang lain.padahal prof-x   mampu buat benda tu.

dan oh;

  1. dulu aku pantang gila tengok magneto tu.dalam citer ni aku tengok magneto cool gila.
  2. sapa yang minat wolverine macam aku jangan sedih sebab hugh jackman sebagai wolverine ada kuar lebih kurang 5 saat dalam movie ni tapi dah banyak gila pengaruh penonton.Open-mouthed smile
  3. masa balik tu,topi keledar pulak kena pau.nasibla.mintak surat sokongan dari balai polis sunway nak blah tanpa topi.(ikutkan nak curi dari motor lain pulak tapi aku dah insaf,tak selamatnya eksiden dengan topi curi.)kenala pulak berleter setengah jam.alahai bang polis,kitorang tak salah di sini.pergila leter budak yang pau topi kitorang.nasib baik aku dah biasa jumpa polis.=_=.*nasib baik meber aku tak pakai topi yang dalam tong sampah tu.hahaha
  4. terima kasih kepada abang faizul yakni abang polis tak bermisai kerana bagi kitorang pelonggaran tuk tidak pakai topi semalam.

Saturday, June 4, 2011

what’s your secret?

baru je balik dari kelas ganti hari ni.ye,hari ni hari jadi agung tapi masih ada kelas ganti.=_=

cekla video ni.video ni ada dalam satu web yang tanya 50 orang untuk satu soalan.sangat cool web ni.

Friday, June 3, 2011

pernah tak korang?

pernah dengar tak satu quote pasal betapa rutin harian korang akan terganggu gila bila satu benda dalam rutin tu diubah secara tba2?aku dengar tu masa aku muda2 dulu.so,sekarang ni dah tak ingat dah.

setiap pagi,secara rutin aku akan bangun secara automatik pada pukul 6.30 kecuali jika diganggu.tu kes istimewala.

tapi pagi ni mungkin sebab stay up smalaman ,so pagi ni aku terlewat sebanyak 30 minit dan 3 saat to be exact.dalam keadaan mamai dan nak gigit orang sebab aku terlewat bangun,aku gagahkan jua tubuh sasa ini ke bilik air secara paksa rela.gila kalau ponteng kelas.hari ni antara hari yang akan menentukan hidup aku.*aku ada dengar gak,kalau tubuh ni dipaksa,mental kita akan membina satu mechanisme untuk melawan paksaan tu.*tahla betul ke tak.

rasionalnya

  • dalam bas ke uni aku tidur.
  • masa berjalan ke kelas aku tak sedar aku berjalan.
  • dalam kelas aku tidur.

masuk majlis.paksa diri tuk dengar sebab boleh tengok course apa yang aku boleh pilih.tambah dengan huraian yang kadang2 tak penting pun.berat pulak kelopak mata aku yang anggun ni masa dengar.haih.

majlis habis.makan.

rehat jap.pastu ada kecemasan ,so kenala uruskan kecemasan dulu kan.

habis je keje aku,bas yang nak bawak pergi masjid dah blah meninggalkan aku terkontang –kanting begitu sahaja.kenala jalan 1 km dalam keadaan ngantuk dan panas.takpe,nak g solat niat kena ikhlas.Open-mouthed smile

masa khutbah….

  • tertidur lagi sampai nak terbawa2 ke solat*nak jatuh masa berdiri tegak tadi.hehe.(naseb baik tak jadi macam member aku yang subuh sejam dulu.ada pulak tertidur masa tahiyat akhir.pukul 8 tu baru kitorang perasan dia tengah tidur dalam keadaan macam tu.)qada la jadinya mamat tu.Smile with tongue out

balik naik bas;

  • tertidur lagi.

sampai uni,ada dalam 1 jam setengah.bergegas ku membawa diri yang rapuh ini ke surau untuk menunaikan apa yang perlu….

………..

………………….

  • tertidur lagi.tapi ada air cond.nyenyak je tadi.Smile with tongue out

habis masa tidur.ada satu kelas lagi,so masukla kan.

pastu….

…..

  • sori aku tertidur lagi.haha

sensei masuk dan terpaksala aku kerahkan tenaga six pack ni untuk berjaga.alhamdulillah sampai habes kelas aku tak tidur.

serius aku cakap setiap kali aku tertidur rasa macam pitam.tiba2 gelap.nak bangun pulak susah.dah bangun tu muka macam nak makan orang je.tak cakap member sebelah aku dengan aku sebab cuak.haha

mungkin nila kot sebab kita takleh paksa diri kita bangun pagi bila body tak bersedia nak bangun lagi.so,tolongla tidur awal tuk elak jadi macam ni ye anak2.

dan oh;

  1. majlis yang aku maksudkan tu,education fair tentang universiti jepun yang mana insyaAllah aku akan pilih bila aku sambung pelajaran ke sana nanti.
  2. pernah dengar perkataan ryuutai tak?maksudnya fluid dalam bahasa jepun.boleh percaya tak aku teringat minat aku sejak kecik tentang pergerakan fluid ni masa booth kedua tadi.nasib baik teringat.
  3. aku rasa aku dah ada universiti target aku.insyaAllah.

nak tau pasal fluid simulation?

I loike.

Thursday, June 2, 2011

x-men first class trailer

sangat2 cooollll.

aku memang antara fanatik xmen.dan aku dah lama tertanya2 tentang permulaan siri ni.so,here’s a chance.sape nak tengok boleh letak tangan di bahu mata ke atas.sebab aku definitely akan tengok ni.

dan oh;

banshee ni aku tak pernah tau kewujudan dia tapi kuasa dia sangat…perhhh!!

baru aku faham perasaan korang

 

peristiwa tadi sangat2 pedih di hati.disebabkan perkara tadi,baru aku tahu dan faham perasaan kenapa budak2 kat luar tu takut sangat nak gerak ke masjid dan surau tuk dengar ceramah.

aku nak tanya,ada sesiapa ada kebolehan tuk mengesan niat orang di sekelilingnya tu ikhlas ke tidak tak?

aku rasa Allah je yang tahu niat seseorang tu.sedangkan nabi muhammad s.a.w pun tahu niat seseorang tu hanya bila Allah benarkan sahaja.

aku tidak tujukan entry ni untuk kepuasan aku sendiri tetapi cara kita melayan orang yang ingin tahu dan ingin mencuba tu salah.

“kau ni selalu melepak kat tempat maksiat,so kau tak layak nak hadir ceramah ni.aku sarankan kau mintak dengan ustaz tu kau nak blah.takpe,ustaz tu faham nye.”.dan benda ni bukan sekadar boleh diungkapkan secara lisan.isyarat tangan pun boleh je.Smile with tongue out

agak2 apa perasaan korang yang baru nak survey atau tengok macam mana pergerakan sesuatu kumpulan ilmu tu bila PAMM!! benda ni kena kat kau?

aku dah faham sebab dah terkena kat batang hidung tadi.alhamdulillah la benda ni antara kami berdua sebab ianya berlaku dalam diam.takdela aib sangat kan kalau aku cerita kat sini.sebab orang lain yang tak buat tak terasa.

aku ni takdela ilmu sangat tapi aku pernah dengar,”jangan kita berburuk sangka pada orang lain”.hadis rasanya.

so,kalau korang berada di tempat aku.korang akan rasa orang yang buat macam tu,apa perasaan dia pada kau?

ye aku bengang sebab orang semulia kamu.yang mampu membawa orang ke jalan yang lurus bertindak macam tu.ilmu aku tak banyak.aku faham kenapa kau buat begitu.aku kisah sebab bila aku fikirkan balik benda tu,aku pun malas nak join benda2 macam tu.menjatuhkan maruah je bila diperlakukan begitu.walaupun secara senyap2.

tapi teruskan buat macam tu dan bilangan pemuda pemudi yang akan ikut ceramah akan berada pada bilangan yang sama.

dan oh;

  1. mood aku nak join terus hancur bila benda ni terjadi.dan aku tak tujukan kepada yang mengata aku dengan niat bergurau.aku faham niat korang.so pada yang bergurau.rest assured.aku tak blame korang pun.
  2. bukan tacing.yang ni rasa macam kena cucuk sampai ke ulu hati.haha
  3. aku ada test la esok.asal aku duk mengadap ni lagi.sambung belaja balik!!!

Wednesday, June 1, 2011

asal aku pilih islam ha?aku boleh pilih agama lain jer.

 

satu kisah sebenar dari orang yang sebenar yang memilih agama yang benar berdasarkan kajian beliau dalam banyak agama.alhamdulillah beliau dipilih untuk mendapat hidayah.

sangat respek saudara seislamku ini

tau ni video lama tapi still.the main point is, dia pilih islam dengan cara dia sendiri.

islam yang sebelum ni dia cuba elakkan dan anggap sebagai terrorist.

anda?

dan kepada yang islam?

macam mana anda pilih islam?

mak dan ayah yang pilihkan masa bayi atau anda yang pilih?

sebab ramai je islam tapi hakikatnya dia hidup tak beragama,solatnya di mana,auratnya di mana,kesederhanaan di mana.naudzubillah

dan oh;

ada satu lagi video tentang wanita british yang memilih Islam.tapi aku tak letak kat sini sebab dalam video tu 4 min pertama dia tak berhijab.lepas tu baru berhijab.tak sanggup aku nak biar orang tengok rambut saudara seislam aku dan tambah dosa dia.