sekarang ni tengah heboh pasal hudud kan. aku sebenarnya tak sokong mana-mana parti sebab aku benci politik. tapi semenjak dua menjak ni, salah satu dari parti politik dalam negara ni, dah nampak sangat kepincangan mereka.
kenapa hudud tak boleh dibuat di Malaysia?
kalau nak kata sebab berbilang kaum. hukuman hudud itu sendiri hanya termaktub pada umat Islam sahaja. tak sentuh pun non-muslim selagi mereka tak memilih hukuman hudud dikenakan atas mereka. negara Rasulullah sendiri dulu terdiri dari pelbagai kaum dan etnik. kalau kira jauh lagi banyak pada Malaysia.
kalau nak kata negara islam lain tak nak buat. kenapa nak ikut negara lain? setiap negara ada undang-undang mereka sendiri. kenapa kita perlu tiru negara jiran ata mana-mana negara? kita sebagai negara pun tak sepatutnya buang undang-undang ALLAH macam sampah. aku benci gila orang yang tolak undang-undang ALLAH semata-mata untuk kepentingan sendiri.
kalau ikut fatwa, sekiranya pemerintah tak benarkan hukuman hudud. maka terlepaslah hukuman hudud dari rakyat beliau. tapi kena tengok pemerintahla. kalau yang zalim dan jahil, kenapa nak pakai pemerintah macam tu? korang nak ke makhluk bodoh bimbing korang?
kalau nak ikut logik cakap kanunla, undang-undangla, aktala, sultanla. semua tak bagi hukuman hudud. sape woih semua tu nak tolak hukuman Allah tu sendiri. agama islam itu sendiri tak boleh berasaskan logik secara 100%. kita kena pakai kepercayaan kita pada Allah sepenuhnya. siapa sangat kita ni nak ikut-ikut logik? puuuihh!! otak camnila yang last-last jadi ateist bagai.
apa-apa pun. aku tak sebelahi mana pihak. tapi mengikuti hak Allah itu fardu ain bagi setiap hambanya bukan fardu kifayah ye adik-adik manis. selagi pemimpin kita tak bagi, aku akan sokong pemimpin, tapi yang ADILla. tapi secara lumrahnya, aku sangat sokong hukuman hudud ni dilakukan. sebab aku ni bukannya baik sangat. banyak sangat benda jahil yang aku buat dulu. aku harap dengan hudud ni makin berkurang masalah akidah dan akhlak dalam jiwa aku dan semua umat islam.
lagipun, hudud ni boleh kira salah satu cara nak jauhi anasir dari yahudi laknatullah. semoga ia menjadi antara langkah kita sebagai umat islam untuk dapatkan balik Palestin. insyaALLAH.
dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):
“Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina.”
Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain [yakni seperti tidak melayannya], lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali.
Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau gila?”
Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Adakah engkau telah berkahwin?”
Dia menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): “Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia.”
Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja.”
Dia menjawab: “Tidak. Sebenarnya saya telah berzina.”
Mengikut riwayat yang lain: “Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa.” Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.
Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):
“Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah.”
Wanita itu berkata lagi: “Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma’iz bin Malik?”
Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah masalah engkau?”
Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina.
Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah benar?”
Wanita itu menjawab: “Ya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bersalinlah dahulu.”
Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin.
kemudian Baginda bersabda: “ berikan bayi itu haknya yakni menyusukannya.”
selesai tempoh susuan bayi itu, barulah hukuman rejam dilakukan ke atas perempuan itu.
para sahabat bertanya, “bukankah lebih elok dimaafkan sahaja kesalahan perempuan itu”.
Baginda menjawab,” bukankah Allah itu maha adil? apakah kamu fikir kemaafan Allah itu lebih mulia dari kemaafan hambaNYA? dan darah dari perempuan itu yang mengalir akibat direjam itu akan menjadi saksi kepadanya di akhirat nanti”.
subhanallah
Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oleh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar [mengaku] berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.
*sori terkasar bahasa. aku emo.(lari sembunyi kat sudut bilik)huu~