Monday, May 30, 2011

lagi ceritera cikgu shida

 

 

'Tak sabar cuba bidang baru'


PARIT: “Saya akhirnya ‘dilamar’ tetapi bukan daripada jejaka untuk dipinang, sebaliknya tawaran berlakon dalam sebuah telefilem,” kata ratu miming, Roshida Abd Aziz, 30, (gambar) atau dikenali sebagai Cikgu Shida yang kini popular di kalangan pelayar Internet tempatan apabila klip video miming diciptanya meraih populariti luar biasa selepas ditayangkan di laman web Youtube.
Cikgu Shida yang masih bujang dilamar sebuah syarikat perfileman baru-baru ini untuk berlakon dalam sebuah telefilem bertajuk ‘Cikgu Shida Cari Jodoh’ yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri depan.
Telefilem 90 minit itu akan memulakan penggambaran Jumaat ini, dan paling menarik, Cikgu Shida akan tampil sebagai pelakon utama.
Cikgu Shida yang ditemui di kediamannya di sini semalam berkata, dia menerima tawaran itu dan menganggap ia rezeki buatnya, malah tidak sabar-sabar mahu mencuba bidang baru itu.
“Tajuknya menarik... Cikgu Shida Cari Jodoh, malah saya difahamkan telefilem itu berkisar mengenai seorang cikgu wanita yang gila-gila selain turut menyelitkan kisah suka duka dan kehidupan seorang cikgu.
“Ini mungkin rezeki baru saya dan ‘lamaran’ ini cukup untuk mengubat segala duka saya sepanjang terbabit dalam hobi berkenaan. Saya mengakui tidak sabar-sabar mahu mencuba lapangan (telefilem) baru yang lebih mencabar itu,” katanya.
Katanya, dia tidak menyangka perangai gila-gilanya yang dipaparkan dalam klip miming itu menarik minat sebuah syarikat perfile man, seterusnya mengabadikannya di layar perak.
Cikgu Shida berkata, cubaannya menampilkan pelbagai ekspresi muka dan gaya serta solekan dan serta berlatarbelakangkan barangan terpakai yang dibuat untuk suka-suka akhirnya diterima masyarakat.
Mengimbau kembali pembabitannya dalam bidang seni itu, guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang, Bota Kiri itu berkata, dia pernah dicerca, dihina dan tidak kurang dianggap menghidap sakit mental.
“Saya mengambil semua tohmahan itu sebagai sesuatu yang positif dan ia tidak melemahkan hasrat saya untuk mencari hiburan tersendiri, di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Facebook,” katanya.
Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, setakat ini keluarganya tidak kisah dengan hobinya kerana mereka sudah ‘masak’ dan faham perangai ‘gila-gila’nya.
“Begitu juga rakan sejawatan, malah mereka memahami jiwa dan watak saya yang suka mencari kelainan,” katanya.
Cikgu Shida satu-satunya anak perempuan pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, dan faktor itu mungkin menjadi kekuatan utama untuk dia menyerap semua tekanan dihadapi.
Terkini, klip mimingnya bertajuk ‘Kalau Berpacaran’ nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali yang dimuat turun melalui laman Facebook menghampiri dua juta pelawat sejak lima bulan lalu.
Malah, miming itu juga menarik hampir 10,000 ahli daripada pelbagai bangsa dan keturunan, selain mendapat pujian rakannya di luar negara termasuk Britain, Amerika Syarikat dan Australia.- myMetro

dan oh;

untunglah peminat cikgu shida.lepas ni boleh dengar suara betul dia dah.takde miming dalam lakonan eh.

anjing dengan niat ikhlas

kenapa aku cakap ikhlas?sebab dia nak tolong laki pakai blazer tu.hahaha

chopper konsep

dari founder yang sangat cekal bernama honda sochiro.honda dari dulu lagi mampu bersaing dengan jenama-jenama international dunia.dan disini gambar2 chopper konsep dari peter norris.

honda-chopper_800x0w

honda-chopper-2_800x0w

AKIRA_01

kalau macam ni pesennya.aku rela konvert dari jiwa sportbike kepada easy ride plak.mengancam seyh.

sumber dari serius abes yang diambil dari topspeed

dan oh;

aritu ada belajar pasal sejarah honda ni.sangat-sangat hebat founder of honda ni.respek yang heavy tuk beliau

Sunday, May 29, 2011

siaran langsung ni beb

kesian wardina.naseb baik comel je dy masa gelabah.

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

Untitled

hensem bukan main lagi tu.hahaha

saje2 masuk.

masa tengah blog walking tadi.dari lnk ke link.sampaila ke satu blog ni.diorang tengah buat satu contest.so,tryla nasib kan.no high hope.tapi hadiah dia satu polaroid.

Untitled

sebab senyuman mesti ceria,so aku letakla gambar senyuman aku yang paling ceria kat sini.aku yang paling kiri skrin.tak pastila bagi korang.tapi tula senyuman aku.wahaha

179689_1695235593351_1611676149_1539599_4227763_n

senyuman saya paling ceria sebab senyuman kawan-kawan sebelah saya nampak lagi ceria.Smile with tongue out

bakat kecil?

 

ok tak.bakat yang sangat besar.dari kawan seperjuangan JAD.tak tahula masa mana boleh pikir tentang semua lirik lagu dia.apakah semua lirik ni datang masa syahid dalam kelas?tahla.tapi tula.nama pun berbakat.

katakan nama HAMKA,A SAMAD SAID dan SYAKIR.*boleh buang nama last tu.semua manusia ni ada sejarah sendiri dalam menerbitkan perasaan dan buah fikiran mereka ke dalam tulisan.dan ramai lagi artis2 macam taylor swift duk sumbat semua buah fikiran dia dalam lagu.

so,kepada kimal,aku respek dan congrats atas lagu ni.dah 10 kali aku dengar masa tulis ni.haha

harap ada mp3.boleh dibuat ringtone henset buruk aku ni.

ada beberapa ketul lagi lagu dia ni.boleh cek kat akaun u-tube dia.

dah tak boleh minum

duk megusha blog bro ben,terdetik pulak nak tengok kat berita harian

huih,terkejut aku.baru dua hari lepas duk belek2 goncang2 botol tu.naseb baik tak buka togok je.

so,lepas ni.kepada sesiapa yang minat kat bir2 tak beralkohol tu.kalau boleh usah diminum lagi.jadi darah daging nanti.naudzubillah.

tak faham macam mana minuman tu boleh dikategorikan halal in the first place.pihak berkuasa duk buat apa eh selama ni?xkan duk siasat bahan dalam milo lagi kot.

dan oh;

  1. tengah cari kedai yang sedap area shah alam ni.kalau ada nak rekomen sila inbox.lapar sangat tengah hari ni.tambah ngan kedai bawah tutup.

correction

rupa2nya bilangan hit me tu tertinggal 2+++ bilangan dia.so, mlm ni bru betullkan.hehe

Saturday, May 28, 2011

sumbat dari mulut ke mulut

 

nak minta ampun minta maaf kenala guna perkataan yang sesuai dan ayat yang korang diguanak perlulah jelas yang korang minta maaf.rasanya hal semalam dah selesai antara aku.traffik naik siot.so,terima kasihla pada yang berkenaan(sama ada yang terbakar secara salah faham atau yang sekadar senyum).aku pun dah sampaikan apa aku nak(tentang salah faham isi entry aku).

duk guling2 atas meja dalam kelas sambil pensel di tangan menyiapkan kerja yang diberi sensei tadi.teringat pulak satu kem masa sekolah rendah.kem tu di buat kat pantai seri bayu tak silap aku.kat kelate.

macam2 pengalaman lucu dan menarik masa tu.budak2 kan.intai budak pompuan solat sebelah pun tak malu lagi.tapi sekarang dah tak buat dah.mau nak kena bidas ngan marker dengan penceramah masa duk tekup mata kat lubang dinding surau apartment aku ni.

yang paling penting aku nak sampaikan dalam entry ni satu benda je.

mari dengar cite aku.ce denga ce denga.cter ni pasal kem kat pantai seri bayu tulah.

satu petang masa kem tu,lepas aku dan teman sebilik duk meroyak rabakkan tilam mak cik kem tu.kitorang dipanggil untuk satu slot.ingat dah kantoi bervandalisme kan.nasib baik.

dalam slot tu banyak gakla aktiviti kan.kalau tidak hambarla.baik aku balik koyak tilam kat bilik.

ada satu aktiviti ni yang masa tu aku tak amek serius pun.sekadar gelak2 je.dalam aktiviti tu.semua peserta yang dalam 120 dibahagikan kepada dua.so,dalam satu grup adala dalam 120/2 kan.kira sendiri eh.aku malas.Smile with tongue out

lepas bahagi tu.cikgu susun kepada empat baris.so,masa budak sekolah setiap kali baris je mesti tangan atas bahu kan.aku je yang masukkan tangan aku bawah ketiak kawan aku.kesian dia kena marah kat cikgu sebab jerit kuat sangat.

so,dalam dua kumpulan 60 orang untuk setiap satu tu.setiap satu kumpulan cikgu akan bagi satu ayat je.dan akan di pas2 melalui bisikan yang mengasyikkan ke telinga member mengikut barisan.sape cakap dengan kuat cikgu akan suruh diorang cium pokok kelapa kat luar.

aktiviti bermula dan duk borak2 gelak2 ngan member,sampaila giliran aku.member aku bisikkan la kat telinga aku.aku yang menggeliat kegelian manela nak dengar sangat kan,tapi kalau tak silap ayat dia kedengaran begini,”aku bawak arang masuk dalam kereta lembu”.

dan aku dah macam o_O bila dengar tu.apa kes aku bawak arang kan.takleh ke aku bawak game boy ke congkak ke.dan kenapa mesti kereta lembu?kalau kereta kuda ke mesti lagi stailo kan.kenapa mesti “aku”?”kawan2 aku” plak tak tolong aku angkatkan ke?

tgh2 fikir tu,member sebelah marah sebab lambat bisik kat dia.dah sangap sangat ni.nah aku bagi ayat pelik tu.

abes aktiviti,cikgu pergi kepada pelajar yang last sekali kena bisik tuk tanya apa ayat yang dia dapat.senyum2 kera beliau masa tu.kuat sangat kena bisik agaknya.

so, ayat yang dibisikkan kepada beliau ialah …

“abu parangkan lembu dalam kereta aku”

what the??!!

pekak sangat ke yang mendengar dan bisu sangat ke yang membisik?*orang bisu boleh bisik eh?

cikgu hanya sengeh2 sambil angkat kening dan bagitau ayat sebenar.ayat yang asalnya ialah,”abu bawak barang dalam kereta ibu”.

so,sebenarnya siapa yang salah?dan dari mana ayat tu dah bertukar sampai sadis macam tu sekali bentuknya.teruk gila yang bisik tu.ish3

moral of the story is,

kalau dengar cerita tu,jangan duk menggeliat gedik2 sebab geli.dengar elok2.kalau takut member dah salah info,apa kata kita balik pada root.tak pun pegila kat cikgu tu tanya.tapi kalau pegi tanya cikgu terus,tak jadila kan aktiviti tu.

dan oh;

  1. kumpulan satu lagi dari awal sampai akhir betul ayat diorang.mungkin sebab semua dalam kumpulan tu perempuan dan perempuan secara teorologinya dah banyak pengalaman dalam bercerita itu ini kan.takde probla kan.hebat gak jadi perempuan.
  2. kumpulan yang kalah tu kena rendam dalam kolam busuk sebab salah.dan yang mengoyak rabakkan tilam mak cik kem telah dihukum setimpalnya.orang lain kena rendam sampai asar,diorang plak nak masuk maghrib baru boleh keluar.apa nak jadi budak sekarang.

hotel prank

kalau aku pun blah je.hahaha

kesian kat budak tu masa min ke 2.terkejut.

paling lawak kat 1.40.the dialog was like,”so we meet again”.:Open-mouthed smile

gusti paling comel

lepas ni aku taknak ajar adik aku wrestling dah.aku nak ajar kucing je.

salah aku

 

merujuk pada entry sebelum ni.aku sangat meminta ampun dan maaf sekiranya ada pihak yang tersalah faham destinasi entry tersebut.sejujurnya,tajuk entry tu datang dengan tiba2 dan selepas semua commotion yang terjadi,baru aku perasan mungkin tajuk tu sendiri sudah salah.so,sekali lagi aku minta ampun dan maaf kerana entry itu ditujukan kepada general dan tak ditujukan kepada sesiapa.*sebenarnya entry itu tidak ditujukan kepada sesiapa pun.sekadar nak ditulis di sini,so minta maafla kepada yang terbaca dan yang membaca.

entry dua kali sebelum ni aku dah cakap,kalau aku tujukan kepada sesiapa,aku akan letak nama terpampang kat sini.so,saya cadangkan anda semua buat bodoh je kalau terasa sebab entry itu hanya secara general.baca sekali lagi,rasanya tiada nama siapa2 pun.tapi kalau anda rasa anda patut terasa,saya minta maaf sekali lagi.

dan sejujurnya juga,saya dah kata kat entry sebelum ni,kalau nak berteguran,ayuh berdepan.tidak akan ada fizikal contact akan terjadi.ini janjiku dengan Allah.rumah kita berdekatan malah satu blok je.

usahla susah2kan orang tengah untuk menyampaikan apa yang anda ingin tujukan kembali kepada saya.kesian kat kawan berjaga semata2 nak sampaikan benda tu.kalau malu ingin berdepan,facebook ada kan.boleh je tulis dekat wall saya atau chat atau mesej saya.kalau nak berdepan juga,rumah saya di tingkat 9 bersebelahan rumah ta.*demi Allah ayat ini cuba dilembutkan selembut mungkin.

dan oh;

  1. demi Allah entry ini tiada langsung niat ingin menganjing.ikhlas dari seorang hamba yang sangat2 hina.
  2. sekali lagi saya minta maaf pada dato sri nizam kalau terasa.tak pernah terniat nak membabitkan senpai dalam hal ni.mungkin kata2 yang digunakan agak menyinggung senpai,so sekali lagi saya minta maaf.kalau ingin bermaafan berdepan,boleh sampaikan kat wall atau mesej.sekali lagi minta maaf.dan berkenaan dengan berjuma dengan senpai,saya rasa tak perlu kerana saya rasa saya tak menyinggung mana2 pihak,pihak yang dituju pun tidak ditulis dalam entry sebelum ni.so,minta maaf sekali lagi.
  3. minta maaf kepada semua yang tersinggung dengan apa yang saya sampaikan.blog ni hanya untuk saya pakai dan pijak.nama pun dah selipar jepun.sekadar meluahkan apa yang terbuku.tak sangka benda ni jadi panas kan.
  4. minta maaf, minta maaf dan minta maaf sekali lagi.

Friday, May 27, 2011

"merujuk pada yang dulu dan lalu”

 

seperti “tajuk” di atas.aku rasa takde sorang pun yang startkan masalah ni kecuali korang.tapi reaksi korang nak lebih-lebih.seriusla,takde contact langsung dari fizikal dan mental.

tambah dengan apa yang kitorang buat selepas benda tu;

“pekakkan telinga sepetkan mata”

aku rasa takde sorang pun yang melatah dan mengamuk dalam kalangan kitorang.mungkin panas tu ada.tapi at least,respek apa yang kitorang buat untuk keamanan orang ramai.

kenapa perlu dihangatkan cerita sensitif?

bagi aku tiada faedah langsung korang buat begitu.mungkin korang rasa hebat bila kitorang duk diam dan tak melawan.tapi ada kau pikir secara dalamannya sendiri keadaannya bagaimana?

nak panaskan boleh tapi jangan nak berlagak hanya sebab pihak atasan duk amek pimpin korang macam budak kecik nak melintas jalan.so,aku rasa kalau salah boleh tegur direct.tak perlulah nak bermuka2 dan pakai medium tengah yang semua orang boleh baca dan tahu.dan aku rasa tak perlu senyum2 di depan tapi kat belakang.perhh!!*sendiri tau

aku respek dan berterima kasih kat pihak yang cuba nak berbaik2 dan berdamai.at least dia cuba.dan ada pulakla yang buat bodoh walaupun kepala bijak*ya kepalanya sebenarnya bijak* bila buat2 bodoh dan memperlekehkan usaha pihak berkenaan.maaf terkasar tapi tu hakikat.kalau korang tu dah jadi baik sangat,beriman sangat kenapa macam beria-ria nak jadi ahli munafik?

bagi pihak aku yang selalu melepak dengan mangsa.seriously,hakikatnya takde apa2 pun dibuat kat korang.so,kenapa perlu nak attack?apa yang korang tak puas hati sangat just datang and talk.secara tiba2 dan lepas aku siasat.mangsa pun xtahu apa yang dia buat.bercakap pun tidak nikan pulak nak buat taik kat korang.

aku sokong perbuatan merepot on certain kes.tapi repot2 jugak tapi kalau boleh sederhanakan isi anda dan jangan nak menghiperbolakan benda tu sekadar tuk menarik perhatian kerana nanti boleh jatuh kepada fitnah.aku rasa korang taukan tahap dosa dan pembalasan pada yang memfitnah tu.korang kan baik dan beriman.

dan oh;

  1. aku rasa kalau ada yang terbaca dan rasa apa yang tertulis di sini salah.feel free to advice me.aku akan mintak maaf secara terbuka.bukan nak masuk campur tetapi aku kesian tengok kawan aku tak pasal2 kena.free2 tanpa soal siasat.apa korang rasa kalau kena kat korang?macam ada orang lempar tahi yang dah berulat kat mulut kan.
  2. dan oh,aku sangat2 minta kepada yang takde ape2 kaitan jangan masuk campur.aku buat entry ni bukan dengan niat nak masuk campur.sekadar menegur apa yang aku rasa pincang dari segi keadilan.kalau aku yang salah tegur.
  3. tulis dah tulis.aku rasa last2 kena minta maaf jugakla kot.so,aku minta maaf pada yang terasa dan tak terasa.Allah tahu niat kita dan berdasarkan niat kita tu Allah hisab kita nanti.wallahualam

Thursday, May 26, 2011

hina Islam?

skang ni duk kecoh kat blog2 pasal satu blog mak cik yang duk menghina Islam.bagi aku xpayahla duk kutip publisiti murahan dengan duk main hina2 agama ni.bodoh sangat nampak.*baca sekali lagi ye mak cik yang terlibat kalau mak cik secara takdir membaca blog aku ni.mak cik nampak BODOH buat perkara camtu.

tak payahla rasanya aku bagi link kat sini.nati korang tengok dan baca jatuh hukum syirik ke ape ke.so,jom amek jalan save.

dan ada jugakla bloggers yang duk kumpul2 gambar dari blog mak cik tu pastu duk tempel kat blog diorang.tu pun kalau boleh elakkanla nanti ada orang baca pastu duk share.aku tak pasti hukum dia tapi benda2 yang macam tu seeloknya tidak di-sharekan pada pendapat aku.orang duk baca dalam hati pada masa dia pun ucap benda yang kat gambar tu.*ye aku dah tengok gambar2 dan quote2 dalam blog mak cik tu.

haih.macam-macam.

dan oh;

  1. aku takde ape2 nak tambah kat sini.dan aku berjaya membazirkan 4 second masa korang jika korang baca nih.Smile with tongue out

Wednesday, May 25, 2011

macam ni pun boleh?

yang melompat2 tu terbaik.

penting ke bangun pagi?

boleh skip intro yang bermula dari ** ke **

**

pagi tadi,terbangun awal gakla.alhamdulillah.dengan tertidurnya sekejap sebelum isyak.aku bleh carry on tenaga tu sampai ke awal pagi.alhamdulillah sekali lagi bila pagi tu aku terbangun awal pulak.dalam 5.00 gitu.awalla bagi aku.korang xtaula.

nak dijadikan cerita,lepas study kejap memandangkan hari tu ada test*macam biasa,aku ada dalam 45 min tuk tidur.stendet masa aku bangun kul 6.30 barula aku bleh jalankan kehidupan aku seharian dengan riang gembira.tengah syok nak tido tu,terdengarlah orang ketuk bilik aku.haih,baik sangat housemate ni,kul 6 dah tolong kejutkan aku.siap ada pattern muzik lagi.lepas abes adegan ketuk2 tu aku igt dah abes.so aku tryla pejam mata balik.

haih,ketuk lagi lepas 15.malas nak melayan.mata pun dah xleh nak kunci.aku bangun belek2 handout sensei sikit.belek dalam 4-5 helai,haih ketuk lagi.ni dah nak menunjuk dy bangun lagi awal pada aku ni.*kata hati ni.dengki member bangun lagi awal.hahaha.

so,aku pun keluarla,buat2 tanya ada nak apa2 ke kan.

wah,dah tersergam indah satu figure seorang pelajar yang cemerlang gemilan dan tak bergemerlapan di atas kerusi mengadap laptop serong beliau.awal siot mamat ni bangun*kata hati lagi sesama sendiri.pukul 6.15 dah siap semua apa kejadahnya.bas sampai kul 7 jugak.so,aku masuk balik bilik sambung belajar.

tup2 6.30 angkat punggung dan terus menuju ke bilik air yang dah macam gua sebab lampu dah mampus.silap xtanam je lagi.

**

apa aku nak sampaikan kat sini cuma,walau seawal mana pun korang bangun.kalau boleh janganla pulak kacau jadual seharian orang.dah kawan biasa bangun kul 6.30.yang dibangunkan pukul 6.15 tu kenapa?dahla midnight dengan buku semalam layan filem ICT.naknye mabuk kawan tu sehari sebab xsempat nak recas balik tenaga zahir batin beliau.tak salahkan sape.aku tau housemate aku niatnya murni.bersyukur aku dapat housemate macam tu.tapi tula.faham2 la sebab aku xpandai nak olah dah.kalau dah rasa macam nak lewat je,barula stat2 kejut ni.haha

 

dan oh;

  1. bagi aku kita kawan ni nak support each other,dan sikap tacing2 ni tak taula,bagi aku merosakkan hubungan itu sendiri.for me,tacing2 stuff ni hanya tuk kapel2 je atas tujuan saje nak tgok sampai mana kapel kita bleh pujuk kita.kalau member duk asyik tacing memanjang tu dah jatuh kategori pelik.
  2. kalau sape2 yang terbaca blog aku dan cakap,”oh,asal mamat ni duk sindir2 aku.dahla idung xkemek'”. halt!! sebab aku xcakap pasal korang pun lainla kalau aku letak nama.maaf kalau terasa.korang pun tau dosa pahala bercakap belakang orang kan.kan? kan? kan?
  3. entry ni sekadar meluahkan perasaan kecewa atas ketukan2 di pintu tadi dan bukan atas pengetuknya.xleh ke sape2 buat pintu yang xbunyi kalau diketuk waktu pagi?waktu pagi je.
  4. entry takde kaitan ngan tajuk kan?sori2.

Tuesday, May 24, 2011

pak pandir moden?

haila pak pandir.agak2 setiap zaman adela yang jadi pak pandir.

pagi ni terkejut bila sensei aku cerita ada bapak terlupa anak dalam kereta yang dikunci masa duk usung waris si bapa tu ke tanah perkuburan.akhirnya anak yang berumur 3 tahun mati lemas.

yang paling tak leh terima apabila alasan yang diberikan si bapa tu ialah,dia terlupa anak dia dalam kereta kancil dia.agak2 terlalu sedih agaknya.tapi sedih2 tu beragakla jugakkan.bila dah pergi usung mayat waris,balik usung mayat anak.bukan ke dah berganda2 sedih tu?anak sendiri beb.

kalau bimbangkan anak tu merayau ke buat bising ke masa majlis tu.at least,bukakkanla tingkap tak pun bukak enjin bagi pengaliran udara tu lancar.apala sangat setakat minyak dibandingkan dengan anak sendiri.

*boleh skip ; teringat pulak masa aku luka dan tak leh nak solat jumaat masa kecik2 dulu.aku lepak dalam kete sebab panas kat luar.abes je solat ayah aku datang dan marah aku kenapa xbukak tingkap?nasib baik tak lemas.kalau tak dah dua orang kanak2 terlibat dalam kes macam ni.naudzubillah

aku pun malas nak panjangkan cerita.kalau nak salahkan si bapak 100% pun tak guna sebab benda dah tersurat.lagipun manusia tak perfect.terutamanya me-layu yang selalu je lupa.hamba Allah ni kalau dah nak mati,tersepak batu pun boleh jadi sebab.semoga keluarga si mati tabah dengan ketentuan-Nya.

*xleh nak heret panjang2 entry ni sebab rasa bersalah.kesian gak kat si bapa dalam keadaan tengah2 sedih ni,adela pulak sorang mamat kat blog ni duk kritik dia.ampun dipinta.

at least si anak tu mati masa tengah suci lagi.tak perlula nak mengadap dunia penuh dosa ni.boleh tolong doakan keluarga dan muslim muslimat plak.

apa2 pun,kita doakan si kecil tu semoga selamat di sana.insyaAllah

Monday, May 23, 2011

kalau hidup ni macam komik

kalau hidup ini diibaratkan sebuah komik.benarkan aku kata,

setiap watak tak semestinya ada dalam hidup watak utama pada setiap masa.bayangkan kalau watak lain yang tak dapat masuk scene2 tertentu mengamuk dan merajuk.agak2 apa akan jadi pada komik tu?agak2 lingkup camtu je kot.

dan bayangkan pulak kalau ada 32 watak yang selalu je nak masuk setiap scene,dan pelukis tu pulak layan jela perangai watak dalam komik dia tu.agak2 akan ada plot yang menarik tak dalam komik tu?

agak2 watak2 dalam komik tu dah letih melayan kerenah2 dan perangai mengada2 sesama sendiri kalau macam ni.tah le aku.baik aku layan naruto.

dan oh;

cuak masa tulis post ni bila tiba2 je kuar bluescreen.lappy baru ni.-_-“

aku ada barah mulut?

 

Rasa sakit di bahagian mulut kerana terdapat satu tompokan putih. Tompok-tompok ini dinamakan ulser mulut aka barah mulut. kalau nak tahu,semua ulser ni disebabkan oleh bakteria jahat.

Punca Penyakit:

  1. 1) Sering mengambil makanan yang kurang berzat.
  2. 2) Alahan pada makanan terutama pedas dan panas.
  3. 3)Berlaku kecederaan pada lapisan nipis dalam mulut seperti terkena air panas, terkena benda tajam dan tergigit.
  4. 4) Kurang berehat dan tidur.
  5. 5) Kurang menjaga kebersihan mulut.
  6. 6) Daya tahan yang lemah akibat pengambilan ubat seperti ubat batuk atau selsema menyebabkan mulut mudah kering.
  7. 7) Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.

Tanda-tanda Ulser Mulut:

  1. 1) Terdapat tanda bulat yang berwarna putih atau kuning dan dikelilingi oleh kawasan yang merah.
  2. 2) Keluasan bentuk bulatnya tidak melebihi dua atau tiga milileter.
  3. 3) Anda akan terasa sakit dalam mulut apabila memakan makanan yang pedas dan panas.

Cara-cara Mengelak Ulser Mulut:

  1. 1) banyak meminum air suam.
  2. 2)jaga kebersihan dalam mulut dan gigi.
  3. 3)  rehat dan tidur yang cukup.
  4. 4) Makan makanan yang berkhasiat.
  5. 5) Jangan makan makanan yang terlalu banyak lemak.
  6. 6) Perlulah mengambil vitamin B12 dan C yang cukup.
  7. 7) Gunakan antiseptik untuk berkumur.
  8. 8) Pengambilan probiotik seperti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau yogurt) mungkin boleh membantu.

Rawatan

  1. mama aku dulu ajar suruh letak garam tempat kena tu.selalu aku letak and tadi baru je letak dekat ulser tu.result dia?keluar air mata beb tahan sakit.
  2. kalau cuak sangat nak letak macam aku.korang leh gak campur garam tu ngan air suam.pastu kumurla.xtaula efek dia skuat yang atas ke tidak.
  3. kalau rasa cam kaya sikit.bleh beli gel kat farmasi.hari ni aku malas keluar cari ubat tu.ubat tu biasanya nanti akan buatkan tempat kena tu kebas,so takdela sakit.
  4. kalau besar sangat, berdarah dan lama.aku cadang korang pergila ziarah doktor yang berdekatan.rapatkan ukhuwah sesama korang.

 

dan oh;

  1. dah tiga hari aku kena ulser ni.seksa woo.nak makan pun kunyah sebelah kanan je takut kena ulser.
  2. aku kena dua tempat sekali gus.tempat yang strategik gila.memang kompem sentuh masa cakap and makan
  3. aku rasa migrain malam ni sebab sakit ulser ni kot.
  4. letak garam kat tempat ulser sangat sangat sangat sakit.

Saturday, May 21, 2011

review nur kasih

semalam selepas bertungkus lumus nak pergi ke sunway pyramid ditambah kagi dengan sebuah tayar “basikal” member pancit.sampai jugala kitorang berdua ke bandar sunway tuk menonton cerita nur kasih yang ditunggu-tunggu.

poster-nur-kasih-the-movie-besar

aku sangat suka drama nur kasih dan benarkan tuk aku cakap tiz zaqyah sangat2 hawt!

dari pandangan aku,hampir 75% daripada cerita ni sangat2 serius.babak lucu masih ada tapi majoriti datang dari kekiutan dan kenaifan watak mariam yang dibawa oleh adik mia sara*geram aku tgok smalam.

babak sedih sangat2 banyak.patutla ramai member yang dah tengok cakap diorang nanges2 masa kuar cinema.

isu2 agama pun banyak yang diketengahkan dalam cter ni.babak yang menghentam ustaz2 yang hanya mahu mengajar tanpa ada inisiatif tuk menarik insan2 yang cetek ilmu agamanya sangat munasabah.babak yang menganjing usahawan2 islam yang meninggalkan hukum2 syarak dalam perniagaan jugak ada.

movie dari drama ni banyak tunjuk dugaan2 bagi adam sekeluarga la.dari kecit2 sampai besar sume dapat share.

keseluruhannya,cerita ni berbaloi jika korang ni kipas-susah-mati drama nur kasih.juz banyak lompatan antara babak2 dan kalau korang tengok sekali dengan member yang agak blur sedikit tentang cerita ni, aku faham perasaan korang macam mana nanti.*dah kena semalam.

scene2 cgi dalam cerita ni aku buat andaian, penerbit hanya nak melatih krew2 cgi diorang sebab sangat2 tak relevan tuk dimasukkan dan sangat2 lawak.

Nur-kasih-the-Movie-23

gambar isteri aku bersama anak2.

tiz-remy-ishak

oh.aku dah agak aku akan menyesal masa tolak tawaran watak adam dulu.

 

dan oh;

  • isteri si aidil dah ……… , adam menghadapi ….., tambah ngan nur akan …….. dalam movie ni*nak tau tgokla sendiri nati.
  • scene2 dalam movie ni sangat lawa*minus scene cgi.
  • kalau nak tengok stok2 solehah dan bertudung labuh,masa ni je anda mampu.movie lain jarang jumpa.
  • tejumpa kak nadiya kat sunway dengan tujuan nak tgok movie ni gak.
  • kalau korang nak tgok muka aidil,adam dan tiz masa tua tgokla dalam movie nur kasih ni.wakaka

Wednesday, May 18, 2011

anak hitler alert

nila yang terjadi dalam hati lelaki bila melihat perempuan pakai seksi2.bergantung atas iman yang nipis je.hahaha

credit to abdullah shazili for the vid

comel

agak2 dapat sakit jantung baby ni nti besar

sangat2 bergaya

betul ke bruce lee?

Monday, May 16, 2011

hari guru

hari guru ni aku xtaula nanti keluar post kat fb ckap hari guru ni haram tuk kita amalkan lak.hari tu hari ibu.memangla kemungkinan asalnya dari greece sbab secara sejarahnya diorang ada tuhan ibu nama ape tah,isterinya si zeus tu,tapi benda yang baik bagi aku xperlula kita buang.niat kita sebagai orang islam tu penting.

sempena hari guru ni teringat plak zaman kecik2 halus2 masa skolah  tadika,rendah,menengah.

tadika dulu aku xigt mana tapi yang aku paling ingat time aku patah kaki n geng aku ada gaduh ngan satu geng pompuan ni.masa ni xsah duk cakapla brader2 kat luar sana kalau xpernah gaduh ngan pompuan sekali.menipu sgt den oyak.ada gak sekali aku pau bubur kawan sebelah.menangis wa cakap.Angry smile

sekolah rendah plak time paling seronok.main kejar2,ting2(dekcok),sembunyi2(nusuk),berebut tiang etc etc.masa sekolah rendah ni aku cerdik takat darjah 3 je.teringat lagi otak blank masa nak jawab b.melayu penulisan.apa tah mende maksud ‘huraian’ dalam syllabus ckgu ajar tu.serius aku xpandai buat 3 ayat dengan huraian sekali masa tu..masa sekolah rendah game paling aku suka game berebut tiang.alaa,game yang pakai empat tiang kat kaki lima tu.haa.pasal main game ni pernah sekali terhantuk kat tiang keramat tu.dua tiga hari tanduk kat dahi xhilang.nampak sgt perangai cam setan dulu.

masa sekolah menengah masa paling cool.cikgu2 pun dah sporting.malas aku cter time ni.banyak rahsia yang xleh bgtau.nak tau tanya personal kat inbox ke ape.hahaha

 

apa2 pun.selamat hari guru buat semua guru kat luar sna.terutamanya ma n ba aku,dan cikgu2 yang pernah mengajar aku dulu,kini,dan akan datang.tanpa guru,xkemana aku.xsampai tahap ni.kompem.

Sunday, May 8, 2011

entry kali ni teruk

macam tajuk.kalau bleh jangan baca.Open-mouthed smile

I admit defeat toward dilin,paa dan sekutu2 korean drama diorang.secret garden sangat2 sweet.*dulu aku kutuk kemain korang tengok citer ni.muahahaha

aku sebenarnya tak faham hubungan hero dengan gil ra im tu sebab keje diorang gaduh je.tapi hubungan tula yang buat cerita diorang ni sangat unik dan sweet dan lawak.terutama masa diorang tertukar badan.(aku tau,cter ni mengarut sikit)

Sick smile.erhhh.tanak mengaku sebenarnya

images

ni heroine dy.aku suka sifat dia yang garang hanya pada orang yang dy suka.tadela lawa sangat kan tapi ada sesuatu yang buat dy nampak menarik.

hero dy korang cari sendirila.dy ahli big bang asenye.*xamek peduli pasal laki2 kpop ni.

ada masa tgokla cter ni.cadangan dari seorang yang sangat jarang layan korean drama.

kalau pac man ada betul

pernah main pac man tak?

Saturday, May 7, 2011

buat ibuku yang tersayang

selamat hari ibu.banyak yang tak terungkap sebaik sahaja mahu melepaskan perasaan sayang di sini.sesungguhnya sayangku pada ibu ialah yang pertama selepas Allah dan rasul.akanku cuba lakukan apa yang ibu suruh sebaik mungkin.insyaAllah

semoga Allah memberkati ibu dunia akhirat.jasa ibu sangat banyak.

maafkan kalau ada tersilap terkasar ya ibu.sesungguhnya diri ini sangat bodoh masa melakukan perkara itu.

selamat hari ibu,cikgu rohani binti mahmood.Smile

Wednesday, May 4, 2011

fact about abortion

saja amek dari kertas kerja aku.

Facts About Abortion

Fact: In the United States it is legal to abort a baby up until the day of birth.

Fact: In a Partial Birth Abortion (D and X procedure) babies are "partially aborted" so the head is still in the cervix but the body is out. While in this position the live baby is still considered a "non-human" and has no protection under the law. The live baby’s brains are sucked out after being crushed by blunt instruments. Organs are harvested and sold to "researchers". The baby receives no anesthesia and is alive until killed by the doctor (Curtis, 2009).

Fact: Every day in America over 3,000 babies die painful deaths by suction abortion, dismemberment, being torn limb from limb, prostaglandin hormones and now by being brutally killed seconds before delivery (sciencedaily.com, 2010).

Fact: Abortion has two victims - the baby and the mother. Many women who have abortions suffer both physically and mentally. Depression, anxiety, grief, infection, sterility and even death can result from abortion.

Fact: Nearly all abortions are done for reasons of convenience, not for any medical or physical

baby-very-funny-expression-01

10 (www.cute-pictures.blogspot.com)

13 (www.cute-pictures.blogspot.com)

ss_101543834

 

sapela yang sanggup amek ekspresi2 comel ni dari muka bumi ni.taubatla.

Monday, May 2, 2011

nak beg laptop free tak

ni aku jumpa masa tgh selongkar2 internet tuk hilang tension masa tgh buat report jepun.

barang2 korang perlukan:

1.hoodie

2.tangan korang

cara2 buat.

hoodie-for-laptop

senang dan lawa.

kredit to one of my favourite place in the net

Sunday, May 1, 2011

nak tahu tak?

orang skang ni,kalau cakap buat duit.mesti teringat kat MLM kan.bagi aku MLM tu buang masa ngan duit je.duit tu mashukla tapi nak naik level taiko2 dalam sistem MLM tu agak susah.dan ada satu kajian yang cakap MLM ni pada satu tahap akan crumble macam tu je.

ok,nuff talk about MLM.

aku aini nak cakap sal dua benda je.korang kenal lagi matawang dunia Islam dulu?dinar ngan dirham kan?pandai korang.xsia2 ibu korang susukan korang.Smile with tongue out

so,nak buat duit senang je.kau pergi cari ejen2 yang jual dinar and dirham ni.pastu kau beli.then kau kena promote kat member2 pasal ni untuk dapat duit lebih?XPAYAH.korang lempar je dinar ni bawah katil ke ape ke.then biar je dia kat situ.nak tahu kelebihan mata wang Islam ni?kau lempar bawah katil tu,jangan ingat makhluk dinar tu kumpul habuk,lpas dua bulan kau biar natang tu, harga mas tu dah naik RM50.xpayah nak susah2 cari orang bawah semua.

dari pengalaman akula.first aku beli dinar ni dalam dua bulan lepas.berlapar gak nak simpan duit.tapi alhamdulillah,dgn izin Allah aku dapat beli satu dgn harga lebih kurang RM657.00.

nak tahu harga skang?aku xnak tulis sebab nanti kena tuduh kelentong.

korang klik n tgok sendiri.

sekarang ni aku nak beli dirham lak.walaupun peratusan tuk harga dirham ni tak sedrastik emas tapi bagus gak tuk penyimpanan jangka masa lama.oh,harga 1 dirham masa aku beli dinar tu,(dua bulan lepas) ialah……RM12.00 kalau xsilap.rasa rugi gak xamek dirham sekali.kalau nak untung banyak sikit,beli banyak sikit.korang xrugi people of earth sekalian,harga emas xturun.kalau turun pun dy naik balik.carilah graph harga mas kat googy tu.

so,entry ni takde buat untung kat aku sikit pun.kalau yang cakap aku ada nuffnang tu try kau cek balik.ada aku tempel iklan dekat blog aku ni?just sharing information people.

*asal aku emo sgt sal MLM ni ha?Smile with tongue out