Monday, May 23, 2011

aku ada barah mulut?

 

Rasa sakit di bahagian mulut kerana terdapat satu tompokan putih. Tompok-tompok ini dinamakan ulser mulut aka barah mulut. kalau nak tahu,semua ulser ni disebabkan oleh bakteria jahat.

Punca Penyakit:

  1. 1) Sering mengambil makanan yang kurang berzat.
  2. 2) Alahan pada makanan terutama pedas dan panas.
  3. 3)Berlaku kecederaan pada lapisan nipis dalam mulut seperti terkena air panas, terkena benda tajam dan tergigit.
  4. 4) Kurang berehat dan tidur.
  5. 5) Kurang menjaga kebersihan mulut.
  6. 6) Daya tahan yang lemah akibat pengambilan ubat seperti ubat batuk atau selsema menyebabkan mulut mudah kering.
  7. 7) Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.

Tanda-tanda Ulser Mulut:

  1. 1) Terdapat tanda bulat yang berwarna putih atau kuning dan dikelilingi oleh kawasan yang merah.
  2. 2) Keluasan bentuk bulatnya tidak melebihi dua atau tiga milileter.
  3. 3) Anda akan terasa sakit dalam mulut apabila memakan makanan yang pedas dan panas.

Cara-cara Mengelak Ulser Mulut:

  1. 1) banyak meminum air suam.
  2. 2)jaga kebersihan dalam mulut dan gigi.
  3. 3)  rehat dan tidur yang cukup.
  4. 4) Makan makanan yang berkhasiat.
  5. 5) Jangan makan makanan yang terlalu banyak lemak.
  6. 6) Perlulah mengambil vitamin B12 dan C yang cukup.
  7. 7) Gunakan antiseptik untuk berkumur.
  8. 8) Pengambilan probiotik seperti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau yogurt) mungkin boleh membantu.

Rawatan

  1. mama aku dulu ajar suruh letak garam tempat kena tu.selalu aku letak and tadi baru je letak dekat ulser tu.result dia?keluar air mata beb tahan sakit.
  2. kalau cuak sangat nak letak macam aku.korang leh gak campur garam tu ngan air suam.pastu kumurla.xtaula efek dia skuat yang atas ke tidak.
  3. kalau rasa cam kaya sikit.bleh beli gel kat farmasi.hari ni aku malas keluar cari ubat tu.ubat tu biasanya nanti akan buatkan tempat kena tu kebas,so takdela sakit.
  4. kalau besar sangat, berdarah dan lama.aku cadang korang pergila ziarah doktor yang berdekatan.rapatkan ukhuwah sesama korang.

 

dan oh;

  1. dah tiga hari aku kena ulser ni.seksa woo.nak makan pun kunyah sebelah kanan je takut kena ulser.
  2. aku kena dua tempat sekali gus.tempat yang strategik gila.memang kompem sentuh masa cakap and makan
  3. aku rasa migrain malam ni sebab sakit ulser ni kot.
  4. letak garam kat tempat ulser sangat sangat sangat sakit.

1 comment: