Saturday, May 28, 2011

sumbat dari mulut ke mulut

 

nak minta ampun minta maaf kenala guna perkataan yang sesuai dan ayat yang korang diguanak perlulah jelas yang korang minta maaf.rasanya hal semalam dah selesai antara aku.traffik naik siot.so,terima kasihla pada yang berkenaan(sama ada yang terbakar secara salah faham atau yang sekadar senyum).aku pun dah sampaikan apa aku nak(tentang salah faham isi entry aku).

duk guling2 atas meja dalam kelas sambil pensel di tangan menyiapkan kerja yang diberi sensei tadi.teringat pulak satu kem masa sekolah rendah.kem tu di buat kat pantai seri bayu tak silap aku.kat kelate.

macam2 pengalaman lucu dan menarik masa tu.budak2 kan.intai budak pompuan solat sebelah pun tak malu lagi.tapi sekarang dah tak buat dah.mau nak kena bidas ngan marker dengan penceramah masa duk tekup mata kat lubang dinding surau apartment aku ni.

yang paling penting aku nak sampaikan dalam entry ni satu benda je.

mari dengar cite aku.ce denga ce denga.cter ni pasal kem kat pantai seri bayu tulah.

satu petang masa kem tu,lepas aku dan teman sebilik duk meroyak rabakkan tilam mak cik kem tu.kitorang dipanggil untuk satu slot.ingat dah kantoi bervandalisme kan.nasib baik.

dalam slot tu banyak gakla aktiviti kan.kalau tidak hambarla.baik aku balik koyak tilam kat bilik.

ada satu aktiviti ni yang masa tu aku tak amek serius pun.sekadar gelak2 je.dalam aktiviti tu.semua peserta yang dalam 120 dibahagikan kepada dua.so,dalam satu grup adala dalam 120/2 kan.kira sendiri eh.aku malas.Smile with tongue out

lepas bahagi tu.cikgu susun kepada empat baris.so,masa budak sekolah setiap kali baris je mesti tangan atas bahu kan.aku je yang masukkan tangan aku bawah ketiak kawan aku.kesian dia kena marah kat cikgu sebab jerit kuat sangat.

so,dalam dua kumpulan 60 orang untuk setiap satu tu.setiap satu kumpulan cikgu akan bagi satu ayat je.dan akan di pas2 melalui bisikan yang mengasyikkan ke telinga member mengikut barisan.sape cakap dengan kuat cikgu akan suruh diorang cium pokok kelapa kat luar.

aktiviti bermula dan duk borak2 gelak2 ngan member,sampaila giliran aku.member aku bisikkan la kat telinga aku.aku yang menggeliat kegelian manela nak dengar sangat kan,tapi kalau tak silap ayat dia kedengaran begini,”aku bawak arang masuk dalam kereta lembu”.

dan aku dah macam o_O bila dengar tu.apa kes aku bawak arang kan.takleh ke aku bawak game boy ke congkak ke.dan kenapa mesti kereta lembu?kalau kereta kuda ke mesti lagi stailo kan.kenapa mesti “aku”?”kawan2 aku” plak tak tolong aku angkatkan ke?

tgh2 fikir tu,member sebelah marah sebab lambat bisik kat dia.dah sangap sangat ni.nah aku bagi ayat pelik tu.

abes aktiviti,cikgu pergi kepada pelajar yang last sekali kena bisik tuk tanya apa ayat yang dia dapat.senyum2 kera beliau masa tu.kuat sangat kena bisik agaknya.

so, ayat yang dibisikkan kepada beliau ialah …

“abu parangkan lembu dalam kereta aku”

what the??!!

pekak sangat ke yang mendengar dan bisu sangat ke yang membisik?*orang bisu boleh bisik eh?

cikgu hanya sengeh2 sambil angkat kening dan bagitau ayat sebenar.ayat yang asalnya ialah,”abu bawak barang dalam kereta ibu”.

so,sebenarnya siapa yang salah?dan dari mana ayat tu dah bertukar sampai sadis macam tu sekali bentuknya.teruk gila yang bisik tu.ish3

moral of the story is,

kalau dengar cerita tu,jangan duk menggeliat gedik2 sebab geli.dengar elok2.kalau takut member dah salah info,apa kata kita balik pada root.tak pun pegila kat cikgu tu tanya.tapi kalau pegi tanya cikgu terus,tak jadila kan aktiviti tu.

dan oh;

  1. kumpulan satu lagi dari awal sampai akhir betul ayat diorang.mungkin sebab semua dalam kumpulan tu perempuan dan perempuan secara teorologinya dah banyak pengalaman dalam bercerita itu ini kan.takde probla kan.hebat gak jadi perempuan.
  2. kumpulan yang kalah tu kena rendam dalam kolam busuk sebab salah.dan yang mengoyak rabakkan tilam mak cik kem telah dihukum setimpalnya.orang lain kena rendam sampai asar,diorang plak nak masuk maghrib baru boleh keluar.apa nak jadi budak sekarang.

1 comment:

  1. kay! bengong giler kau ! ade ke rosakkan tilam makcik kem tuh? -,-

    hahahahaha! aku berguling2 bacr post kau nih!!!! xD

    ReplyDelete