Sunday, September 26, 2010

mengeluhka?

kadang2 kita mengeluh apabila ditimpa musibah dan segala bagai dugaan..tanpa kita sedar bahawa ia hanyalah cara Allah menunjukkan kerinduanNya pada kita..Allah rindu untuk melihat kita mengingatiNya dan bertemu denganNya..Allah rindu untuk melihat kita kembali pada jalanNya yang benar..

tetapi selalu kita balas dengan,”kenapa benda ini berlaku kepada aku?”,”kenapa bukan orang lain?”,”apakah salah aku padaMu ya Allah?”..apakah perasaan kita sekiranya hanya kawan yang kita rindu berkata begitu semasa kita bersusah payah untuk berjumpa dengannya?sedih?kecil hati?marah?salah satu pasti ada dalam hati kita yang tidak sempurna ini..

bercakap tentang keluhan ini,aku juga tidak terkecuali daripada mngeluh..memikirkan masa depanku di dalam pelajaranku kini,kadang2 aku mengeluh,”kenapa aku perlu bersusah payah dan kawan2ku yang berada di sana dapat hidup senang dan lenang?”..”kenapa aku dipilih?”..

ironinya,apa yang aku rasa sebnarnya mungkin kerana aku selalu dispoilt olehNya..aku telah mendapat semua yang aku mahu..exam2 penting?Dia telah bagi semuanya padaku..benda2 atau mono2 yang aku hoshi(nak) sangat?pun dy bagi..dengan senang2 plak tu..hakikat yang aku selalu diberi nikmat2 ini olehNya kadang2 membuatkan aku terlalu bergantung kepada nasib dan belas ihsan Allah..astaghfirullah

memikirkan risiko di dismissed sangat tinggi membuatkan otak ini bingit dengan pelbagai suara.mengerikan tetapi inilah yang berlaku bila terdapat sesuatu yang menekan jiwa kita hampir pada limitnya..

tiba2,ada suatu faktor yang membuatkan hatiku tenang,dan ia berlaku dalam beberapa kali..dalam satu ceramah agama,ustaz ini meneceritakan pasal orang2 yang terpilih sewaktu di akhirat nanti..

terdapat satu kelompok manusia dimana muka mereka berseri2 ketika di padang mahsyar itu..kelompok itu terdiri daripada lelaki2 yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah

beberapa kali aku ditunjukkan dan didengarkan perkara ini sehingga membuatkan aku redha dengan segala yang akan berlaku nanti..sesungguhnya aku menyayangi mereka tetapi jika Dia memberi aku jalan yang berlainan dari mereka,aku akan mengambila jalan yang diberi kepada aku..semoga aku tabah menghadapinya..

dan,mengecilkan hati aku..kawan baik aku dahulu masih tidak mengenali aku..apakah mendiamkan diri untuk mengelakkan pergaduhan yang berlaku menjadi lebih panjang dan panjang lagi satu langkah yang silap?niat untuk bertegur sapa menjadikan hubungan aku lebih teruk dan teruk..minta maaf sekiranya aku buat silap..dan benda ni aku kerap kali minta,sekiranya aku buat salah,cakap jela..aku suka mengubah diri aku untuk kemaslahatan sekeliling..perbuatan mendiamkan diri dan menyimpan akan membuatkan hati memerontak dan membuatkan diri aku sendiri tidak berani untuk menyatakanya secara direct..

No comments:

Post a Comment