setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
sebagai contoh
- pada waktu subuh,alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolism tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang kali,lama kelamaan akan menghadapi masalah komuinikasi dan rezeki.
- warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (ishraq dan dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu zohor.Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan pengahadaman.Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
- kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren,iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,uterus,ovari dan testis yang merangkumi sistem produktif.Rahsia warna oren ialah kreativiti.Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang kreativitnya..
- menjelang waktu Maghrib,alam akan berubah kepada warna merah dan di waktu ini kita dinasihatkan oleh orang tua2 agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seeloknya berhenti dahulu pada waktu ini(solat maghrib dahulu) kerana banyak interferens(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mngelirukan mata kita.Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan,pada frekuensi otot,saraf dan tulang
- Apabila masuk waktu isyak,alam berubah kepada warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.Waktu isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan isyak akan selalu berada dalam kegelisahan.Alam ketika ini berada dalam kegelapan dan sebetulnya inilah waktu tidur dalam islam.tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berehat.
- Selepas tengah malam,alam mula bersinar kembali dengan warna putih,merah dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pinear,pituitari dan hipotalamus.Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam islam ini depanggil qiamullail.
begitula secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.Manusia sebenarnya tahu akan kepentingan tenaga alam dan inilah faktor adanya bermacam2 kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya.dicipta untuk menyerap tenaga2 alam ke dalam sistem tubuh.Kita sebagai umat islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga2 ini.wallahualam
credits to Az-Zariyat from JAD
No comments:
Post a Comment