Sunday, May 30, 2010

Susuk Seorang Ayah

 

Tuk  smua ayah d dunia n special thank’s buat BABA tersyang

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang mengikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, yang sedang bersekolah atau menyambung pengajian jauh dari kedua orang tuanya…..Akan sering merasa rindu sekali dengan MAMAnya. tetapi bagaimana dengan Papa? Mungkin kerana Mama lebih banyak menelefon untuk bertanya khabar,tapi tahukah kamu mungkin juga papalah yang mengingatkan Mama untuk menelefonmu?

Mungkin sewaktu kamu kecil dulu, Mama-lah yang selalu bercerita pada kamu. Tapi tahukah kamu, setiap kali papamu pulang dari tempat kerja dengan wajah lelah beliau akan bertanya pada Mama tentang khabar puteri kesayngannya dan apa telah kamu lakukan hari itu?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil……Papa biasanya mengajari puteri kecilnya berbasikal. Dan setelah Papa merasakan kamu sudah pandai, Papa akan melepaskan roda sampingan di basikalmu…Kemudian Mama akan berkata : “Jangan dulu Papa, jangan dibuang dulu roda sampingan” , Mama bimbang puterinya terjatuh dan terluka…. Tapi sedarkah kamu? Bahwa Papa dengan yakin akan membiarkanmu, melihatmu, dan menjagamu semasa kamu mengayuh basikal dengan prihatin kerana dia tahu putri kecilnya PASTI BOLEH.

Pada saat kamu menangis merengek meminta boneka atau mainan yang baru, Mama menatapmu sayu.Tetapi Papa akan mengatakan dengan tegas : “Boleh, kita beli nanti, tapi bukan sekarang” Tahukah kamu, Papa melakukan itu kerana Papa tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi?

Saat kamu demam, Papa yang terlalu khuatir sampai sedikit membentak  berkata :”kan ayah dah ckp! jangan minum air dingin!”. Berbeza dengan Mama yang akan menasihatimu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu Papa benar-benar khuatir degan keadaanmu.

Di saat kamu sudah beranjak remaja….Kamu mulai menuntut pada Papa untuk keluar malam, dan Papa bersikap tegas dan mengatakan: “Tidak boleh!”. Tahukah kamu, bahawa Papa melakukan itu untuk menjagamu? Kerana bagi Papa, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga.. Setelah itu kamu marah pada Papa, dan masuk ke bilik sambil menghempas pintu…Dan yang datang mengetuk pintu dan memmujukmu agar tidak marah adalah Mama…. Tahukah kamu, bahawa saat itu Papa memejamkan matanya dan menahan gelodak dalam hatinya, sesungguhnya Papa sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi  bukankah dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang lelaki mulai sering menelefonmu, atau datang ke rumah untuk menemuimu, Papa akan memasang wajah paling cool di dunia….. :’) Papa sesekali akan memasang telinga dan mengintip saat kamu sedang bercakap berdua di ruang tamu.. Sedarkah kamu, Papamu sedang cemburu?

Saat kamu mulai dipercaya, dan Papa melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu kadang2 akan melanggar had waktu malamnya.Yang dilakukan Papa adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir… Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut-larut…Ketika melihat puteri kecilnya pulang pada larut malam hati Papa akan mengeras dan Papa memarahimu.. . Sedarkah kamu, bahawa ini kerana hal yang sangat ditakuti Papa mungkin akan berlaku-kamu akan pergi meninggalkan Papa”

Setelah lulus SPM, Papa akan sedikit mendesakmu untuk menjadi seorang Doktor atau jurutera. Ketahuilah, desakan yang dilakukan Papa itu semata - mata hanya kerana memikirkan masa depanmu nanti… Tapi, Papa akan tetap tersenyum dan mendukungmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginannya. :)

Ketika kamu menjadi gadis dewasa….Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain…Papa harus melepaskanmu di rantau orang. Tahukah kamu bahawa badan Papa terasa kaku untuk memelukmu? Papa hanya tersenyum sambil memberi nasihat itu-ini, dan menyuruhmu untuk berhati-hati… Padahal Papa ingin sekali menangis seperti Mama dan memelukmu erat-erat.Yang Papa lakukan hanya mengelap sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk belakangmu dan berkata “Jaga dirimu baik-baik ya sayang”.Papa melakukan itu semua agar kamu KUAT DAN TABAH…kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesuntukan wang untuk membiayai yuran semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah Papa. Papa pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya dapat merasa sama dengan teman-temannya yang lain.

Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta boneka baru, dan Papa tahu beliau tidak dapat memberikan apa yang kamu inginkan…
Kata-kata yang keluar dari mulut Papa adalah : “Tidak…. Tidak boleh!” Padahal dalam batin Papa, dia sangat ingin mengatakan “ya sayang, nanti Papa belikan untukmu”. Tahukah kamu bahawa pada saat itu Papa merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu diiktiraf sebagai seorang sarjana. Papa adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Papa akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat “puteri kecilnya sudah tidak manja dan sudah dewasa, dan telah menjadi seseorang”

Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada Papa untuk mengambilmu darinya. Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Karena Papa tahu…..Bahawa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti…

Dan akhirnya….Saat Papa melihatmu duduk di atas Pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya dapat menggantikannya, Papa tersenyum bahagia…. Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu Papa pergi ke dalam bilik sebentar, dan menangis? Papa menangis karena papa sangat Bahagia!

Kemudian Papa berdoa….Dalam doanya kepada Tuhan, Papa berkata: “Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik….Puteri kecilku yang lucu,comel dan nakal..puteri yang kucintai telah menjadi wanita yang cantik….Bahagiakanlah ia bersama suaminya….”

Setelah itu Papa hanya dapat menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang datang untuk menjenguk sesekali…

Dengan rambut yang semakin memutih….

Dan badan serta lengan yang tidakk lagi kuat untuk menjagamu….

Papa telah menyelesaikan tugasnya….

Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita…Adalah susuk yang harus selalu kelihatan kuat…

Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis…Dia harus kelihatan tegas bahkan ketika dia ingin memanjakanmu…

Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa “KAMU BOLEH” dalam segala hal apapun.:’)

Tersenyum dan bersyukurlah ketika kamu bisa merasakan kasih sayang seorang Ayah hingga tugasnya selesai….
Jika kamu mengalaminya, Kamu adalah salah satu orang yang beruntung…

Semoga Allah memberkati ayah2 di seluruh dunia..amin.

Peace….

syakay

No comments:

Post a Comment