Sunday, August 22, 2010

Tazkirah ramadhan

untuk dikongsi bersama

badan dan hati

Badan manusia itu diciptakan dari tanah yang hina dan roh manusia diciptakan dari sesuatu yang mulia.Oleh itu,makanan badan datangnya daripada benda yang berasal dari tanah dan makanan roh ialah dari benda2 mulia seperti zikir dan sebagainya..

kurniaan

Allah mengangkat dan memberi nikmat kepada seseorang itu untk menguji sejauh mana manusia itu mngingati Beliau.Dan sesungguhnya setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri

dan sungguh,akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia.Mereka memiliki hati tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami(ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata(tetapi) tidak mempergunakannya untuk melihat(tanda2 kekuasaan Allah),dan mereka mmpunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakan untuk memperdengarkan(ayat2 Allah).mereka seperti haiwan ternak,bahkan lebih sesat lagi.mereka itula orang2 yang lengah

al-a’araf-179

kehebatan hati

sesungguhnya di dalam hati itu ada seketul daging,jika elok daging itu maka eloklah badan itu dan jika buruk daging itu maka burukla seluruh badan itu..persoalannya..di mana terletaknya hati??

maka tidak pernahkah mereka berjalan di Bumi,sehingga hati(akal) mereka dapat memahami,telinga dapat mendengar?sebenarnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang berada di dada

al-haaj-46

bilakah kita menggunakan hati dan bilakah kita mnggunakan otak?

jom lihat dari perspektif ini

apabila kita membaca buku fizik,mate dan kimia yang haram2 tu kita mnggunakan otak untuk memahaminya

 21062010091

tetapi kita menggunakan hati apabila kita mmbca novel untuk merasai apa yg diceritakan..

IMG_0467

apabila kita membca al-quran,kita sepatutnya menggunakan?

al-quran-yang-mulia1

wahai manusia!sungguh,telah datang kepadamu pelajaran(al-quran) dari tuhanmu,penyembuh bagi penyakit yang ada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman

yunus-57

Al-quran itu sebenarnya diturunkan untuk merawat hati hamba Allah..1st kita mngkin mmbacanya menggunakan akal untuk membca baris ayat itu..tetapi apabila kita memahami maksud yang Allah tunjukkan pada kita,pada masa itula hati kita terusik..Subhanallah

ihsan

telah datang seorang musafir kepada Rasulullah yang ia tidak mnunjukkan sedikit pun sifat2 musafir pada sifatnya melagakan lututnya pada lutut rasulullah dan menanyakan tentang

  • apa itu islam..maka rasul menjawabnya dengan rukun islam
  • apa itu iman…dan dijawab dgn rukun iman
  • apa itu ehsan..maka rasulullah menjawab

ihsan itu ialah melakukan sesuatu dgn ikhlas sebagaimana Allah sedang melihat kau pada masa kau melakukannya.

keesokannya rasulullah memberitahu abu bakar bahawa musafir itu ialah jibril yang datang untuk mengajar ttg ihsan

addin

Summayah ialah orang yang pertama yang mati syahid dalam sejarah islam.walaupun beliau pada masa itu tidak bertudung,berpuasa,bersolat dan megeluarkan zakat,rasulullah tetap menjanjikan syurga unutk beliau..

kenapa?!!

kerana sumayyah telah faham apa itu addin..

Allah telah berfirman,”siapa yang mahu Aku berikan kebaikan padanya.Aku akan berikan kefahaman padanya terhadap Addin”

apa itu addin ye?

addin itu ialah cara hidup..dan sesungguhnya addin di jalan Allah ialah satu2 nya yang diredhai Allah..carilah Addin dan semoga Allah meredhai kamu.

pemikiran umat islam masa kini

pertama kali berterawikh di masjid biru shah alam..baruku sedar betapa kayanya Islam itu sendiri..

bacaan dari imam yang sungguh mendayu2 sehingga diri ini tdak terasa sudah selesai 8 rakaat..

tetapi..

sahutan untuk selawat kepada Rasulullah sgt mngecewakan..bukan bermaksud riak..

Rasulullah telah bersabda,”umatku yang paling kedekut ialah apabila namaku disebut dia tidak berselawat ke atasku.”

janganlah kita begini..betapa Rasulullah telah berkorban unutk kita sepanjang hidup beliau dan apa balasan kita terhadap baginda?

sekurang2nya bersemangatla apabila berselawat ke atas baginda..bukankah kita mengharapkan syafaat baginda di hari penentuan nanti?

Ya Allah,kau jagalah kami dari segala kejahatan dan Kau berikanlah hidayah kepada kami ya Allah..sesungguhnya kepada Engkaula kami berserah..dan kurniakanlah Nabi Muhammad tempat yang terpuji di sisiMu ya Allah seperti mana yang telah Engkau janjikan..

fikiranku

Sesungguhnya wanita dan gadis yang berpurdah itu sangat cantik dipandang..

hari ini bertemu dengan teman hatiku..putih kehijauan sifatnya..InsyaAllah akan aku rinduinya setiap masa seperti mana dy sentiasa merindui aku..semoga dy akan menemani aku dalam setiap alam..=)

kalau ade salah dan silap,tolong tegur ye..

No comments:

Post a Comment