Thursday, January 5, 2012

 

aku melihat di sekeliling, ramai orang sedang bergegas membawa bagasi masing-masing. berdasarkan pengalaman, bolehku agak aku berada di mana. lapangan terbang.

terdengar sorakan kegembiraan dari belakang, suara-suara itu…

badan dengan berat kupusing. bukan tak mahu, tapi hakikatnya aku segan. melihat kegembiraan dan senyuman di muka mereka, aku kuatkan semangat untuk senyum bersama mereka. realitinya aku gembira melihat mereka, tapi jiwa aku sakit. pedih. mereka datang kepadaku, tangan bersalam mesra. satu pelukan penuh rasa persahabatan kuberikan tanda bangga terhadap pencapaian mereka. melihat rakan yang dahulu pernah bersama dalam satu perjuangan berjaya dalam perjuangan mereka.

ku lihat di tangan kiriku, satu beg kecil kemas dipegang. milik kawanku yang dahulunya sangat rapat. segala masalah dikongsi, diluah padanya. mata tercari-cari empunya beg. aku gerakkan kaki laju ke balai berlepas. susuk tubuh yang sudah lama tidak kulihat sedang berdiri tidak jauh dari aku. aku gegaskan pergerakanku, laju menuju ke arahnya.

tanpa kusedar, aku terjatuh. beg yang kupegang tadi tercampak ke kakinya. dengan penuh kelembutan dia mengutip beg miliknya.

matanya memandang tepat ke arahku. satu soalan ditujukan tapi tidak didengari telingaku. soalan sama terus ditanya, kali ini kutajamkan pendengaran.

“sahabat, di mana sahabat?”

*tup

aku tersedar. aku bermimpi rupanya. melihat member katil sebelah tengah tidur nyenyak. perlahan tanganku bawa ke dada. pedih, ye pedih. dah lama aku tak bermimpi sebegini. kupejamkan mata, cuba mengingati kembali mimpi tadi sambil menguatkan semangat. beberapa minit kemudian, azan subuh kedengaran….


ok, dah abes part emo dalam entry terbaru ni, so hello boys and gugurls sekalian alam.

dalam entry kali ni, aku nak tanya, berapa ramai readers aku yang pernah rasa kegagalan dalam hidup mereka? tak kirala apa sebab sekalipun, gagal bercinta, gagal ber*k ke. aku rasa yang tak rasa atau belum rasa maksud perkataan ni angka dia mungkin dalam tangan aku je.

hakikatnya, manusia akan diuji dalam hidup mereka, tak kira dalam bentuk apa sekalipun.

kepada yang pernah rasa kegagalan ni, mesti rasa teruk gila kan masa tu. it  will surely, felt like the whole world is crushing on you. sumpah rasa hell gila. tambah-tambah kalau kegagalan tu menyebabkan kita yang sudah pun berada di atas, kembali ke tempat bermula. yelakan, orang cakap, makin tinggi kita naik, makin sakit masa jatuh.tak caya? cuba korang naik tingkat satu sekolah korang then terjun. lepas tu naik lagi then terjun dari tingkat dua. pastu cakap kat aku yang mana lagi sakit.

“macam mana dengan hidup aku ?”

soalan wajib bagi sesiapa yang pernah rasa. tak percaya? percayalah, I’ve been there. and believe me, you will not want this type of experience. taste like shit.

tapi, lepas gagal nak buat apa? menganggur? lepak-lepak? clubbing? aku akui, ramai yang putus semangat dan dah tak mahu bangun lagi kan, sebab sakitnya pengalaman ni kadang-kadang tak mampu ditanggung diri.

tapi aku cakap hell no dengan semua bullshit tu. apa korang ingat korang je yang pernah gagal dalam hidup korang? percayalah, kegagalan tu menguatkan lagi seseorang tu. in fact, ramai yang berjaya kat dunia ni dulu pun pernah rasa apa yang korang rasa,sesetengahnya lebih lagi.

jadikan kegagalan tu satu kekuatan. kepada yang gagal bercinta, jadikan pengalaman tu untuk tambah skill korang ngorat awek yang lagi comel. kepada yang gagal belajar, gunakan pengalaman tu untuk baiki diri korang. untuk yang gagal ber*k.(=_=”)> makan sayur banyak-banyak lagi.

percayalah kat aku ni. kegagalan sebenar ialah bila kau sebagai hamba Allah gagal untuk mencapai syurga yang Allah janjikan. kegagalan lain? ayam je tu.

dan ingat, kau bukan sorang-sorang atas dunia ni. interact dengan orang. luahkan perasaan kau kalau kau rasa tak mampu nak tanggung sorang-sorang, korang akan rasa lagi kuat dengan cara begini. tapi jangan sampai menyusahkan hidup orang lain.

you failed and you should be okay with it. make it to your own advantage. be stronger than everyone else.

 

looks, like I have fallen in love again. see below.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1281739384907

aint it the cutest thing. who wanna sell me some russian tortoise? anyone?

1 comment:

  1. i got two and its still growing. we plan on letting it go. but if you want em, i'll ask my sister if she wanna just give it to you without any payment.

    ReplyDelete