Thursday, October 25, 2012

sorry, no commitment

tergelak besar bila fikir dah berapa lama tak update post baru. lagi tergelak besar bila dapat satu mesej dari seorang pembaca setia blog ingin berkenalan. i was... dumbfounded, especially after thinking of how long have i abandoned this blog. banyak sebab kenapa aku tak buat post baru. -pertama sebab software blog yang menyenangkan aku buat post dah tak leh pakai. -kedua sebab aku rasa takde benda relevan nak cerita, kalau ada pun just aku tulis kat mana-mana pastu *poof! hilang. -ketiga aku dah malas. aku nak minta maaf kepada seorang pembaca yang sudi mesej aku. serius aku terkejut sebab dah lama tak berada dalam keadaan perempuan yang mula langkah pertama tambah lagi aku ni jenis takde muka. since highschool, tu pun mungkin sebab ada girlfriend. yela kan, orang cakap bila kita ada girlfriendla perempuan lain baru nampak kewujudan kita. nampak tak permainan? bukan apa, aku sekarang malas nak melayan perasaan. aku ni kalau kenal perempuan bukan boleh pakai sangat pun. buat masa sekarang aku sangat sangat malas. kalau aku mencuba pun sekejap je, dua hari dah start malas. so, bila saya dapat mesej daripada awak di sana, saya sangat terkejut. salah satu sebab kerana, perkenalan jarak jauh sangat memerlukan komitmen yang tinggi. and honestly, i am a guy without commitment....at least for now. nak kena mesej selalu, nak tanya khabar sihat ke tidak. nak pakai duit buat topup. keluar duit tuk jumpa. dan bila kita terlupa benda-benda macam ni then bam!, macam-macamlah. trust me, i've been there and i think i was being a jerk to her. sebab lain, aku ni dah bukan macam dulu. aku yang dulu sangat suka tolong orang. prihatin gila kot. aku pun tak percaya tu aku dulu. tapi sekarang aku seorang yang macam aku tak buat palat ngan kau, kau jangan buat palat dengan aku. kau palat, siap. so, kalau nak buat alasan apa yang aku tulis kat blog ni sebagai alasan nak kenal aku. sorry and regret to say, but i am not that person anymore. so, saya dengan konklusinya *chewah!. saya doakan awak kuat dan sentiasa buat pilihan yang betul sebab berdasarkan apa yang awak cerita, saya tahu awak sedang berada dalam keadaan yang penuh dilema. and it's a pity that i can't help in anyway and anyhow. maaf kalau cara saya kasar sikit, walaupun saya tak buat apa-apa pun sebenarnya. saya rasa bersalah sebab, In any moment of decision, the best thing you can do is the right thing, the next best thing is the wrong thing, and the worst thing you can do is nothing. saya minta maaf sekali lagi.

Sunday, February 5, 2012

aku dikhianati

 

cuti maulidur rasul ni aku balik rumah. rindu gak kat rumah, tambah-tambah mak aku macam mengharap sangat aku balik kali ni. so balikla aku ke kampung halaman dengan naik bas shamisha.

hari ni hari kedua aku duk kat kelantan. sebab semalam dah seharian aku duk rumah, hari ni aku dah rancang banyak benda nak buat kat luar.

destinasi pertama, syarikat muda osman. kenapa? sebab aku kena laminate dulu roadtax moto. kalau tak laminate, tak sedap pulak naik motor nanti. *naik moto pun sedap jugak tau.

abes laminate aku pi aneka plak. korang tau tak aneka tu mende? kat tempat aku ada dua spesis aneka. satu pet store, satu lagi shopping store. ce teka aku pegi yang mana?

 

sebab kat rumah aku dah banyak binatang-binatang buas, aku tak pegila aneka pet store tu kali ni. perjalanan aku ke aneka dipenuhi dengan impian nak beli undergarment. kesian pulak aku tengok diri aku ni asyik duk sibuk basuh undergarment setiap dua hari sekali kat hostel. so sempena aku balik ni, nak manjakan diri sikit dengan beli undergarment baru. baru seronok balik rumah, tak gitu.

so, motif entry aku hari ni bermula di sini. lepas siap semua kerja aku kat bandar. maka, menujula aku ke rumah. tengah-tengah layan naik moto ni adela pulak mamat ex5 datang nak potong aku. dahla tak bagi signal, aku yang sememangnya sangat pantang dipotong terutama bila orang tak bagi signal terus menambah kelajuan moto dengan satu tekad dan tujuan - nak potong ex5 poyo tu.

dan sebab moto aku sangatla laju, maka terpotongla ex5 poyo tu.

tersenyum girang gitu melihat moto tu terkincit-kincit nak kejar aku. tengah baru syok-syok nak naik 120, tiba-tiba motor aku mula menunjukkan simptom-simptom pelik. dalam dua tiga langkah lepas tu, mampus. dalam hati,”takkan plug kot, baru je tukar bulan lepas”.

tengok meter minyak. haih! bukak tank minyak. double haih!

menolakla gamaknya.

sanggup kau khianati tuan kau wahai motor kesayangan. kau nampak tak mamat ex5 tu duk terkekeh-kekeh gelak tengok aku papah kau masa dia potong kita balik tadi? dahla kena gelak kat jiran. triple haih!

the

oh the irony, rumah depan stesen minyak tapi tangki minyak kosong. TT^TT

Wednesday, January 18, 2012

berjumpa lagi dalam…

 

assalamualaikum adik-adik yang comel di luar sana. hari ni berjumpa lagi dengan abang dalam rancangan apa?

rancangan selipar jepun. hanya di tv 19, dekat di lutut.

hari ni adik-adik rasa abang nak cter pasal apa?

haa betul. abang nak cter pasal jenis-jenis sifat manusia yang abang tak suka. adik-adik pasang telinga leklok tau, nanti kalau adik-adik setuju dengan abang, jangan sesekali jadi manusia yang macam ni. kalau adik-adik tak setuju, adik boleh tinggalkan komen di bawah dengan menekan bla bla bla….

jenis pertama yang abang tak suka ialah… cuba adik teka..

haa, dah dekat dah tu… abang paling tak suka member laki yang depan kita baik gila dengan kita. tapi bila dah jumpa member perempuan baru, semua pasal member-member laki dia cter kat member perempuan. haa, jenis ni jenis yang otak letak kat lutut tau dik. sebab nanti masa dia ada masalah, dia akan cari member laki dia gak. kalau kita tanya dia kenapa tak pegi ngadap berguling depan member perempuan dia? nanti dia jawab malu. masa dia cter semua pasal member laki dia, dia tak fikir plak member dia malu ke bengang ke.

jenis kedua apa ek dik? kalau adik-adik jumpa manusia hipokrit apa adik-adik akan rasa? mesti rasa bengang kan. depan kita semua citer benda baik-baik pasal dia. dia macam ni macam tu. belakang kita, pehh, kalah datin maimun. so, jangan sekali-kali jadi hipokrit ye adik-adik. buruk perangai.

yang ketiga abang rasa jenis yang tahu agama tapi hanya pakai ilmu tu pada masa yang boleh bagi dia advantage dia. jenis ni adik-adik, lagi teruk dari semua makhluk kat bumi tu adik-adik. kita sebagai hamba Allah ni, jangan suka-suka nak tukar hukum Allah ikut kehendak kita. kalau jumpa jenis ni adik-adik, abang benarkan adik-adik lempang sesuka suki hati adik. tape-tape, Allah pun suka adik-adik lempang diorang. insyaAllah nanti diorang insaf lepas kena pelempang adik-adik.

yang keempat abang nak cerita pasal member yang suka buat member dia sebagai eksperimen. adik-adik pernah tengok tikus kena belah sebagai eksperimen biuulloji tak? adik-adik rasa tikus tu suka dan senang hati tak bila ada 4 orang pelajar tengah kerumun dia pastu sentuh usus-usus dalam badan dia?

 jailbreak-rat_1

mesti dia bengang gak kan? so adik-adik rasa apa perasaan adik kalau ada member buat adik sebagai eksperimen? mesti sakit usus dan bengang gak kan.

Friday, January 6, 2012

cleverbot kecek kelate?

 

pada sesape yang pernah main cleverbot, mesti korang rasa takjub dengan sistem algorithm cleverbot yang boleh buat kita berkomunikasi dengan komputer.

tapi yang ni is beyond amazing. see below eh.

 

cleverbot2

 

serius aku terkekeh masa main cleverbot kali ni, dahla dekat public. haih~

Thursday, January 5, 2012

 

aku melihat di sekeliling, ramai orang sedang bergegas membawa bagasi masing-masing. berdasarkan pengalaman, bolehku agak aku berada di mana. lapangan terbang.

terdengar sorakan kegembiraan dari belakang, suara-suara itu…

badan dengan berat kupusing. bukan tak mahu, tapi hakikatnya aku segan. melihat kegembiraan dan senyuman di muka mereka, aku kuatkan semangat untuk senyum bersama mereka. realitinya aku gembira melihat mereka, tapi jiwa aku sakit. pedih. mereka datang kepadaku, tangan bersalam mesra. satu pelukan penuh rasa persahabatan kuberikan tanda bangga terhadap pencapaian mereka. melihat rakan yang dahulu pernah bersama dalam satu perjuangan berjaya dalam perjuangan mereka.

ku lihat di tangan kiriku, satu beg kecil kemas dipegang. milik kawanku yang dahulunya sangat rapat. segala masalah dikongsi, diluah padanya. mata tercari-cari empunya beg. aku gerakkan kaki laju ke balai berlepas. susuk tubuh yang sudah lama tidak kulihat sedang berdiri tidak jauh dari aku. aku gegaskan pergerakanku, laju menuju ke arahnya.

tanpa kusedar, aku terjatuh. beg yang kupegang tadi tercampak ke kakinya. dengan penuh kelembutan dia mengutip beg miliknya.

matanya memandang tepat ke arahku. satu soalan ditujukan tapi tidak didengari telingaku. soalan sama terus ditanya, kali ini kutajamkan pendengaran.

“sahabat, di mana sahabat?”

*tup

aku tersedar. aku bermimpi rupanya. melihat member katil sebelah tengah tidur nyenyak. perlahan tanganku bawa ke dada. pedih, ye pedih. dah lama aku tak bermimpi sebegini. kupejamkan mata, cuba mengingati kembali mimpi tadi sambil menguatkan semangat. beberapa minit kemudian, azan subuh kedengaran….