cuti maulidur rasul ni aku balik rumah. rindu gak kat rumah, tambah-tambah mak aku macam mengharap sangat aku balik kali ni. so balikla aku ke kampung halaman dengan naik bas shamisha.
hari ni hari kedua aku duk kat kelantan. sebab semalam dah seharian aku duk rumah, hari ni aku dah rancang banyak benda nak buat kat luar.
destinasi pertama, syarikat muda osman. kenapa? sebab aku kena laminate dulu roadtax moto. kalau tak laminate, tak sedap pulak naik motor nanti. *naik moto pun sedap jugak tau.
abes laminate aku pi aneka plak. korang tau tak aneka tu mende? kat tempat aku ada dua spesis aneka. satu pet store, satu lagi shopping store. ce teka aku pegi yang mana?
sebab kat rumah aku dah banyak binatang-binatang buas, aku tak pegila aneka pet store tu kali ni. perjalanan aku ke aneka dipenuhi dengan impian nak beli undergarment. kesian pulak aku tengok diri aku ni asyik duk sibuk basuh undergarment setiap dua hari sekali kat hostel. so sempena aku balik ni, nak manjakan diri sikit dengan beli undergarment baru. baru seronok balik rumah, tak gitu.
so, motif entry aku hari ni bermula di sini. lepas siap semua kerja aku kat bandar. maka, menujula aku ke rumah. tengah-tengah layan naik moto ni adela pulak mamat ex5 datang nak potong aku. dahla tak bagi signal, aku yang sememangnya sangat pantang dipotong terutama bila orang tak bagi signal terus menambah kelajuan moto dengan satu tekad dan tujuan - nak potong ex5 poyo tu.
dan sebab moto aku sangatla laju, maka terpotongla ex5 poyo tu.
tersenyum girang gitu melihat moto tu terkincit-kincit nak kejar aku. tengah baru syok-syok nak naik 120, tiba-tiba motor aku mula menunjukkan simptom-simptom pelik. dalam dua tiga langkah lepas tu, mampus. dalam hati,”takkan plug kot, baru je tukar bulan lepas”.
tengok meter minyak. haih! bukak tank minyak. double haih!
menolakla gamaknya.
sanggup kau khianati tuan kau wahai motor kesayangan. kau nampak tak mamat ex5 tu duk terkekeh-kekeh gelak tengok aku papah kau masa dia potong kita balik tadi? dahla kena gelak kat jiran. triple haih!
oh the irony, rumah depan stesen minyak tapi tangki minyak kosong. TT^TT
No comments:
Post a Comment