Friday, December 30, 2011

time always make girl grow beautiful

*ENTRY YANG SEPATUTNYA DI POST PAGI semalam, TAPI SEBAB MASALAH SEKARANG BARU BOLEH POST*

morning girls and dudes. aku ingat nak buat satu lg entry sempena cuti yang terbilang ni. walaupun otak tengah bertungkus lumus nak restart balik. dah lama tak kena paksa jaga macam smalam.

entry kali pasal perempuan lagi. oh yeah!! sebab aku tau blog aku ni sbenarnya ramai yang silent readers. especially perempuan. (korang baca pastu kutuk aku belakang kan?) aku tau… tapi entry aku stakat ni puji korang je kan? so, please be nice with the kutuk-ing, like this cute cat below.

Saturday, December 24, 2011

awek kelantan

yeah! aku dah balik!

no seriously aku dah balik. yela, taula sebelum ni aku cuti jarang-jarang. jumpa member-member pun kadang-kadang je. tapi alhamdulillah, sekarang aku dah ada banyak masa untuk diluangkan kat aktiviti-aktiviti ngan member. *kalau difikirkan secara optimis.

kepada kawan-kawan terbaik aku kat jad. serius aku rindu korang. maaf sekarang aku kurang contact. hakikatnya aku tak berkemampuan nak berulang alik ke shah alam tuk berjumpa korang. paan, fizzy, sam, doakan aku bleh jumpa korang lagi…

so, semalam aku sampai kat negeri tersayang selepas 6 jam duduk dalam bas. sayang, aku ingat jarak perjalanan dari pulau pinang akan lebih singkat. rupanya sama je ngan selangor. pengalaman bas yang sama, tido bangun, berenti, minum. yang lainnya cuma aku hampir-hampir terjatuh dalam bas masa nak bangun sebab kaki sebelah kanan aku kebas. mungkin darah tak mengalir.

sampai rumah pukul 4, tido. thanks to my wonderful mom yang tabah membangunkan aku dalam 13 kali suruh bangun subuh (aku tak pasti cara yang digunakan mak aku ganas atau tidak sebab fikiran aku tak rasional masa tu) . kalau bukan sebab mak aku kompem-kompem dah subuh gajah, beruang koala dan semua binatang2 yang kat afrikala aku pagi tu. thanks mom. pastu membuta balik. serius aku letih.

setakat ni je kot muqadimah, kang tak pasal-pasal nangis cerita pasal perjalanan balik je.

sekali lagi aku kat kelantan. dan macam biasa, aku suka persekitaran di sini sebab…sebab… tah, mungkin sebab dah terbiasa.

tapi yang aku paling suka ialah, perempuan-perempuan kelantan aka cek mek kelate. nak tau kenapa? sebab awek-awek kelate ni semua lawa. serius aku cakap, dalam 3 negeri aku pergi belajar ni, aku dah jumpa macam-macam ragam perempuan tapi perempuan kelantan masih dalam top list aku. Smile with tongue out

tak caya lagi? nanti aku bagi bukti eh.


Tuesday, December 20, 2011

perempuan oh perempuan

 

Smile dah lama aku tak menconteng selipar jepun ni. sibuk. sibuk bersukan. termasuk semalam mungkin dah 4 malam berturut-turut aku duk main futsal. alah, court bukan bayar pun. fasiliti free of charge, so sape yang tanak maen kan.

nuff said.

hari ni.. tak, petang ni aku nak ulas pasal post aku kat facebook hari tu.

perempuan sekarang sangat mudah kan?

hehe, pedas dan agak diskriminasi kan?

ramai kawan-kawan aku yang ngamuk baca post ni terutamanya perempuan. XD. yang paling tak tahan bila ada gak yang kira boleh dikategorikan sebagai mudah, tetap nak komen cakap bukan semua perempuan begitu.

ya, aku sokong komen-komen korang. bukan semua perempuan begitu. in fact, masa aku sekolah dulu ada seorang junior aku yang aku cuba dekati. sampai sekarang hanya contact gitu-gitu je. so, see girls? aku tak keluarkan status tu sekadar suka-suka. memang bukan semua perempuan jenis yang mudah tapi sebab ‘ada’ yang mudah, baru aku keluarkan status tu.

kalau korang nak tahu. aku berasal dari keluarga yang hampir semua ahli keluarganya ialah perempuan, so sebagaimana aku sangat sayang dan hormatkan mak, nenek and adik-adik aku, begitu jugala kat semua kaum hawa kat atas dunia ni. but like everything else, in this world, it must have a limit right?

dari apa yang aku lihat, ramai perempuan yang bila lelaki sakat sikit je, dah mula bagi positive sign. I mean, come la ladies, shouldn’t you be more difficult to approach? sakat sikit dah terlompat gedik2, bertepuk tampar. serius aku cakap, aku tak salahkan lelaki 100% sebab lelaki memang suka formula trial and error bila nak dekat ngan perempuan.

aku pernah jumpa perempuan yang suka gila mesej lucah. semua benda nak cerita, luar dalam, warna semua. what the heck, kalau lelaki nak tahu semua tu diorang dah pergi mesej dengan pelacur dah. come on gugurls sekalian. you are better than that.

dan yang aku paling tak tahan bila ada perempuan yang dah main dengan lelaki. macam biasala kan, lelaki ni bila dah dapat, terus blah. macam mengundi jugak, dah pangkah tu buang jela dalam kotak. buat apa simpan. dan perempuan yang dah kena ni, tak sampai seminggu dah start cari lelaki lain. pastu mesej, ‘’adakah awak akan terima saya seadanya?’’. I mean what the heck, kau dah buat dengan laki lain kau tak fikir pulak kan pasal laki lain. then kau expect dia boleh terima kau dalam keadaan begitu. kalau aku, aku tak setabah tu. remember girls, you are not a cat to be played by many males!

dan pada perempuan yang sentiasa jaga diri diorang. “bravah!” aku ucapkan. korang ialah perempuan-perempuan yang even lelaki macam aku ni akan pilih bila kitorang nak kahwin nanti. so, pedulikan apa orang cakap, keep yourselves as cute as you are. jangan bukak aurat. akan sampai masanya nanti jejaka-jejaka macam aku ni akan beranikan diri kitorang tuk ketuk rumah awak-awak semua and minta dengan parents awak2 semua untuk meminang awak.

lastly, a phrase that I read from theotherkhairul.blogspot.com that I like so much.

mungkin jodoh boleh datang bergolek. Tapi hanya untuk orang yang tertentu je. So, tingkatkan lah ketakwaan anda si gadis. Tutupilah aurat anda. Dan percomelkan lah diri anda.