6 Jenis Boy yang Aku akan Jadi Jika Aku Seorang Perokok.
Aku tak tahu kenapa. Tetapi aku tak merokok. Tak boleh masuk ah rokok tu dalam mulut aku. Hisap je, terkeluar. Hisap je terkeluar.
95% dari kawan-kawan lelaki aku adalah perokok yang tegar. Satu kotak rokok untuk dua hari. Mungkin lebih dan mungkin kurang. Tak ada siapa kisah. Tak ada siapa peduli. Melainkan Pak Cik Hati Kering di Restoran Umi yang telan 4 batang rokok orang lain sekali gus dengan rasa gumbira.
Tapi aku terfikir lah kan. Agak-agaknya, apa yang akan berlaku kalau aku ni adalah seorang perokok? Aku tak pasti apa yang akan berlaku, tapi aku boleh ramal.
Jenis-jenis lelaki yang...
1. Ramai awek.
Hot sampai berasap
Ratio lelaki merokok dan tak merokok, mana yang ada banyak awek? Agak bosan lah juga aku dengar ayat dari para gadis “Benci kat lelaki merokok”. Cakap je lebih, balik-balik suka kat lelaki yang merokok juga. Ye lah kalau dah suka tu, merokok atau tak, tak jadi isu. Kalau jadi isu pun mungkin sebab perempuan tu jealous yang lelaki tu guna banyak duit tuk beli rokok dari guna untuk awek. Perempuan dan duit tak boleh dipisahkan. Macam aku biasa cakap, umpama nama tengah bagi mereka. Dan juga, cinta tak kenal umur, pangkat atau warna kulit. Yang penting duit.
2. Lebih macho.
Duduk bertenggek atas tangga. Keluarkan sebatang rokok. Angkat tangan kasi sign kat member nak pinjam lighter. Bakar. Hisap. Sedut. Telan. Feel. Hembus. Dan senyum. Nikmat lah katakan. Tos-tos habuk ke tepi sambil berborak. Then bila ada awek lalu je, senyum dengan bibir belah kanan sikit tinggi sambil naikkan kening; Bersama dagu yang berkumis matang. Misai dipotong halus, memang menonjol ah kelakian maskulen yang tulen serta menggoda. Sayangnya sekali aku masih belum ada janggut.
3. Lelaki yang hidup penuh dengan cabaran.
Ingat senang ke nak hidup sebagai perokok? Kalau kat sekolah, main kejar-kejar dengan cikgu disiplin. Kalau kat kolej, kena kejar dengan Abang Bob. Kalau kat rumah, kena kejar dengar ayah, Kalau kat shopping complex kena kejar dengan Health Official. Kira memang jadi pelarian ah.
Then bila masa hujung bulan, paru-paru mesti buat hal mintak di isi dengan asap rokok. Dah pulak tu hujung bulan, duit tak ada. Camna nak beli rokok? Nak buat apa? Hisap rokok murah League? Rokok daun?
Then masa dah kahwin, si isteri pulak gedik tak kasi merokok. Kalau bab tak kasi merokok mesti kes Queen Control. Memang tak lelaki lah suami dia takut kat isteri.
4. Ramai kawan, cable lagi banyak.
Kalau lelaki baik, peramah, sejati, tulen, penyegan dan pemalu macam aku, memang susah nak cari kawan. Nak cari awek apa tah lagi. Tapi kalau dah perokok, memang tak ada hal lah. Bayangkan kalau hari pertama kat kolej. Jumpa member baru, mesti tanya duduk mana, SPM berapa and so on. Tak bosan ke asyik soalan sama? Dah kalau tak tanya soalan tu nak cakap pasal apa? Pasal cuaca?
So pelbagai topic yang boleh dibincangkan adalah bila korang lepak dalam rumah ke-2 korang iaitu tandas. Dalam tandas selalu sangat ah nampak geng-geng lelaki yang tengah layan sangap. Dalam tandas, keluarkan rokok dan pinjam lighter dari orang yang tak kenal. Dari situ memang lahirlah bibit-bibit kawan. Kadang-kadang boleh buat aktiviti pancung dalam tandas. Memang mudah berkawan. Kalau ada awek yang merokok pun, ajak sekali. Lagi best.
5. Pencucuh jalanan
Aku pernah tegok kat TV. Citer ala-ala Crow Zero lah kan. Dalam citer tu lelaki tu merokok. Memang macho ah. Then ada awek comel gedik datang mengedik. Datang-datang je, terus lelaki tu cucuh kat leher awek tu. Awek tu terus menangis. Hais biasalah, perempuan. Then lelaki yang dalam cerita tu ketawa terbahak-bahak. Aku pun ikut sama ketawa.
So kira kalau aku perokok, aku nampak awek gedik, memang aku sedut kaw-kaw rokok then cucuh kat awek tu. Lagi best kalau awek tu gedik macam Mimi yang gedik nak kawin dengan Hassan. Dapat awek gedik macam tu memang siap ah. Aku tak nak cucuh kat leher. Tapi aku nak cucuh kat dahi. Perh. Mesti sampai bila-bila awek tu akan terkenangkan aku. Then cukup 6 cucuh kat dahi memang dah boleh jadi macam Krilin.
6. Lelaki yang tak ada stress
Dulu time presentation English, ada satu group debate pasal merokok. Dan memang banyak lah point-point penting kenapa menghisap rokok itu perlu di lakukan. Antara point yang banyak digunakan adalah merokok penting untuk menghilangkan stress. Ya kandungan dalam rokok boleh mengurangkan stress. Tak terkecuali mengurangkan jangka hayat si penghisap dan yang di sekeliling.
So agak-agak lah kan kalau aku merokok masti aku kurang stress. Eh tapi kan hidup aku mana ada stress sangat pun. Aku sentiasa happy. Tapi bab yang aku tak faham, ramai cakap merokok boleh mengurangkan stress. Tapi apa yang aku nampak, lelaki mahupun gadis yang merokok akan merokok selepas makan, sebelum tidur, selepas bangun tidur dan masa tengah uhuk-uhuk di tandas. Bab uhuk-uhuk dalam tandas tu mungkin boleh stress kalau dah sembelit tu memang aku faham lah. Tapi bab merokok selepas makan, sebelum tidur dan selepas bangun tu memang tak ada kaitan langsung dengan stress.
******************************
Another so so cute girl
Heh.
Well,
Semasa aku muda-muda remaja seperti korang dulu, aku sering lah juga lepak-lepak dengan member aku yang isap rokok ni. Macam-macam cerita yang aku dengar. Ada yang berbangga hisap dua kotak sehari, ada yang nak berhenti tapi tak jadi. Ada yang nak berhenti sebab tak mampu nak beli, dan ada juga yang nak berhenti kerana awek. Heh, apa barang berhenti merokok kerana awek. Balik-balik lelaki kena berubah kerana perempuan. Balik-balik lelaki kena berubah kerana perempuan. Tak remaja langsung.
No comments:
Post a Comment