Wednesday, January 18, 2012

berjumpa lagi dalam…

 

assalamualaikum adik-adik yang comel di luar sana. hari ni berjumpa lagi dengan abang dalam rancangan apa?

rancangan selipar jepun. hanya di tv 19, dekat di lutut.

hari ni adik-adik rasa abang nak cter pasal apa?

haa betul. abang nak cter pasal jenis-jenis sifat manusia yang abang tak suka. adik-adik pasang telinga leklok tau, nanti kalau adik-adik setuju dengan abang, jangan sesekali jadi manusia yang macam ni. kalau adik-adik tak setuju, adik boleh tinggalkan komen di bawah dengan menekan bla bla bla….

jenis pertama yang abang tak suka ialah… cuba adik teka..

haa, dah dekat dah tu… abang paling tak suka member laki yang depan kita baik gila dengan kita. tapi bila dah jumpa member perempuan baru, semua pasal member-member laki dia cter kat member perempuan. haa, jenis ni jenis yang otak letak kat lutut tau dik. sebab nanti masa dia ada masalah, dia akan cari member laki dia gak. kalau kita tanya dia kenapa tak pegi ngadap berguling depan member perempuan dia? nanti dia jawab malu. masa dia cter semua pasal member laki dia, dia tak fikir plak member dia malu ke bengang ke.

jenis kedua apa ek dik? kalau adik-adik jumpa manusia hipokrit apa adik-adik akan rasa? mesti rasa bengang kan. depan kita semua citer benda baik-baik pasal dia. dia macam ni macam tu. belakang kita, pehh, kalah datin maimun. so, jangan sekali-kali jadi hipokrit ye adik-adik. buruk perangai.

yang ketiga abang rasa jenis yang tahu agama tapi hanya pakai ilmu tu pada masa yang boleh bagi dia advantage dia. jenis ni adik-adik, lagi teruk dari semua makhluk kat bumi tu adik-adik. kita sebagai hamba Allah ni, jangan suka-suka nak tukar hukum Allah ikut kehendak kita. kalau jumpa jenis ni adik-adik, abang benarkan adik-adik lempang sesuka suki hati adik. tape-tape, Allah pun suka adik-adik lempang diorang. insyaAllah nanti diorang insaf lepas kena pelempang adik-adik.

yang keempat abang nak cerita pasal member yang suka buat member dia sebagai eksperimen. adik-adik pernah tengok tikus kena belah sebagai eksperimen biuulloji tak? adik-adik rasa tikus tu suka dan senang hati tak bila ada 4 orang pelajar tengah kerumun dia pastu sentuh usus-usus dalam badan dia?

 jailbreak-rat_1

mesti dia bengang gak kan? so adik-adik rasa apa perasaan adik kalau ada member buat adik sebagai eksperimen? mesti sakit usus dan bengang gak kan.

Friday, January 6, 2012

cleverbot kecek kelate?

 

pada sesape yang pernah main cleverbot, mesti korang rasa takjub dengan sistem algorithm cleverbot yang boleh buat kita berkomunikasi dengan komputer.

tapi yang ni is beyond amazing. see below eh.

 

cleverbot2

 

serius aku terkekeh masa main cleverbot kali ni, dahla dekat public. haih~

Thursday, January 5, 2012

 

aku melihat di sekeliling, ramai orang sedang bergegas membawa bagasi masing-masing. berdasarkan pengalaman, bolehku agak aku berada di mana. lapangan terbang.

terdengar sorakan kegembiraan dari belakang, suara-suara itu…

badan dengan berat kupusing. bukan tak mahu, tapi hakikatnya aku segan. melihat kegembiraan dan senyuman di muka mereka, aku kuatkan semangat untuk senyum bersama mereka. realitinya aku gembira melihat mereka, tapi jiwa aku sakit. pedih. mereka datang kepadaku, tangan bersalam mesra. satu pelukan penuh rasa persahabatan kuberikan tanda bangga terhadap pencapaian mereka. melihat rakan yang dahulu pernah bersama dalam satu perjuangan berjaya dalam perjuangan mereka.

ku lihat di tangan kiriku, satu beg kecil kemas dipegang. milik kawanku yang dahulunya sangat rapat. segala masalah dikongsi, diluah padanya. mata tercari-cari empunya beg. aku gerakkan kaki laju ke balai berlepas. susuk tubuh yang sudah lama tidak kulihat sedang berdiri tidak jauh dari aku. aku gegaskan pergerakanku, laju menuju ke arahnya.

tanpa kusedar, aku terjatuh. beg yang kupegang tadi tercampak ke kakinya. dengan penuh kelembutan dia mengutip beg miliknya.

matanya memandang tepat ke arahku. satu soalan ditujukan tapi tidak didengari telingaku. soalan sama terus ditanya, kali ini kutajamkan pendengaran.

“sahabat, di mana sahabat?”

*tup

aku tersedar. aku bermimpi rupanya. melihat member katil sebelah tengah tidur nyenyak. perlahan tanganku bawa ke dada. pedih, ye pedih. dah lama aku tak bermimpi sebegini. kupejamkan mata, cuba mengingati kembali mimpi tadi sambil menguatkan semangat. beberapa minit kemudian, azan subuh kedengaran….