Thursday, April 21, 2011

takleh tgok orang senang

ad3d466acc

 

sapela yang dajalkan budak comel ni?kesian dy.haha

little update

dah agak lama blog ini tidak menyiarkan post2 terkini dari aku.so,aku nak mintak maaf sbab sekarang ni agak sibukla kot.dan kalau time free tu idea tak datang plak.*common thing bila mood nak buat datang.

dalam masa terdekat ni aku ingat nak buat beberapa update kecil kat blog ni.tmbah header baru and such.maybe ambil masa sikit.

dan pasal post yang aku janji hari tu.rough idea dah ada.cuma usaha takde lagi.Smile with tongue out

sabar eh.

chow

Monday, April 11, 2011

ampunkan aku??

pada suatu hari,ada seorang anak datang kepada si ayah dan cakap.ayah,saya dah buat salah kat orang hari ni.saya pukul budak tu sampai nangis.ayahnya seraya terkejut tapi masih cuba bertenang dalam menguruskan anak yang masih kecil bertanya mengapa si anak memukul budak itu.si anak menjawab sebab dia kebosanan.ayahnya dengan wajah yang masih dikawal kemudian bertanya kembali apakah anaknya sudah meminta maaf pada budak itu.anaknya mengangguk.si ayah tersenyum dan dapat mengagak kemungkinan guru anaknya yang menyuruh anaknya yang masih darjah satu itu meminta maaf.
ayahnya memuji anaknya dan menyambung,'nak,walaupun kita telah meminta maaf setelah kita buat salah,hasilnya tidak akan jadi seperti dulu.'
anak yang masih setahun jagung tidak mengerti apa yang ayahnya cuba sampaikan.ayahnya yang dapat mengagak kekeliruan anaknya terus ke stor di belakang rumah.beberapa ketika dia datang kembali membawa sepapan kayu yang masih elok dan sekotak paku.
'anakku,untuk setiap kesalahan yang telah engkau lakukan pada masa hadapan,pakukan satu paku di papan ini.dan untuk setiap kemaafan yang engkau peroleh dari kesalahanmu itu,cabut satu paku dari papan ini.'
anaknya mengangguk dan memaku satu paku dan mencabutnya kembali sebagai simbol apa yang telah dicapainya hari ini.
sebulan telah berlalu,dan menjadi anak yang agak nakal,telah banyak paku yang telah dipaku dan dicabut dari papan itu oleh anak kecil itu.
petang itu,ayahnya memanggil si anak kecil melihat papan itu.
'anakku,tengok apa yang telah kau capai sebulan ini.lihat pada papan itu,setelah kau pakukan dan cabut kembali.apakah ia masih seelok seperti sebelum ini?malah ada paku yang masih terbenam di situ sampai sekarang.'
anaknya melihatkan papan yang penuh lubang itu menggelengkan kepala dan tunduk ke tanah.
si ayah tunduk dan memeluk anaknya dan berkata,'anakku,walaupun perkataan 'maaf' itu sangat mudah dilafaz tapi hasilnya tidak akan jadi seperti sedia kala.untuk setiap kesalahan manusia,akan ada manusia yang sakit dan terguris.luka di hati itu sesungguhnya mengambil masa yang lama anakku.jadi,mulai sekarang cuba elakkan dari membuat kesalahan.maafkan ayah kerana lambat memberitahumu,tetapi ayah hanya ingin kamu merasai sendiri'.



*dapat tangkap maksud?kalau tak dapat tangkap,sila komen atau ym aku.ngee