Thursday, October 25, 2012
sorry, no commitment
Sunday, February 5, 2012
aku dikhianati
cuti maulidur rasul ni aku balik rumah. rindu gak kat rumah, tambah-tambah mak aku macam mengharap sangat aku balik kali ni. so balikla aku ke kampung halaman dengan naik bas shamisha.
hari ni hari kedua aku duk kat kelantan. sebab semalam dah seharian aku duk rumah, hari ni aku dah rancang banyak benda nak buat kat luar.
destinasi pertama, syarikat muda osman. kenapa? sebab aku kena laminate dulu roadtax moto. kalau tak laminate, tak sedap pulak naik motor nanti. *naik moto pun sedap jugak tau.
abes laminate aku pi aneka plak. korang tau tak aneka tu mende? kat tempat aku ada dua spesis aneka. satu pet store, satu lagi shopping store. ce teka aku pegi yang mana?
sebab kat rumah aku dah banyak binatang-binatang buas, aku tak pegila aneka pet store tu kali ni. perjalanan aku ke aneka dipenuhi dengan impian nak beli undergarment. kesian pulak aku tengok diri aku ni asyik duk sibuk basuh undergarment setiap dua hari sekali kat hostel. so sempena aku balik ni, nak manjakan diri sikit dengan beli undergarment baru. baru seronok balik rumah, tak gitu.
so, motif entry aku hari ni bermula di sini. lepas siap semua kerja aku kat bandar. maka, menujula aku ke rumah. tengah-tengah layan naik moto ni adela pulak mamat ex5 datang nak potong aku. dahla tak bagi signal, aku yang sememangnya sangat pantang dipotong terutama bila orang tak bagi signal terus menambah kelajuan moto dengan satu tekad dan tujuan - nak potong ex5 poyo tu.
dan sebab moto aku sangatla laju, maka terpotongla ex5 poyo tu.
tersenyum girang gitu melihat moto tu terkincit-kincit nak kejar aku. tengah baru syok-syok nak naik 120, tiba-tiba motor aku mula menunjukkan simptom-simptom pelik. dalam dua tiga langkah lepas tu, mampus. dalam hati,”takkan plug kot, baru je tukar bulan lepas”.
tengok meter minyak. haih! bukak tank minyak. double haih!
menolakla gamaknya.
sanggup kau khianati tuan kau wahai motor kesayangan. kau nampak tak mamat ex5 tu duk terkekeh-kekeh gelak tengok aku papah kau masa dia potong kita balik tadi? dahla kena gelak kat jiran. triple haih!
oh the irony, rumah depan stesen minyak tapi tangki minyak kosong. TT^TT
Wednesday, January 18, 2012
berjumpa lagi dalam…
assalamualaikum adik-adik yang comel di luar sana. hari ni berjumpa lagi dengan abang dalam rancangan apa?
rancangan selipar jepun. hanya di tv 19, dekat di lutut.
hari ni adik-adik rasa abang nak cter pasal apa?
haa betul. abang nak cter pasal jenis-jenis sifat manusia yang abang tak suka. adik-adik pasang telinga leklok tau, nanti kalau adik-adik setuju dengan abang, jangan sesekali jadi manusia yang macam ni. kalau adik-adik tak setuju, adik boleh tinggalkan komen di bawah dengan menekan bla bla bla….
jenis pertama yang abang tak suka ialah… cuba adik teka..
haa, dah dekat dah tu… abang paling tak suka member laki yang depan kita baik gila dengan kita. tapi bila dah jumpa member perempuan baru, semua pasal member-member laki dia cter kat member perempuan. haa, jenis ni jenis yang otak letak kat lutut tau dik. sebab nanti masa dia ada masalah, dia akan cari member laki dia gak. kalau kita tanya dia kenapa tak pegi ngadap berguling depan member perempuan dia? nanti dia jawab malu. masa dia cter semua pasal member laki dia, dia tak fikir plak member dia malu ke bengang ke.
jenis kedua apa ek dik? kalau adik-adik jumpa manusia hipokrit apa adik-adik akan rasa? mesti rasa bengang kan. depan kita semua citer benda baik-baik pasal dia. dia macam ni macam tu. belakang kita, pehh, kalah datin maimun. so, jangan sekali-kali jadi hipokrit ye adik-adik. buruk perangai.
yang ketiga abang rasa jenis yang tahu agama tapi hanya pakai ilmu tu pada masa yang boleh bagi dia advantage dia. jenis ni adik-adik, lagi teruk dari semua makhluk kat bumi tu adik-adik. kita sebagai hamba Allah ni, jangan suka-suka nak tukar hukum Allah ikut kehendak kita. kalau jumpa jenis ni adik-adik, abang benarkan adik-adik lempang sesuka suki hati adik. tape-tape, Allah pun suka adik-adik lempang diorang. insyaAllah nanti diorang insaf lepas kena pelempang adik-adik.
yang keempat abang nak cerita pasal member yang suka buat member dia sebagai eksperimen. adik-adik pernah tengok tikus kena belah sebagai eksperimen biuulloji tak? adik-adik rasa tikus tu suka dan senang hati tak bila ada 4 orang pelajar tengah kerumun dia pastu sentuh usus-usus dalam badan dia?
mesti dia bengang gak kan? so adik-adik rasa apa perasaan adik kalau ada member buat adik sebagai eksperimen? mesti sakit usus dan bengang gak kan.
Friday, January 6, 2012
cleverbot kecek kelate?
pada sesape yang pernah main cleverbot, mesti korang rasa takjub dengan sistem algorithm cleverbot yang boleh buat kita berkomunikasi dengan komputer.
tapi yang ni is beyond amazing. see below eh.
serius aku terkekeh masa main cleverbot kali ni, dahla dekat public. haih~
Thursday, January 5, 2012
aku melihat di sekeliling, ramai orang sedang bergegas membawa bagasi masing-masing. berdasarkan pengalaman, bolehku agak aku berada di mana. lapangan terbang.
terdengar sorakan kegembiraan dari belakang, suara-suara itu…
badan dengan berat kupusing. bukan tak mahu, tapi hakikatnya aku segan. melihat kegembiraan dan senyuman di muka mereka, aku kuatkan semangat untuk senyum bersama mereka. realitinya aku gembira melihat mereka, tapi jiwa aku sakit. pedih. mereka datang kepadaku, tangan bersalam mesra. satu pelukan penuh rasa persahabatan kuberikan tanda bangga terhadap pencapaian mereka. melihat rakan yang dahulu pernah bersama dalam satu perjuangan berjaya dalam perjuangan mereka.
ku lihat di tangan kiriku, satu beg kecil kemas dipegang. milik kawanku yang dahulunya sangat rapat. segala masalah dikongsi, diluah padanya. mata tercari-cari empunya beg. aku gerakkan kaki laju ke balai berlepas. susuk tubuh yang sudah lama tidak kulihat sedang berdiri tidak jauh dari aku. aku gegaskan pergerakanku, laju menuju ke arahnya.
tanpa kusedar, aku terjatuh. beg yang kupegang tadi tercampak ke kakinya. dengan penuh kelembutan dia mengutip beg miliknya.
matanya memandang tepat ke arahku. satu soalan ditujukan tapi tidak didengari telingaku. soalan sama terus ditanya, kali ini kutajamkan pendengaran.
“sahabat, di mana sahabat?”
*tup
aku tersedar. aku bermimpi rupanya. melihat member katil sebelah tengah tidur nyenyak. perlahan tanganku bawa ke dada. pedih, ye pedih. dah lama aku tak bermimpi sebegini. kupejamkan mata, cuba mengingati kembali mimpi tadi sambil menguatkan semangat. beberapa minit kemudian, azan subuh kedengaran….
Friday, December 30, 2011
time always make girl grow beautiful
*ENTRY YANG SEPATUTNYA DI POST PAGI semalam, TAPI SEBAB MASALAH SEKARANG BARU BOLEH POST*
morning girls and dudes. aku ingat nak buat satu lg entry sempena cuti yang terbilang ni. walaupun otak tengah bertungkus lumus nak restart balik. dah lama tak kena paksa jaga macam smalam.
entry kali pasal perempuan lagi. oh yeah!! sebab aku tau blog aku ni sbenarnya ramai yang silent readers. especially perempuan. (korang baca pastu kutuk aku belakang kan?) aku tau… tapi entry aku stakat ni puji korang je kan? so, please be nice with the kutuk-ing, like this cute cat below.
Saturday, December 24, 2011
awek kelantan
yeah! aku dah balik!
no seriously aku dah balik. yela, taula sebelum ni aku cuti jarang-jarang. jumpa member-member pun kadang-kadang je. tapi alhamdulillah, sekarang aku dah ada banyak masa untuk diluangkan kat aktiviti-aktiviti ngan member. *kalau difikirkan secara optimis.
kepada kawan-kawan terbaik aku kat jad. serius aku rindu korang. maaf sekarang aku kurang contact. hakikatnya aku tak berkemampuan nak berulang alik ke shah alam tuk berjumpa korang. paan, fizzy, sam, doakan aku bleh jumpa korang lagi…
so, semalam aku sampai kat negeri tersayang selepas 6 jam duduk dalam bas. sayang, aku ingat jarak perjalanan dari pulau pinang akan lebih singkat. rupanya sama je ngan selangor. pengalaman bas yang sama, tido bangun, berenti, minum. yang lainnya cuma aku hampir-hampir terjatuh dalam bas masa nak bangun sebab kaki sebelah kanan aku kebas. mungkin darah tak mengalir.
sampai rumah pukul 4, tido. thanks to my wonderful mom yang tabah membangunkan aku dalam 13 kali suruh bangun subuh (aku tak pasti cara yang digunakan mak aku ganas atau tidak sebab fikiran aku tak rasional masa tu) . kalau bukan sebab mak aku kompem-kompem dah subuh gajah, beruang koala dan semua binatang2 yang kat afrikala aku pagi tu. thanks mom. pastu membuta balik. serius aku letih.
setakat ni je kot muqadimah, kang tak pasal-pasal nangis cerita pasal perjalanan balik je.
sekali lagi aku kat kelantan. dan macam biasa, aku suka persekitaran di sini sebab…sebab… tah, mungkin sebab dah terbiasa.
tapi yang aku paling suka ialah, perempuan-perempuan kelantan aka cek mek kelate. nak tau kenapa? sebab awek-awek kelate ni semua lawa. serius aku cakap, dalam 3 negeri aku pergi belajar ni, aku dah jumpa macam-macam ragam perempuan tapi perempuan kelantan masih dalam top list aku.
tak caya lagi? nanti aku bagi bukti eh.
Tuesday, December 20, 2011
perempuan oh perempuan
dah lama aku tak menconteng selipar jepun ni. sibuk. sibuk bersukan. termasuk semalam mungkin dah 4 malam berturut-turut aku duk main futsal. alah, court bukan bayar pun. fasiliti free of charge, so sape yang tanak maen kan.
nuff said.
hari ni.. tak, petang ni aku nak ulas pasal post aku kat facebook hari tu.
perempuan sekarang sangat mudah kan?
hehe, pedas dan agak diskriminasi kan?
ramai kawan-kawan aku yang ngamuk baca post ni terutamanya perempuan. XD. yang paling tak tahan bila ada gak yang kira boleh dikategorikan sebagai mudah, tetap nak komen cakap bukan semua perempuan begitu.
ya, aku sokong komen-komen korang. bukan semua perempuan begitu. in fact, masa aku sekolah dulu ada seorang junior aku yang aku cuba dekati. sampai sekarang hanya contact gitu-gitu je. so, see girls? aku tak keluarkan status tu sekadar suka-suka. memang bukan semua perempuan jenis yang mudah tapi sebab ‘ada’ yang mudah, baru aku keluarkan status tu.
kalau korang nak tahu. aku berasal dari keluarga yang hampir semua ahli keluarganya ialah perempuan, so sebagaimana aku sangat sayang dan hormatkan mak, nenek and adik-adik aku, begitu jugala kat semua kaum hawa kat atas dunia ni. but like everything else, in this world, it must have a limit right?
dari apa yang aku lihat, ramai perempuan yang bila lelaki sakat sikit je, dah mula bagi positive sign. I mean, come la ladies, shouldn’t you be more difficult to approach? sakat sikit dah terlompat gedik2, bertepuk tampar. serius aku cakap, aku tak salahkan lelaki 100% sebab lelaki memang suka formula trial and error bila nak dekat ngan perempuan.
aku pernah jumpa perempuan yang suka gila mesej lucah. semua benda nak cerita, luar dalam, warna semua. what the heck, kalau lelaki nak tahu semua tu diorang dah pergi mesej dengan pelacur dah. come on gugurls sekalian. you are better than that.
dan yang aku paling tak tahan bila ada perempuan yang dah main dengan lelaki. macam biasala kan, lelaki ni bila dah dapat, terus blah. macam mengundi jugak, dah pangkah tu buang jela dalam kotak. buat apa simpan. dan perempuan yang dah kena ni, tak sampai seminggu dah start cari lelaki lain. pastu mesej, ‘’adakah awak akan terima saya seadanya?’’. I mean what the heck, kau dah buat dengan laki lain kau tak fikir pulak kan pasal laki lain. then kau expect dia boleh terima kau dalam keadaan begitu. kalau aku, aku tak setabah tu. remember girls, you are not a cat to be played by many males!
dan pada perempuan yang sentiasa jaga diri diorang. “bravah!” aku ucapkan. korang ialah perempuan-perempuan yang even lelaki macam aku ni akan pilih bila kitorang nak kahwin nanti. so, pedulikan apa orang cakap, keep yourselves as cute as you are. jangan bukak aurat. akan sampai masanya nanti jejaka-jejaka macam aku ni akan beranikan diri kitorang tuk ketuk rumah awak-awak semua and minta dengan parents awak2 semua untuk meminang awak.
lastly, a phrase that I read from theotherkhairul.blogspot.com that I like so much.
mungkin jodoh boleh datang bergolek. Tapi hanya untuk orang yang tertentu je. So, tingkatkan lah ketakwaan anda si gadis. Tutupilah aurat anda. Dan percomelkan lah diri anda.
Saturday, November 26, 2011
pandai-pandai kalau nak hidup
semalam balik ke kampung halaman selepas seminggu duk di tempat baru. ye aku tahu, seminggu baru. aku nak balik, peduli ape korang nak gelak-gelak ke ape ke, asal aku ngan ibu jari kaki aku bahagia.
pengenalan_tempat baruku di uitm berbeza dengan tempat dahulu. plainly said, aku rindu tempat lama dan member-member lama. takleh nak buat apa dah, naluri manusia. yang aku bleh cakap, kat tempat baru ni nearly 90% berbeza. dorm, member *dah semestinya, makanan *sumpah pedas gila makanan kat sini walaupun sedap, cara belajar *agak rilek dan sempoi.
nuff said_tempat baru tapi buat macam tempat lama. semalam lepas kelas pukul 11 balik bilik tidur. tiket bas? rilek dulu. sampai pkul 7 jumpa member yang nak balik kelantan. “balik sekali jom!” *member punyala macam pompuan bersiap. tension aku tension. naik rapid, buat dek je, walaupun tiket takde lagi. rilek ah, takde orang nak balik ni, cuti kejap je pun.
….
sampai stesen bas…. penuh ngan manusia. *sumpah aku dalam masalah besar.
jalan dah stat laju-laju. dari kaunter ke kaunter tanya pasal tiket. jawapan satu jenis je, habis!
jalan-jalan depan bas try tengok ada kosong ke tak. jumpa sorang pak cik ni. dia ajak pergi jauh sikit *hoih, ni apahal nak cakap jauh-jauh ni, cuak aku. rupa-rupanya nak buat deal ngan aku.
“hang pi masuk dalam bas kuning tu, pastu pi nyorok kat tempat tidur driver tu. nanti bas gerak hang keluar mai duk kat depan ni.” time nisumpah aku suka gila, tak pasal-pasal keluar tabiat aku ngan orang jepun, duk tunduk hormat kat pak cik tu. semua orang tengok aku, pelik agaknya ada orang jepun nak balik kelantan.
sampai rumah kat kelantan, lempar beg laptop. baring~
Saturday, October 29, 2011
double eyelid
rupa-rupanya, boleh dapat mata double eyelid hanya dengan pakai gam jepun + proses cucuk mata yang nampak macam sakit.
enjoy!
hoorah untuk orang malaysia yang aku yakin ramai gila yang ada double eyelid secara semula jadi ni. tambah ngan lesung pipit pulak. auuuwww. i loikee!
Thursday, October 27, 2011
pagi ni
ku bangun-bangun
ku buat keje umah sikit-sikit.
ku makan pagi-pagi
tak sampai 15 minit lepas makan pagi-pagi
dah ada orang post pasal makan tengah hari.
=_____=””
Tuesday, October 4, 2011
comel gila
tengah boring-boring online.boleh pulak jumpa lagu ni.
sangat comel. enjoy.
waaa~ aku rindu nihon-go
Monday, October 3, 2011
hudud?
sekarang ni tengah heboh pasal hudud kan. aku sebenarnya tak sokong mana-mana parti sebab aku benci politik. tapi semenjak dua menjak ni, salah satu dari parti politik dalam negara ni, dah nampak sangat kepincangan mereka.

kenapa hudud tak boleh dibuat di Malaysia?
kalau nak kata sebab berbilang kaum. hukuman hudud itu sendiri hanya termaktub pada umat Islam sahaja. tak sentuh pun non-muslim selagi mereka tak memilih hukuman hudud dikenakan atas mereka. negara Rasulullah sendiri dulu terdiri dari pelbagai kaum dan etnik. kalau kira jauh lagi banyak pada Malaysia.
kalau nak kata negara islam lain tak nak buat. kenapa nak ikut negara lain? setiap negara ada undang-undang mereka sendiri. kenapa kita perlu tiru negara jiran ata mana-mana negara? kita sebagai negara pun tak sepatutnya buang undang-undang ALLAH macam sampah. aku benci gila orang yang tolak undang-undang ALLAH semata-mata untuk kepentingan sendiri.
kalau ikut fatwa, sekiranya pemerintah tak benarkan hukuman hudud. maka terlepaslah hukuman hudud dari rakyat beliau. tapi kena tengok pemerintahla. kalau yang zalim dan jahil, kenapa nak pakai pemerintah macam tu? korang nak ke makhluk bodoh bimbing korang?
kalau nak ikut logik cakap kanunla, undang-undangla, aktala, sultanla. semua tak bagi hukuman hudud. sape woih semua tu nak tolak hukuman Allah tu sendiri. agama islam itu sendiri tak boleh berasaskan logik secara 100%. kita kena pakai kepercayaan kita pada Allah sepenuhnya. siapa sangat kita ni nak ikut-ikut logik? puuuihh!! otak camnila yang last-last jadi ateist bagai.
apa-apa pun. aku tak sebelahi mana pihak. tapi mengikuti hak Allah itu fardu ain bagi setiap hambanya bukan fardu kifayah ye adik-adik manis. selagi pemimpin kita tak bagi, aku akan sokong pemimpin, tapi yang ADILla. tapi secara lumrahnya, aku sangat sokong hukuman hudud ni dilakukan. sebab aku ni bukannya baik sangat. banyak sangat benda jahil yang aku buat dulu. aku harap dengan hudud ni makin berkurang masalah akidah dan akhlak dalam jiwa aku dan semua umat islam.
lagipun, hudud ni boleh kira salah satu cara nak jauhi anasir dari yahudi laknatullah. semoga ia menjadi antara langkah kita sebagai umat islam untuk dapatkan balik Palestin. insyaALLAH.
dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):
“Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina.”
Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain [yakni seperti tidak melayannya], lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali.
Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau gila?”
Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Adakah engkau telah berkahwin?”
Dia menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): “Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia.”
Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja.”
Dia menjawab: “Tidak. Sebenarnya saya telah berzina.”
Mengikut riwayat yang lain: “Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa.” Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.
Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):
“Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah.”
Wanita itu berkata lagi: “Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma’iz bin Malik?”
Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah masalah engkau?”
Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina.
Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah benar?”
Wanita itu menjawab: “Ya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bersalinlah dahulu.”
Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin.
kemudian Baginda bersabda: “ berikan bayi itu haknya yakni menyusukannya.”
selesai tempoh susuan bayi itu, barulah hukuman rejam dilakukan ke atas perempuan itu.
para sahabat bertanya, “bukankah lebih elok dimaafkan sahaja kesalahan perempuan itu”.
Baginda menjawab,” bukankah Allah itu maha adil? apakah kamu fikir kemaafan Allah itu lebih mulia dari kemaafan hambaNYA? dan darah dari perempuan itu yang mengalir akibat direjam itu akan menjadi saksi kepadanya di akhirat nanti”.
subhanallah
Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oleh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar [mengaku] berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.
*sori terkasar bahasa. aku emo.(lari sembunyi kat sudut bilik)huu~
Sunday, October 2, 2011
makhluk-makhluk aku benci masa aku drive
aku rasa korang pun dah rasa semua makhluk-makhluk ni masa korang drive kan. meh aku cerita sikit makhluk-makhluk ni.
- motor yang keluar simpang sesuka hati.
memang jalan tu dia punya. tak padan dengan kecik. nak keluar simpang tak tengok kiri kanan, terus je mamat motor ni keluar. dahla keluar tak tengok kiri kanan, boleh pulak buat lap sampai tengah jalan. kita yang sayang kereta ni pulak yang terpaksa slow down kereta sebab tanak bagi remuk kereta. aku cakap makhluk ni biasanya terdiri dari budak sekolah menengah yang takde lesen dengan budak-budak kampung caya tak?
*kereta takde pemandu. takut gua.
- kereta kura-kura
bukan wolkswagen lama tu. tapi kereta yang dipandu oleh makhluk secara slow gila. pehh, panas hati kalau time bawak, stuck belakang kereta camni. tambah-tambah bila tengah rushing. time potong boleh pulak jeling kat kita cam takde ape-ape. tuiih
- kereta yang perasan laju
yang ni aku tak menahan gila. tambah-tambah bila keluar simpang. laju je keluar simpang. tapi bila dah masuk jalan utama boleh pulak tiba-tiba turun speed. aku langgar kang! nasib baik aku sayang kereta aku lagi.
- kereta yang suka cucuk angin
kau nak lintas-lintaslah. takyahla duk bawak kereta rapat sangat ngan bumper belakang kereta aku. makhluk camni aku suka sangat main lampu brek. biar panik sikit.
- makhluk bawak motor kecik
bawak motor honda c60 boleh pulak steady je bawak kat tengah jalan. kalau laju tak kisah tapi tengok speed meter tak sampai 60!! penampo nak?
- pemandu yang tengah cakap kat henset
yang ni aku benci gila. kejap ke tepi kejap ke tengah. bawak kereta elok-elok ar bro. takyah nak mabuk kereta sangat. bahaya kat kereta belakang. kalau cakap kat henset takleh bawak betul-betul, lempar je henset tu. senang.
Saturday, October 1, 2011
I’d say
I’d say
marry her, love her, grow old together
accept death will part us
and death will make us together again
side by side under our memorial stone
covered by only our red dirt
that’s my petty little romance.
Monday, September 26, 2011
apa itu cinta
pehh. selepas lama tak naik motor ayah aku ngan update post blog ni, dapat gak aku buat dua-dua malam ni. tu pu sebab amek cuti sehari. kalau tak, balik rumah je terus tidur, letih alasannya.
*masuk pasal tajuk post.
semalam ada pompuan tanya aku,'” bang, perempuan idaman abang macam mana ek?”
terkesima aku kejap. sangat tak terduga soalan tu terkeluar.*jawapan kat ayat last post ni.
dah lama gak dalam hidup aku ni takde cinta. maksud aku, dalam konteks mushy-mushy tu. tahla. bila dah masuk complicated, semua rasa tak betul bila berada dalam kesamaran.
aku pelik gak budak-budak sekarang ni. masa sekolah rendah dah pandai “cinta-cinta” ni. aku dulu masa darjah nam still main kejar-kejar lagi ngan member.
tambah pelik bila budak-budak sesedap rasa diorang je cakap sayang kat pasangan diorang. pastu bagi semua, dari harta ke tubuh. *perhh! berani siak!* lepas dua tiga bulan break up. cakap dan buat benda yang sama kat orang lain pulak. sampai satu tahap aku dengar citer orang macam ni, aku rasa harga cinta budak-budak sekarang sangat murah. tersangat-sangat murah.
satu lagi, bila ada orang suka sangat duk tayang “cinta” diorang kat depan orang lain. maksud aku, bukankah cinta itu sepatutnya hanya dikongsi oleh dua individu sahaja? Dan bila cinta itu suci, dikongsi juga bersama Allah?
kenapa duk tayang semua kata-kata cinta dan keromantikan dalam facebook? aku pasti ada sesetengah yang jelek gila tengok korang bercinta secara terbuka macam tu. tak kurang juga yang sedang menunggu nak gelakkan “awak-awak” semua ni bila “awak-awak” gaduh ngan pasangan kat facebook. yang siap like lagi status-status tu yang tak menahan. suka je jadi batu api ye.
bagi aku, bila aku cakap “cinta” atau “sayang” pada seseorang bukan mahram aku, tu menandakan aku betul-betul mahukan dia sebagai teman aku sampai mati. sebab tu aku tak mudah mengatakan aku cinta kepada seseorang.
cinta itu sesuatu yang tak ternilai. walaupun kita tak nampak macam mana cinta itu, aku pasti semua orang dapat rasa kehadiran cinta bila cinta datang. *erk, aku tak reti hurai maksud cinta dari konteks aku kat sini.haha. abstrak sangat. kalau nak tau maksud cinta dari expert, silakan tengok tasbih cinta. ustazah tu terang panjang lebar maksud dia, siap dalam sajak lagi. tapi aku tak faham gak. haha
so.. aku tinggalkan pada korang semuala makna “cinta” tu ye. sama ada “cinta” korang sekadar perkataan atau datang dari hati. *pehh ayat
*berbalik pada soalan adik tu.
masa tu aku tak jawab kat adik tu. aku diam je. nasib baik ada akak ni duk sembang-sembang ngan aku. dapat gak aku elak dari jawab,
secara jujurnya, aku suka perempuan yang berani tunjuk isi hati dah perilaku yang sebenar beliau kat aku. *kadang-kadang nak acting depan aku tak kisah gak. dan yang paling penting, boleh nampak kelembutan beliau sebagai seorang wanita.
betul ke?
Monday, September 5, 2011
mine are mine
saat melihat hidup orang lain…
mesti hati tertanya-tanya,”kenapa hidup aku bukan seperti itu?”,”kenapa dia tidak merasa apa yang aku rasa?”,” alangkah senangnya kalau jadi dia.”
saat melihat drama di lappy(mostly korea, takyah kelentong aku)…
mesti terdetik,” hebat gila kisah hidup dia”, “ kalau aku jadi hero dalam cerita ni kan best”. dan mesti banyak lagi hati korang terfikir kan. kebanyakannya lebih kurang macam nila.
hakikatnya, hidup semua manusia takkan kekal indah. kita nampak hidup orang lain indah sebab kita hanya menyentuh dan melihat sekelumit dari hidup diorang.
begitu juga drama. dari kaca tv memang nampak best gila. (meme ar). tapi kalau korang fikir balik. kalau ditakdirkan korang berada di tempat diorang. maksud aku, betul-betul hidup dalam karakter drama tu. aku tak rasa korang akan tahan lama. kalau nak diikutkan, dugaan dalam drama tu lagi banyak dari hidup sebenar. kadang-kadang terlebih-lebih pulak dugaan hidup hero tu.
sori lama tak update. and sori takde post pasal raya, raya tahun ni aku akui, lain dari yang sebelum. tapi, aku taknak cerita. *big things happened.
selamat hari raya semua. mahap zahir batin gentlemen ensem dan ladies gedik-gedik.(kadang-kadang rasa cam cakap sorang-sorang sebab kompem takde orang baca blog aku ni. haha)
